Friday, August 19, 2011

Surat untuk Adelina - Happy Birthday ke 2

Surat ini ditujukan khas untuk Adelina pada hari jadi adik yang kedua...5 Jan 2012 in case anything happened to me and i am not around anymore.

Adik ingatlah mama sayang sangat kat adik. Adik tau tak, mama selalu nak anak perempuan sebab mama nak namakan dia Adelina. Alhamdulillah yang Maha Esa kurniakan adik kepada mama. Mama happy sangat masa dapat tahu baby mama ni baby girl....happy sangat. Masa kandungkan Adelina, memang mama muntah-muntah sampai bulan ke empat. Satu kerja pun mama tak buleh buat. Dapur tunggang langgang, lantai kotor, rumah sepah...masuk tesco lah tak buleh ke bahagian basah. Nak muntah. Busuk giler...kesian abang Adam selalu kena marah time tu. Dekat-dekat due date, mama suruh ayah hantaq mama balik Alor Setar. Nak lahirkan di Kedah. Nak lahirkan dan disambut oleh doktor muslim. Biar dengar kalimah Allah bila keluar di dunia ni. Tulah harapan mama sebab abang Adam tak dapat semua tu dulu. Tak banyak Dr. muslim di Kedah...semua cina, india...dll. Dr. yang sambut adik tu namanya Dr. Annuar Husainy. Baik orangnya dan pak haji. Semua kawan mama rekomen dia. So, oklah, hari kelahiran adik, ayah tak sempat datang. Tapi mama ingat lagi dalam kabur tengok adik disambut dan dibaca kalimah Allah buat kali pertama, then...lelap. sedar-sedar ayah, opah dan abang Adam duduk disisi. Ayah ingat mama tak bersalin lagi...teruk betul ayah tu. Lepas bagitau dia ' dah beranaklah!' dia terus gegas nak tengok adik kat nursery...lawak la time tu. Mama ingat lagi muka ayah...ha ha ha.

Anyway, mama harap adik gembira membesar bersama mama di sisi adik. Mama sayang adik dan selalu doakan adik supaya menjadi hamba yang solehah...insan yang berguna di dunia akhirat. Love you.

No comments:

Post a Comment