Monday, January 16, 2012

Selamat Hari Ulang Tahun Ibuku - Hajjah Harinsun Mohd. Yusof

Assalamualaikum Mak,

Ja nak ucapkan Happy Birthday!
Semoga mak terus gembira, dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan dan dilimpahi rahmat-Nya.
Mak, Ja amat bersyukur kerana mempunya ibu seperti mak...
Mak telah mengharungi perbagai cabaran, ranjau dan duri semasa membesarkan kami lima beradik
Mak telah melupakan kebahagiaan mak sendiri demi kebahagiaan kami.
Mak telah berkorban dari segala segi untuk memastikan kami keperluan kami dan pelajaran kami.
Sungguhpun begitu, mak tak pernah memarahi kami apabila kami melakukan kesilapan.
Mak adalah pendorong kami untuk mencapai kejayaan dunia akhirat.
Mak adalah role model terbaik kami. Mak adalah lilin kami. Tanpa mak hanyutlah kami...
Siapalah kami tanpa ketabahan mak.
Mak sabar dengan karenah keluarga.
Mak berkorban tenaga dan wang ringgit demi keluarga yang tidak endahkan mak pun. Mak redha.
Mak selalu dijadikan orang tengah untuk menyelesaikan masalah di dalam keluarga, mak tak kisah. Janji dapat menyelesaikan kekusutan mereka.
Mak...mak amat lembut hati dan tidak tahu berkata 'Tidak'. Mak suka tolong orang. Itulah mak. Mak sanggup berkorban tanpa mengharapkan balasan.
Mak...dugaan mak cukup hebat...tiada kata-kata yang dapat menghuraikannya.
Mak...akhirnya mak dapat melarikan diri dari kemelut walaupun dibuang keluarga...Alhamdulillah akhirnya mereka sedar tindakan mak itu adalah wajar.
Mak...Alhamdulillah Allah telah memakbulkan segala doa mak...
Ja sangat sayangkan mak. Tiada kata-kata dapat menggambarkan nya. Kami semua sayang mak...
Kami akan berebut untuk menjaga mak bila mak uzur nanti...mak jangan risau.
Kami bangga punya mak sebagai ibu kami di dunia ini.
Selamat Hari Lahir mak. We love you.

No comments:

Post a Comment

Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2

How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...