Skip to main content

Memang suka jadi SAHM tapi kengkadang...entahla

Tensen, bukan sebab apa, geram. Aku tahulah...budak memang nangis. Cubalah angkat. Ni tak, kata dia berak nak salin lampin. Aku tengah nak email customer ni, dia duk push-push pastu ugut nak tutup internet. Tutuplah, aku ada internet sendiri sekarang! Lemasla, hantar email kalut-kalut pastu tengok-tengok tak berak pun? Mana tahinya? Satgi dia berak sungguh aku lempaq atas komputer dia kot. Dahla aku jaga sepanjang hari dan masa...24-7 non stop. Nak push aku lagi...cukuplah. Satgi aku pi cari kerja balik kot. Balik kul 10 malam padam muka. Geram la. Setakat jumpa anak petang-9.00 malam pun....bila fikir ni memang rasa cam no more kids. Kalau takde pembantu sorry. Aku penat jaga anak sorang-sorang. Demam/sakit/susu semua aku sorang. Biarlah, niat buat kerana Allah. Apa-apapun kita buat ni satu ibadah. Kerana Allah Insyallah Dia menghargai apa yang aku buat. Fikir cam tu tak lah stress sangat. At least ada yang memahami.

Malam ni lantaklah, aku takmo sapu sampah, kemas mainan, biar semua. Cuma basuh pinggan sebab aku tak suka dirty dishes.

Aku ni memang takde human contact. Adalah tapi cuma kejap-kejap la. Takdelah sembang rabung hari-hari. Sejak benti keje, memang no adult interaction. Bila bosan, call mak. La ni, duk cakap dengan Adam sebab nak bagi dia buleh bercakap. Kalau dulu asyik marah jer. Mana nak bercakap budak tu. So, tempat aku bercakap ialah si ayah. Tapi ayah cam bosan dengar aku cakap...sebab aku asyik cakap pasal nak beli....
ish, nak beli ni...nak beli nu...and pasal anak-anak di rumah. Maybe dia bosan. Dia selalu cakap taknak la cakap dengan you nie. Asyik cakap pasal nak beli saja...

Habis aku asyik fikir tu jer. Apa yang boleh aku buat lagi? Selain uruskan bisnes yang tak berkembang tu, aku teringin nak beli ni...beli nu...adik tu rantai gelang takde beli...Anak-anakku, doakan bisnes mama cepatlah maju. Dah 3 tahun dah, still dapat sale, beli stok, dapat sale, beli stok....mana untung? Kadang-kadang rasa fed up dengan biz yang asyik macam tu. Tak tahulah apa nasibku. Apa yang tertulis untukku di masa hadapan.  Semoga yang baik-baik harapnya. Semoga esok lebih ceria dan bermakna.

Comments

Popular posts from this blog

I want IKEA kitchen...bahagian lima: Installation

Sebenarnya dah boring tulis entry nie.....pasal dapuq ni.
Semasa aku tulis entri ni, dapuq aku dah 99% siap. Tinggal nak pasang plinth kat kaki kabinet.
Sebab tu macam malas nak tulis. Excited dah kurang. Next entry will be the finale, Before & After.

So....lepas beli barang dan bayar apa yg perlu dibayar....maka baliklah kami ke Kulim....
Lepas 3 hari macam tu, depa mai....first trip, hubby check semua barang. Make sure check dengan amat teliti. Sebab barang hanya akan beza di item article number.... ada barang salah hantar ada barang takde dan kotak yg kami pack macam gila kat sana haritu depa tertinggal.....beribu gak nilai barang dalam 2 kotak tu. Barang yg tertinggal tu, ada orang mai ambil dan tukar pada hari berikutnya....customer service ikea memang tip top lah jangan risau kalau ada kes macam nie...

Hubby aku punyalah excited mula nak pasang kabinet malam tu juga....sampai tumpah kicap sebotol. Rumah tengah macam tongkang pecah. Aku dah pesan, simpan dulu botol tu nanti p…

Bagaimana hendak mendaftar & mencarum sebagai Majikan di KWSP

KWSP

Bila pekerja dah mula bekerja....maka barulah si Majikan boleh pergi mendafar. Kalau pekerja belum start kita dah terhegeh-hegeh...pegawai kwsp suruh balik dulu...hahaha. Takpe kalau pekerja dah bekerja banyak bulan so bila kita mendaftar, kwsp akan charge caruman tertunggaklah yg beberapa bulan tue.

Majikan walaupun ada satu pekerja, dan pekerja tu layak dicarum..kenalah mencarum. Kalau tidak, kut depa mai check di premis kan tak pasal2 kena denda. Macam mana nak tau pekerja tu layak mencarum ke tak? maka pi lah ke website jabatan tenaga kerja...ada maklumat.

Macam aku, aku tak de bajet. Aku upah part time jer...still kena sebab waktu bekerja lebih dari 14 jam seminggu.

So, samada korang download borang KWSP 1 di website KWSP tu atau walk in ke pejabat KWSP. Baca arahan...isi lengkap. So, siap hari itu juga akan dapat nombor pendaftaran majikan secara sms. Jangan lupa daftar i-account untuk memudahkan urusan pembayaran/semakan.

Nak mancarum pula macam mana? kalau pejabat kwsp de…

I want IKEA kitchen...bahagian enam: Siap!

Siap dah sebulan lepas....satu part tak pasang lagi. Plinth, ada masalah nak potong kayu. Biarlah nanti beli gergaji bulat tu baru boleh potong. Akhirnya siap 99%.
Kos SEMUA RM6588 (termasuk lantai kayu, electrical, piping, hood, meja, algot system dan aksesori) sahaja. Tunai. Tidak termasuk kos lori.
Yes, i love my new kitchen. I love my personal finishing touch and still touching up a lil bit here and there.
It suites us, a family of four.






Tu jelah...happy with the result.