Skip to main content

Nothing much today...

Pagi-pagi dah dapat mesej dari my sister, opah masuk hospital...mak kata dia minor stroke. My opah is 92 years old. Dia menyaksikan perubahan Malaysia dari zaman jepun, zaman komunis...sampai sekarang. I don't know, to visit her, she is very far away...hope everything is okay...mom says she can't talk anymore. She still in er...the docs still deciding...

Anyway, semalam ada satu accident di Pasir Putih Kelantan di mana ayah dan anak meninggal terbakar di dalam kenderaan. Sedih...macam mana yer rasa mati? Mereka mati berpelukan. Saksi tak sempat nak selamatkan sebab kereta meletup dan terbakar...hanya dapat melihat si ayah menarik si anak cuba selamatkannya. Anak baru umur 4 tahun...Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Macam mana perasaan si isteri? Sedih kan...
Aku kan, memang obses pasal kematian ni. Aku selalu tertanya-tanya macam mana rasanya? Kita pergi mana? Kenapa ada orang mimpi pasal orang yang dah mati? Mereka hidup di dimensi lain? Aku pernah jadi tak keruan tau dulu fikir pasal mati ni...dulu la. Aku rasa macam ...nak buat apa sibuk-sibuk sangat, nanti mati juga. Harta semua ni tinggal tak bawak...tak berguna pun...Aku suka tengok/dengar ceramah pasal mati...tok imam kata, kita patutnya tak perlu takut mati, sebab kita akan jumpa Tuhan kita...
Hiduplah seperti kita akan hidup 1000 tahun lagi, berimanlah seperti kita nak mati esok...Kita tak tau bila kita nak mati... tengok adik Harris tu, 3 minggu jer dah mati...Aku tengok muka anak-anak aku ni....macam mana ya? Kalau dia ada 3 minggu lagi. Kalau kita tahu bila saatnya? Mesti kita hargai masa yang ada...tapi kita tak tahu...kalau kita tahu, mesti asyik sembahyang tak berhenti...
Tujuan tulis blog ni pun sebenarnya nak tulis wasiat kat anak-anak kot la aku mati muda...
Tapi baru tulis sikit jer pun...kena speed up the letters tue.

Comments

Popular posts from this blog

I want IKEA kitchen...bahagian lima: Installation

Sebenarnya dah boring tulis entry nie.....pasal dapuq ni.
Semasa aku tulis entri ni, dapuq aku dah 99% siap. Tinggal nak pasang plinth kat kaki kabinet.
Sebab tu macam malas nak tulis. Excited dah kurang. Next entry will be the finale, Before & After.

So....lepas beli barang dan bayar apa yg perlu dibayar....maka baliklah kami ke Kulim....
Lepas 3 hari macam tu, depa mai....first trip, hubby check semua barang. Make sure check dengan amat teliti. Sebab barang hanya akan beza di item article number.... ada barang salah hantar ada barang takde dan kotak yg kami pack macam gila kat sana haritu depa tertinggal.....beribu gak nilai barang dalam 2 kotak tu. Barang yg tertinggal tu, ada orang mai ambil dan tukar pada hari berikutnya....customer service ikea memang tip top lah jangan risau kalau ada kes macam nie...

Hubby aku punyalah excited mula nak pasang kabinet malam tu juga....sampai tumpah kicap sebotol. Rumah tengah macam tongkang pecah. Aku dah pesan, simpan dulu botol tu nanti p…

Bagaimana hendak mendaftar & mencarum sebagai Majikan di KWSP

KWSP

Bila pekerja dah mula bekerja....maka barulah si Majikan boleh pergi mendafar. Kalau pekerja belum start kita dah terhegeh-hegeh...pegawai kwsp suruh balik dulu...hahaha. Takpe kalau pekerja dah bekerja banyak bulan so bila kita mendaftar, kwsp akan charge caruman tertunggaklah yg beberapa bulan tue.

Majikan walaupun ada satu pekerja, dan pekerja tu layak dicarum..kenalah mencarum. Kalau tidak, kut depa mai check di premis kan tak pasal2 kena denda. Macam mana nak tau pekerja tu layak mencarum ke tak? maka pi lah ke website jabatan tenaga kerja...ada maklumat.

Macam aku, aku tak de bajet. Aku upah part time jer...still kena sebab waktu bekerja lebih dari 14 jam seminggu.

So, samada korang download borang KWSP 1 di website KWSP tu atau walk in ke pejabat KWSP. Baca arahan...isi lengkap. So, siap hari itu juga akan dapat nombor pendaftaran majikan secara sms. Jangan lupa daftar i-account untuk memudahkan urusan pembayaran/semakan.

Nak mancarum pula macam mana? kalau pejabat kwsp de…

I want IKEA kitchen...bahagian enam: Siap!

Siap dah sebulan lepas....satu part tak pasang lagi. Plinth, ada masalah nak potong kayu. Biarlah nanti beli gergaji bulat tu baru boleh potong. Akhirnya siap 99%.
Kos SEMUA RM6588 (termasuk lantai kayu, electrical, piping, hood, meja, algot system dan aksesori) sahaja. Tunai. Tidak termasuk kos lori.
Yes, i love my new kitchen. I love my personal finishing touch and still touching up a lil bit here and there.
It suites us, a family of four.






Tu jelah...happy with the result.