Sunday, January 29, 2012

I think I do have magic powers

Buktinya...
Situasi 1:
Sampai rumah pukul 6.30pm....pukul 7.00pm dinner dah siap dan aku sedang jirus pokok bunga lepas tu angkit baju ke dalam bakul, lepas tu mandikan anak-anak...so on so forth.

Situasi 2:
Pukul 1 petang masih baring atas sofa...malas nak ke dapur. Tapi pukul 2.00pm, nasi dan rendang daging siap dan aku sedang menyidai baju di luar.

Kebayakannya situasi seperti di atas saja. He he. Betulkan? Aku pun hairan. Aku takde maid, ibu, atau sesiapa untuk membantu. Cuma tulang 4 kerat ni jelah. Inilah kuasa magis dari Allah. Aku pun kagum kadang-kadang....

Sunday, January 22, 2012

Brillkids untuk Adelina



Alhamdulillah...tercapai juga cita-cita nak beli Brillkids. Dah lama tunda...sebab kena bayar cash. Kalau nak bayar credit card, kena order kat Hong Kong...

Haritu call agen Brillkids kat KL tanya dia kenapa harga kalau beli online lagi murah? Dia kata sebab kalau jadi apa-apa nanti susah nak dapat support. Paling dekat Hong Kong. Shipping lak berbulan baru sampai... Nanti kot cd patah ke rosak ke depa sini tak bertanggung jawab...yolah.

Mahal 2 ratus tu...Malas nak fikir, bayaq jelah. Aku ambik pekej Brillkids early reader and maths...RM1350.00 termasuk shipping. Okay la, 2 hari dah sampai. Tapi tak install lagi kat komputer ni. Sebab kena clear rem. Semua gambar lama, video dah buang. Insyallah lepas balik kampung nanti install. Nak baca pamplet dulula.

Dulu dah buat trial 9 days...Adik memang suka. Adam? tak suka. Sebab tu beli Grolier kat Adam.
Beli benda ni, akan dapat flap card tuk belajar baca, buku 25 keping---flip flap books which is very good. Lesson plan tuk 2 semester. Ada lagi flap tuk letak gambar family...customize la.



Brillkids ni kan, senang tau, cuma 5-10 mins setiap hari. Ikut jer program dia. Ada 365 hari. Tak payah pening-pening cari bahan macam tuk Adam tu kan. Just tekan enter/click mouse jer. Yang penting, kita bersama-sama buat dengan anak kita. Kira Q time gak tu. Kalau dia nak tengok lagi, cuma repeat the day punya program. Kalau sibuk, buleh selang...takde masalah. Pastu, ada bahan tambahan buleh download dari website, ada forum untuk suport...banyak gak la. Kira buleh overwhelming la...take it slow.
We'll see. If she can read next year...I will buy Mandarin package lak...
I will jot her development here...just for my references. Gud Luck to me and adik.

Saturday, January 21, 2012

Speech Therapy Session 8

Gong Xi Gong Xi....
Adam bagi kad Tahun Baru Cina kat Ms Kok. Haritu aku suruh dia lukis gambar kat kad merah Ms Kok. Happyla Ms Kok tu. Gong Xi nie ya Ms Kok.
Ms Kok kampung nya di sini jer. So tak payah la sibuk-sibuk cuti awal. Sebab tu hari ni dia masih kerja. 2 days before CNY. 


Harini kan dia bagi gambar kat Adam, suruh adam sebut apa action/perbuatan yang kartun teddy bear buat. Then of course akan color the picture. Dia suruh Adam ambil color warna apa untuk color apa. Adam ni dia punya color concept memang bagus, semua color dia kenal takde masalah. Cuma masalah dia..Bila tunjuk gambar teddy bear baca buku. Dia sebut buku saja. Kenalah bantu dia...teddy bear baca buku and so on...gambar teddy bear banging drum, dia sebut drum jer...teddy bear hiding inside box, dia sebut box jer...

Then, dia suruh matchkan gambar...sequence. Okay, Adam lulus. Benda bergambar memang dia pandai.

Pastu, tunjuk gambar...memek muka. Suruh match dengan benda...okay lulus juga tapi kena bagi hint.

Harini dia fokus pada gambar memek muka. Gambar tong sampah---suaikan dengan gambar orang tutup hidung. Gambar belon pecah----suaikan dengan gambar orang terkejut. Gambar hadiah----suaikan dengan muka orang tersenyum seronok. Macam-macam lagilah. Sambil tu cakap dengan dia apa keadaan tu.

Macam biasa, akan ada sesi main sebagai hadiah berkelakuan baik.
Ada homework lagi. Esok buat kat kampung. Malas nak balik kampung tau kenapa? Kat sana Adam tak nak buat kerja rumah. Nak main saja...aku pulak risau? sebab kawasan luas tak berpagar. Budak ni nanti masuk sungai ke, lari tengah jalan ke...kira aku tak tenteram la kan...asyik menjerit panggil anak. Kerja satupun tak boleh buat... We'll see if he want to do his activity there. I bet...

Wednesday, January 18, 2012

Kena buat schedule!

Memang...kena buat. 
Sebab apa? Nanti cacamarba...tak tahu hari ni nak ajar apa, esok...lusa....
Lepas Adam pi masuk tadika agak susah nak adjust time mengajar sendiri ni. Lagipun dia balik nak makan la, relax la...penat la katakan. Pastu mama pun sibuk nak buat kerja pejabat (cewah...) Ikut la, kalau banyak pelanggan sibuk la. Kalau takde, buleh layan budak-budak ni lama sikit.

Adelina lagi kasihan. Poor thing la. Ingatkan akan ada lebih masa untuk adik. Konon pagi nak luangkan masa dengan adik. Yelah, pagi selalunya sibuk jawab emel, print order, face booking, order barang, update katalog...basuh kain tak ingat...sidai kain. Itulah kerjanya. Sempat la buat aktiviti first word dan conteng sikit. Then terus sibuk buat kerja lain. Sekarang ni aku dah tak masak lunch. No time. Beli jer...Hari-hari macam gitu. So, bila nak ada masa dengan anak?

Fikir-fikir balik, kena buat schedule. Macam Adam, selaraskan dengan tadika dialah. Kalau ada homework, kena buat dulu la. Balik dan sampai opis kedai kul 12 tgh. Nanti pukul 2.30 ptg dia nak tengok wonder pets dia...
So, dalam time interval ni, kena---->tengok cd Grolier (20 min) sambil lunch, kalau nak main gamenya lepas tu...( tambah lagi 15min). Selalunya lepas tengok cd 3-4 kali baru akan main game cd tu. Then buat homework dulu. Pastu, baru buat mama punya aktiviti. Ini pun bergantung kepada mood budak. Kalau dia tak mau, tak payahlah. Esok buleh buat. Kalau ikutkan aku macam-macam nak buat...

Untuk Adam - Isnin (categorization, position, big/small...clasify)
                       Selasa (Matematik, puzzle, Fun Thinkers)
                       Rabu (Jawi/Arab)
                       Khamis (Mandarin)
                       Jumaat (Craft)

Everyday must learn phonic....(lama tak buat). This is just my guideline. Not a must. Nanti stress...

Untuk si adik, setelah kumpul duit sejak tahun lepas, so I decided to purchase that Brillkids...will arrive this Friday. Lepas ni, just follow the program given. Cuma tambah aktiviti mewarna, phonic in Malay and writing practice. I will open a new label for Brillkids.

Now I want to go up and watch hindi movie.


Tuesday, January 17, 2012

What happened in my life last week...

Last week, we celebrated Adelina's 2nd Birthday. Nothing big, as always...only the four of us.
Adelina is a big girl now...cannot believe it that she's two. She is a baby to me. Always. Still breast feeding.
Latching till sleep.
She can say some words now. She totally understand when I am mad, happy, and understand my instruction. She is like a little living doll. She is beautiful. She will be a beautiful girl when she grow up.
She drives me nuts sometimes. She is a cry baby...She cries whenever she wants something and could not get it. She cries when she is sleepy. Hungry? yes, she cries for that too. She cries when I am busy with customers. She cries for attention. She cries when Adam did something to her.
But, she is adorable. As always....People love her. Whenever we go out, people will come and smile to her, talk to her, touch her chubby cheek, some might hold her...because she is so adorable.
Ayah said, we will be in trouble when she's in her teen. Because she is beautiful.

Now, she can say:
mama = mama (me), yaya (ayah), tam (Adam), tadak (tak der, not here), fu (elephant), cat = cat, dog = dog, key (monkey), wawa (bawah), cucu (susu), men (main), pepel (apple), up, ....list goes on (will add when I remember)




We will always love her. Happy Birthday my girl.

Monday, January 16, 2012

Selamat Hari Ulang Tahun Ibuku - Hajjah Harinsun Mohd. Yusof

Assalamualaikum Mak,

Ja nak ucapkan Happy Birthday!
Semoga mak terus gembira, dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan dan dilimpahi rahmat-Nya.
Mak, Ja amat bersyukur kerana mempunya ibu seperti mak...
Mak telah mengharungi perbagai cabaran, ranjau dan duri semasa membesarkan kami lima beradik
Mak telah melupakan kebahagiaan mak sendiri demi kebahagiaan kami.
Mak telah berkorban dari segala segi untuk memastikan kami keperluan kami dan pelajaran kami.
Sungguhpun begitu, mak tak pernah memarahi kami apabila kami melakukan kesilapan.
Mak adalah pendorong kami untuk mencapai kejayaan dunia akhirat.
Mak adalah role model terbaik kami. Mak adalah lilin kami. Tanpa mak hanyutlah kami...
Siapalah kami tanpa ketabahan mak.
Mak sabar dengan karenah keluarga.
Mak berkorban tenaga dan wang ringgit demi keluarga yang tidak endahkan mak pun. Mak redha.
Mak selalu dijadikan orang tengah untuk menyelesaikan masalah di dalam keluarga, mak tak kisah. Janji dapat menyelesaikan kekusutan mereka.
Mak...mak amat lembut hati dan tidak tahu berkata 'Tidak'. Mak suka tolong orang. Itulah mak. Mak sanggup berkorban tanpa mengharapkan balasan.
Mak...dugaan mak cukup hebat...tiada kata-kata yang dapat menghuraikannya.
Mak...akhirnya mak dapat melarikan diri dari kemelut walaupun dibuang keluarga...Alhamdulillah akhirnya mereka sedar tindakan mak itu adalah wajar.
Mak...Alhamdulillah Allah telah memakbulkan segala doa mak...
Ja sangat sayangkan mak. Tiada kata-kata dapat menggambarkan nya. Kami semua sayang mak...
Kami akan berebut untuk menjaga mak bila mak uzur nanti...mak jangan risau.
Kami bangga punya mak sebagai ibu kami di dunia ini.
Selamat Hari Lahir mak. We love you.

Saturday, January 7, 2012

Speech Therapy Session 7

Wow! Dah sebulan tak pegi therapy...
Harini oklah, Ms Kok buat revision tanya big and small... susun nombor 0-9. Mula-mula Adam jadi bisu. Takmo cakap sepatah pun. Pastu Ms Kok pun jadi bisu. Main tunjuk-tunjuk jer. 
Lepas bagi main ball, dia pun oklah and start to participate in the class....

Harini dia bagi Adam buat categorization...bagi gambar, gunting dan lekat mengikut kelas kategori masing-masing. Ada homework, buat di rumah.

Ms Kok pesan, lepas ni kalau Adam buat ayat yang tak dapat difahami, just put him to stop and ask him to speak correctly, mama cannot understand...wokey, will put that in mind.

Class resume in two weeks time. Lot's to catch up!
Categorization...cut and paste and color

Continuation of s-v-o....kena color!!! 
 I have to sleep early, tomorrow is school day for Adam...:)

Sunday, January 1, 2012

New Year 2012

Dah tahun baru..2012. The year of Armageddon.
Macam biasa, aku sambut dengan tengok rancangan live kat tv. Tengok fireworks dalam tv...layan apa saja rancangan tv yang best...tidoq.

Harini cat rumah. Dah lama nak cat bahagian depan rumah ni...setengah hari dah siap...sebab dah expert cat rumah nie...:) tengah memikirkan kaler apa pulak nak beli tuk cat master bed..violet or light lavender combined with grey maybe...

Lusa, Adam akan start kindy. Bagitau dia, lusa Adam pi sekolah tau...dia kata "takmau mom. Takmau!' tu lah jawapan nya tiap kali bagitau dia kena pi sekolah...

Aku pulak, start esok kena, mesti masuk tidur awal. takut terbabas bangun pagi...you know, I am NOT a morning (early morning) person. Dulu masa Adam tadika kat Star Kids bodoh tu yer la aku bangun pagi. So, kena la go to bed early...kena change schedule menyapu/mengemop malam ni...(tak tau bila lak nak mop kalau bukan malam-malam?)

Masa Adam kat tadika, bulehlah aku fokus kat Adelina....aktiviti dengan dia pulak. Insyallah Brillkids. Nak beli dah ni. As soon as I settle my CC debt esok. Buleh wat hutang baru...ha ha ha. Ayah kata nak beli komputer baru tuk family, tak yah aku fikir pasal komputer baru dah...kalau tidah teragak juga nak beli Brillkids sebab dia guna software. Komputer minibook aku yang dah full ni...tak larat kot nak install programnyer...masa trial pun terkedek-kedek proses cpunya...oklah. Beli Brillkids untuk Adelina. 

Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2

How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...