Skip to main content

Let your child know it's ok to make mistakes, admit your own

Susahnya nak ikut quote ni...
Masa beli set grolier tu dapat sekali buku ni...Raise your child's self esteem.
Love it...senang aku nak baca. Short sentences. No need special time to sit and read, Nak baca PaMa pun...2-3 PaMa masih tunggu turn. Tak sempat baca, dah sampai PaMa baru...

Kesian la Adam this morning, sebab pagi-pagi dah kena marah dan pukul. Sedih...kesian dia. Kenapa aku ni? Layakke jadi mak ni? Mak apa cam ni, anak tumpahkan susu dah naik hantu gaban apa ntah....aku sedih dengan sikap aku yang tak berubah. Sedar2 dah dipukul budak tu. Apalah salah dia. Bukan sengaja nak tumpahkan susu yang baru dibuat penuh dan dimasukkan sedikit al Qurra dan dibaca salawat. Maybe I am the one who should drink all the salawat and kurma al Qurra tu. Frust dengan diriku. Kenapa aku macam ni? Kadang-kala rasa kesian kat anak-anak sebab dapat aku sebagai mak...yelah, aku ni tak suka budak-budak. Memang takde chemistry langsung. Taktau nak layan camner...Rasa menyampah la kat budak-budak (dulu la). Sebab tu TAKMO jadi cikgu. Nehi Nehi Nehi!

Ya Allah, semoga aku kan menjadi Ibu yang lebih baik esok. Amin.

Comments

  1. don't be too hard on urself..bkn senang nak jaga bdk..adik aku saja yg senang & suka bdk2 heheh sbb tu dia ble jadi headmistress smartreader kids..

    aku paham apa yg jadi..tambah cam aku ni ddk rmh org, abih brapa bnyk dah brg dlm rmh ni pecah dek bdk2 ni..aku mengamuk jgk, tp lps tu nyesal pukui anak, aku plak nangis sorang2 dlm bilik..

    sama2 la kita usaha perbaiki diri as mommy2 yg baik insya allah...

    ReplyDelete
  2. betui 3x...kengkadang tensen naperlah aku ni? kesian anak2 aku dapat mak cam aku...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

I want IKEA kitchen...bahagian lima: Installation

Sebenarnya dah boring tulis entry nie.....pasal dapuq ni.
Semasa aku tulis entri ni, dapuq aku dah 99% siap. Tinggal nak pasang plinth kat kaki kabinet.
Sebab tu macam malas nak tulis. Excited dah kurang. Next entry will be the finale, Before & After.

So....lepas beli barang dan bayar apa yg perlu dibayar....maka baliklah kami ke Kulim....
Lepas 3 hari macam tu, depa mai....first trip, hubby check semua barang. Make sure check dengan amat teliti. Sebab barang hanya akan beza di item article number.... ada barang salah hantar ada barang takde dan kotak yg kami pack macam gila kat sana haritu depa tertinggal.....beribu gak nilai barang dalam 2 kotak tu. Barang yg tertinggal tu, ada orang mai ambil dan tukar pada hari berikutnya....customer service ikea memang tip top lah jangan risau kalau ada kes macam nie...

Hubby aku punyalah excited mula nak pasang kabinet malam tu juga....sampai tumpah kicap sebotol. Rumah tengah macam tongkang pecah. Aku dah pesan, simpan dulu botol tu nanti p…

Bagaimana hendak mendaftar & mencarum sebagai Majikan di KWSP

KWSP

Bila pekerja dah mula bekerja....maka barulah si Majikan boleh pergi mendafar. Kalau pekerja belum start kita dah terhegeh-hegeh...pegawai kwsp suruh balik dulu...hahaha. Takpe kalau pekerja dah bekerja banyak bulan so bila kita mendaftar, kwsp akan charge caruman tertunggaklah yg beberapa bulan tue.

Majikan walaupun ada satu pekerja, dan pekerja tu layak dicarum..kenalah mencarum. Kalau tidak, kut depa mai check di premis kan tak pasal2 kena denda. Macam mana nak tau pekerja tu layak mencarum ke tak? maka pi lah ke website jabatan tenaga kerja...ada maklumat.

Macam aku, aku tak de bajet. Aku upah part time jer...still kena sebab waktu bekerja lebih dari 14 jam seminggu.

So, samada korang download borang KWSP 1 di website KWSP tu atau walk in ke pejabat KWSP. Baca arahan...isi lengkap. So, siap hari itu juga akan dapat nombor pendaftaran majikan secara sms. Jangan lupa daftar i-account untuk memudahkan urusan pembayaran/semakan.

Nak mancarum pula macam mana? kalau pejabat kwsp de…

I want IKEA kitchen...bahagian enam: Siap!

Siap dah sebulan lepas....satu part tak pasang lagi. Plinth, ada masalah nak potong kayu. Biarlah nanti beli gergaji bulat tu baru boleh potong. Akhirnya siap 99%.
Kos SEMUA RM6588 (termasuk lantai kayu, electrical, piping, hood, meja, algot system dan aksesori) sahaja. Tunai. Tidak termasuk kos lori.
Yes, i love my new kitchen. I love my personal finishing touch and still touching up a lil bit here and there.
It suites us, a family of four.






Tu jelah...happy with the result.