Friday, February 10, 2012

Fever fever...

Balik dari KL haritu terus demam...actually adam demam masa dalam perjalanan nak ke sana. Adik pula, sampai sini, muntah-muntah...demam.
Bila depa ni demam, aku la...letih paksa makan ubat. Adam memang tak suka sungguh makan ubat. Bila paksa, dia ludah balik...sabau jelah.
Semalam dia demam panas balik. Mungkin kuman batuk kahak tak habis...body still fighting. Dah satu hari tak makan. Udah la kurus, bertambah la kering...
Adik...makan---muntah. Minum---muntah. Dah apekehal ni? Risau dibuatnya. Aku ni setakat demam panas 38-39 C. Memang tak risau. Biasa la sponging tengah malam ni. Tapi bila muntah tak berhenti campur lagi cirit...dalam hati, ntah-ntah kena Rotavirus. Adik tak ambil imunisasi tu. Sebab aku jaga dia sendiri. Adam dulu masa baby lagi dah ambil vaksin tu sebab dia umur 2 bulan dah masuk nursery. 
Kesian, 2 hari tak makan? Harini bawa jumpa Doc Lim at Kulim Child Specialist, betullah mungkin kena Rotavirus...muntah phase dah over. Demam pulak dah...ni duk demam la ni.
Adam lak, secondary infection...patutlah demam tak kebah. Ni mesti kutip kuman masa travelling haritu. Pastu Dr nak check ada infection dalam telinga ke tak...tahi telinga banyak sangat...patut la anak aku ni tak dengar cakap, rupanya banyak tahi telinga. Dah doc cuba korek tapi dah keras macam batu kerikil, so dia bagi ubat titis, next week bawak mai jumpa nanti dia buat projek korek najis telinga....
Masa ambik ubat, nurse tanya, akak tak korek telinga dia ke? Aku kata, dia tak bagi. Memang dia tak suka aku kacau telinga dia....But I feel like a BAD mom la. 
Well, hopefully esok, Adelina akan berselera nak makan...sekarang ni just bagi oral dehydration jer...Ayah pun dah tumbang, demam gak. Jenuh la mama jer uruskan 2 budak sakit sorang-sorang. 
Ya Allah, please give me strength to care for them...Amin.

No comments:

Post a Comment