Skip to main content

“It's the quality not the quantity that counts”

Well, harini rasa sakit kepala, lepas balut cat tree yang diorder oleh customer, malas nak tunggu lori mai pick up. Terkodek-kodek angkat barang 15kg masuk keter. Langit pula mendung sangat nak runtuh. Siap-siap bawak masuk budak-budak dalam keter...bruuuu terus hujan lebat. Alhamdulillah sempat masuk dalam keter...

Sebenarnya ada sorang customer tanya pasal cat tree. Dia nak yang macam gambar yang dia ada untuk client dia....ha? Takpelah i dah bagi harga lebih kurang. Dia kata takde masalah cuma nak tengok gambaq. Banyak kerja sket tu...malam nanti i buat sebab nak buat dalam bentuk pdf tue. Copy n Paste jer...but still time. Need to hapdet harini punya order lagi. Nak wat camner, dalam kompeni i tu hanya i seorang yang bekerja. Nak hire takde budget. Maklumlah hire pekerja bukan senang. Di Malaysia ni kena socso n kwsp wajib...
Sebab tu terpaksa berkorban jadi tukang hantar barang, tukang buat katalog, tukang layan customer, tukang develop product, marketing dan sales....dulu saya amik kos Chem Eng. Takde kena mengena dengan sales langsung.

Balik rumah terus bukak laptop. Sembang pasal kucing siam kena buang dengan sister i, tetiba keluar satu iklan FB kat sebelah...a new online shop ...my latest competitor?....setakat ni memang ada beberapa online competitor tapi as usual we specialize in a unique way. This one looks similar. FB page dia mak oi banyaknya fan!!! Then check out the website...oklah tiru i punya web sikit tang ayat. Dia tukar sikit. Yang len...takde apa sangat la. I still maintain my uniqueness so far. I ni tak buleh kalau ada competitor baru rasa cam berdebar. Takut barang dia jual lebih murah...haritu dah ada customer bagitau harga di satu web ni lebih murah...so kena selalu check harga barang dengan web mereka juga...Kalau suplier dah bagi suggested retail price, memang takde masalah. Ini kalau barang yang takde bench mark...sebab tu kena check dengan competitor dulu. 

This new web, I don't have to worry so much la. Surf internet pun tak jumpa. FB page memang ramai orang loike...tapi kalau budak umur 8 tahun pun loike nak wat per. FB add i just focus untuk umur tertentu di negara tertentu je...FB add mahal beb. “It's the quality not the quantity that counts”.

Tujelah untuk entry pertama MY BIZ 

Comments

Popular posts from this blog

I want IKEA kitchen...bahagian lima: Installation

Sebenarnya dah boring tulis entry nie.....pasal dapuq ni.
Semasa aku tulis entri ni, dapuq aku dah 99% siap. Tinggal nak pasang plinth kat kaki kabinet.
Sebab tu macam malas nak tulis. Excited dah kurang. Next entry will be the finale, Before & After.

So....lepas beli barang dan bayar apa yg perlu dibayar....maka baliklah kami ke Kulim....
Lepas 3 hari macam tu, depa mai....first trip, hubby check semua barang. Make sure check dengan amat teliti. Sebab barang hanya akan beza di item article number.... ada barang salah hantar ada barang takde dan kotak yg kami pack macam gila kat sana haritu depa tertinggal.....beribu gak nilai barang dalam 2 kotak tu. Barang yg tertinggal tu, ada orang mai ambil dan tukar pada hari berikutnya....customer service ikea memang tip top lah jangan risau kalau ada kes macam nie...

Hubby aku punyalah excited mula nak pasang kabinet malam tu juga....sampai tumpah kicap sebotol. Rumah tengah macam tongkang pecah. Aku dah pesan, simpan dulu botol tu nanti p…

Bagaimana hendak mendaftar & mencarum sebagai Majikan di KWSP

KWSP

Bila pekerja dah mula bekerja....maka barulah si Majikan boleh pergi mendafar. Kalau pekerja belum start kita dah terhegeh-hegeh...pegawai kwsp suruh balik dulu...hahaha. Takpe kalau pekerja dah bekerja banyak bulan so bila kita mendaftar, kwsp akan charge caruman tertunggaklah yg beberapa bulan tue.

Majikan walaupun ada satu pekerja, dan pekerja tu layak dicarum..kenalah mencarum. Kalau tidak, kut depa mai check di premis kan tak pasal2 kena denda. Macam mana nak tau pekerja tu layak mencarum ke tak? maka pi lah ke website jabatan tenaga kerja...ada maklumat.

Macam aku, aku tak de bajet. Aku upah part time jer...still kena sebab waktu bekerja lebih dari 14 jam seminggu.

So, samada korang download borang KWSP 1 di website KWSP tu atau walk in ke pejabat KWSP. Baca arahan...isi lengkap. So, siap hari itu juga akan dapat nombor pendaftaran majikan secara sms. Jangan lupa daftar i-account untuk memudahkan urusan pembayaran/semakan.

Nak mancarum pula macam mana? kalau pejabat kwsp de…

I want IKEA kitchen...bahagian enam: Siap!

Siap dah sebulan lepas....satu part tak pasang lagi. Plinth, ada masalah nak potong kayu. Biarlah nanti beli gergaji bulat tu baru boleh potong. Akhirnya siap 99%.
Kos SEMUA RM6588 (termasuk lantai kayu, electrical, piping, hood, meja, algot system dan aksesori) sahaja. Tunai. Tidak termasuk kos lori.
Yes, i love my new kitchen. I love my personal finishing touch and still touching up a lil bit here and there.
It suites us, a family of four.






Tu jelah...happy with the result.