Wednesday, November 23, 2011

Let your child know it's ok to make mistakes, admit your own

Susahnya nak ikut quote ni...
Masa beli set grolier tu dapat sekali buku ni...Raise your child's self esteem.
Love it...senang aku nak baca. Short sentences. No need special time to sit and read, Nak baca PaMa pun...2-3 PaMa masih tunggu turn. Tak sempat baca, dah sampai PaMa baru...

Kesian la Adam this morning, sebab pagi-pagi dah kena marah dan pukul. Sedih...kesian dia. Kenapa aku ni? Layakke jadi mak ni? Mak apa cam ni, anak tumpahkan susu dah naik hantu gaban apa ntah....aku sedih dengan sikap aku yang tak berubah. Sedar2 dah dipukul budak tu. Apalah salah dia. Bukan sengaja nak tumpahkan susu yang baru dibuat penuh dan dimasukkan sedikit al Qurra dan dibaca salawat. Maybe I am the one who should drink all the salawat and kurma al Qurra tu. Frust dengan diriku. Kenapa aku macam ni? Kadang-kala rasa kesian kat anak-anak sebab dapat aku sebagai mak...yelah, aku ni tak suka budak-budak. Memang takde chemistry langsung. Taktau nak layan camner...Rasa menyampah la kat budak-budak (dulu la). Sebab tu TAKMO jadi cikgu. Nehi Nehi Nehi!

Ya Allah, semoga aku kan menjadi Ibu yang lebih baik esok. Amin.

Sunday, November 20, 2011

Therapy Session 5

Lama tak tulis, sebab sibuk la...
Harini tulis awal sebab malam ni sibuk. Nanti lupa nak tulis pasal session tadi.
Okeh, tadi...dia buat satu gambarajah pokok, ada burung. Dia suruh Adam letak burung tu di atas...di bawah...ajar preposition.
Emphasize more on SVO - subject-verb-object. contohnya:
- Adam makan pisang
- Apple atas pokok
- Adik baca buku

Cuba bagi dia cakap 3 patah perkataan dan tambah lagi perkataan dia. Bagi konsisten.
 Exercise tadi, dia bagi sampul yang ada nombor, pastu dia susunkan gambar yang ada nombor di belakangnya. Bila adam pilih kad yang ada nombor tadi, dia suruh matchkan nombor tu. Then, buka kad dan suruh Adam terangkan apa yang orang buat dalam gambar tu. Kalau betul , dia bagi Adam punch kertas bentuk star...Mula-mula Adam macam malas (as usual) tapi lama-lama dia pun oklah. Habis latihan tadi.
Ok, boleh dipraktikkan dirumah. Guna barang yang murah tapi berguna. Latihan tadi, 2 in one sebab belajar kenal nombor dan action.

Haritu, 2-3 hari lepas, aku beli Education system Grolier. Sebenarnya memang tak teringin langsung tapi ntah macam mana, ter....then ter....BELI. Dapat set: Magic English, Fun thinkers, Junior Science, Disney Words, Ripley's Believe it or Not, rak buku. Hope it's worth the money. Mahal...bagi aku ni. Takut Adam ni mula-mula jer excited, pastu boring. Dia memang camtu. Tapi konfiden jer salesman tu kata budak autism pun suka...taktaula. Dah 2 hari ni, so far depa suka tengok DVD dia dan buku words. Fun Thinkers tu agak menarik, buleh guna lama sampai sekolah. Banyak sangat dalam tu boleh buat. Activity book untuk cd tu agak advance bagi Adam. Ada section ABC, spelling, Phonetic lagi dalam cd tu. Banyak gakla satu cd pun. Dalam 26 min habis section kartun dia. Then ada latihan lagi. Harap dapat keep the occupied masa aku sibuk di kedai...tapi section latihan kena bantu sebab kena picit remote.

Harapnya berjaya sebab buku Bacalah Anakku....tak berjaya buat masa ni. Tengok kulit buku pun dah meradang. Pastu kena guna paksaan lak suruh baca. Nanti jadi tak fun lak. Takut dia meluat membaca pula. Takpelah ajar Adelina jelah buku tu. Adik suka pula macam buku Bacalah Anakku.

Ayah skeptical sikit pasal Grolier ni. Biasalah, ayah kan...setakat 2K tu, beli tablet senang-senang saja. Biarlah tak menjadi pun tapi dapat koleksi buku. Adam suka pula baca buku Disney words, banyak kartun. Harap berjaya.:)




Thursday, November 3, 2011

SGT tertinggal & Speech therapy session 3 & 4

Ntah macam mana, best buddy tertinggal kat showroom....dah tak keruan. Nak patah balik ambil malam-malam ni takmolah. Takut...So malam ni takleh la layan internet sampai lalok. Harap selamat. Esok terpaksa gi ambil lak...my SGT

Haritu, therapy Adam, both la about the same. Ms. Kok tu bagi kertas untuk Adam lekatkan sticker atau cop bila habis task. Okeylah dah diamalkan di rumah. Suruh dia tulis, then bagi sticker. Habis task dapat sticker. Tak buleh bagi reward best sangat sebab nanti dia meraung nak reward. Habis semua barang dicampak ke lantai, pas tu si mama naik berang. Apa pun tak dapat...

Maybe sebab session petang, dalam perjalanan pun Adam tidur, so dia agak letih la nak layan Ms. Kok ni. Nak main saja, tanak cakap pun walaupun perkataan yang dia tahu...hu hu hu. So, next session dah booked pagi-pagi after breakfast. Takdelah moody dan letih. Yelah, pagi dah buat aktiviti dengan mama. Petang session lak, letihla budak ni.

So, Adam ni kena banyak di tanya soalan di mana/ apa/ bila/ kenapa....(wh Questions)
then, NYANYI - improve sebutan nyanyian
tunjukkan gambar - action
Banyakkan vocab...(baca kamus?)

Banyaklah homework before the next session which is 3 weeks from now. Hope we can do this...AMIN

Wednesday, November 2, 2011

need more money...

bila nak kaya?
rasa cam nak stop biz, cari kerja balik..
letihla. duit takde, harta takde, keter takde,...
nak beli barang pun berkira kira..kan best kalau bole beli terus.
anak pun tak de rantai emas...takde heirloom pun nak bagi...
buka fb rasa meluat. bosan dengan orang yang berlagak...
ntah. meluat.
ya Tuhan, murahkanlah rezeki ku ni demi anak anakku...amin.

Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2

How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...