Friday, September 16, 2011

Rasa sunyi sangat di sebalik hiruk pikuk...

Tadi dah buat appointment dengan speech therapyst...tetiba rasa sedih dan takde mood. fikirkan betulke Adam ada masalah...rasa kecewa, frust, sedih....

Sunyi, di Kulim ni ada aku jer, family jauh, kawan ada 2-3 jer, jiran semua non muslim. Tak kenal pun. sunyi la. Sebab tu kalau ada customer beli online ke kedai ke aku occupied sket...sibuk. Alhamdulillah, la ni banyak la online customer tapi walkin tader langsung...zero...
Memang lokasi kureng....

Kedai mara lak, asyik aku jer yang semangat. Kedai sebelah tak pernah buka, kedai row sebelah langsung gone. Setakat ni ada 3 kedai jer on. Yang lain tak tau buat apa...memang effect kedai lain sebab sunyi senyap. Takut pun ada. Tapi rezeki aku kat situ. Buat kedai lawa-lawa dengan barang Ikea...takpelah aku yang nak lepak dalam tu, biarlah semangat.

Last week ayah kata dia apply job position baru dlm intel gak tapi di kl....aku macam syiok. ish kalau jadi nak gi....kat kulim ni aku tak ada apa-apa. kerjapun tak, cuma ada kedai mara jer. seronok duk kat my sisters buleh kuar soping, pi zoo, movies....spa...suppliers pun semua kat sana, senang nak buat biz. Ni, call berkali-kali baru nak hantar barang, sebab jauh tak selalu datang....bosan.

Kami duk di kulim ni sejak takde apa. Nada. Macam pekan koboi. Nite life lagi takde. Cuma tempat dump mayat kat ladang kelapa sawit. Penjenayah pun banyak duk sini... skang ni dah macam macam ada. Mc D drive thru, tesco, giant. Cuma jusco je takdak...Tapi buleh lah setakat nak soping kasut dan selendang. Seluar dengan baju takde la yang taste aku kat sini...

Mungkin kalau pindah kl aku buleh cari kedai lain di sana or get a new job. New oppurtunity awaits. Adam pun kalau  betul bermasalah mesti bayak help centre over there. Sekolah agama pun banyak. I donno just go with the flow...

No comments:

Post a Comment