Tuesday, September 20, 2011

Lama tak marah

Sedih baca blog Lin, tiap kali baca mesti bergenang air mata. Dia asyik teringat-ingat anaknya, teringat segala perbualan, tingkah laku semuanya macam tengok video. rewind...rewind semahu mahunya, kesian sangat dia. semoga kau tabah dan menyedari anak itu hanya satu pinjaman, bukan untuk kita...dia sorang-sorang. Hubby dah tinggalkan dia. Sedihnya kisah dia. Tiap kali dia entry, nak baca ke tak? nanti sedih...tapi baca jelah. Dia tulis ikhlas untuk luahkan isi hatinya yang pilu. Kau tabahkan hatimu Lin. Mana mungkin kau dapat melupai puteri kesayangan, walaupun pedih, hanya masa pengubatnya...

Semalam entah kenapa aku tak dapat mengawal short fuse ku... cepat je tangan naik pukul Adam bila dia buat nakal....Astaghfirullah,...kesian anakku. Ayahnya takde so dia nangis sorang-sorang...then lupa what happened. Lama aku tak buat visualization. Aku penat layan tetamu sama. mak dan As family bertandang. Campur lak aku tensen coz adam malas belajar...ya Allah jauhkanlah api amarahku ini...mereka hanya pinjaman, bukan milikku.
Maafkanku kerana memukul kurnianmu yang amat bernilai itu. Aku sedar kelemahanku. Namun aku lalai...

No comments:

Post a Comment