Monday, March 19, 2012

Isu gaji maid Indon

Sampai rumah pukul 6 petang...penat sangat. Sakit pinggang...dalam hati, nak masak apa ni? Ayam ada 2 ketul jer. 
Tapi macam biasalah, hubby kata dia penat. Tanak keluar. (Habis aku ni tak penat?)
Masak jelah 2 ketul ayam + ayam goreng segera (Ayamas), nasi aku masukkan perencah nasi ayam. Buleh la nak makan untuk kami sekeluarga. Hubby kata apa susah-susah, goreng ikan kering dah la. Banyak la ikan kering dia. Ingat budak-budak ni apa ke? Tak habis-habis ikan kering. Mana ada khasiat...orang laki memang ....(fikir diri sendiri dulu).

Ni rumah ni, dah lama tak mop. Tingkat atas, dah behabuk, banyak rambut atas lantai...tingkat atas memang aku tak mop. Tangga...banyak rambut dah...lama tak sapu. Kipas...sikit lagi nak turun salji hitam. Insyallah hujung minggu ni. Dah masuk schedule cuci kipas. Sliding door...lagilah. Sejak pindah tak teringin nak cuci pun. Tengok jiran sebelah rajin bebeno wipe sliding door. Tiap-tiap hari dia sapu sampah kat bahagian parking keter depan rumah tu... aku akan sapu kalau nampak bendasing merayau.
Toilet...Alhamdulillah aku rajin cuci sebab aku geli toilet kotoq...cuma toilet bawah ni tak rajin sebab tak guna. Toilet bilik tamu, selagi takde tetamu aku tak cuci. TV pun kena wipe, semua shelves, frame gambar...meja...ni bab cuci jer tak termasuk bab baju, masak, siram pokok, vacuum kereta, vacuum carpet, cuci lapik sofa, tukar cadar, buang sampah, cuci tong sampah dan jaga anak-anak dan suami yang perlu jagaan macam budak-budak. 

Semua orang marah-marah gaji maid indon mahal. RM700 dan ikut pengkhususan pulak. Mula-mula rasa nak marah sebab takde chance la aku nak pakai maid kan...tapi hubby lak kata, gaji RM700 tu kira sikit untuk kerja 24 jam or on demand. Dah ler kena tinggalkan family...kena buat semua kerja rumah, kena seksa, saper nak kerja macam tu di Malaysia ni? Dah jadi orang gaji orang akan pandang hina...(sama la cam SAHM ni). 
Bukan nak masuk side maid indon, tapi betullah, RM700 masih rendah. Cuba tanya sapa nak kerja macam ni gaji RM700? Come on, you gaji RM6000++ and still complaining bout RM700 is high for maid. Cuba you buat kerja maid....taknak...kalau senang sangat awat nak ambik maid? Buatla sendiri...

Me...having a maid? Hope so...i need an assistant. Not Indon Maid though, Philippines please....:)))

No comments:

Post a Comment