Skip to main content

Hari Penat....bahagian akhir

Sampai rumah, angkut semua hasil shopping yang bosan tadi masuk dalam, bancuh susu...tak sempat minum susu dah lelap minah tu...kasihan.
Tadi ada beli muffin dan donut topping coklat. Aku paling tak suka, sebab nanti habis kotor rumah dengan coklat tuh! Muffin pulak, topping jer comel, bende tu tak sedap pun tapi sebab budak-budak ni suka, terpaksalah beli...seperti dijangkakan...habis berserdak bercoklat lantai...penat sapu & lap...(tak mop sebab  nanti stress + sakit pinggang).

Then bila nak bersihkan udang yang beli tadi, buka tong sampah....ulat pulak merenyut berlumba-lumba keluar....geli!!!!!!
Nasib baik laki dah balik, cepat-cepat suruh dia buang. Aku kalau sampah dah berulat memang tak sentuh...
Aku baru jer basuh tong tu, sampah dalam tu baru 2 hari...kalau 3 baru start nak bau. Bukan ada barang mentah macam ayam ke, udang pun...nasi lebih jer. Ni mesti ada telur lalat cuci tak bersih. Dah habis lantai penuh ulat....geli geleman. Satu kerja pulak cuci lantai dapur, ulat ni tak reti nak mati...curah air panas pun steady lagi, spray ridsect langsung tak jadi apa...spray insect untuk pokok pun...hampeh. Spray serai lagilah... jenuh la sakit pinggang cuci dapur. Sampai tak nampak binatang tu dah baru...relax kejap. Tapikan bagus jugak, kalau tidak, jangan haraplah nak cuci lantai dapur tu. Dah buang tong kat semak belakang rumah...guna plastik gantung kat pintu dapur jelah, hari-hari buang jamin tak berulat.

Masak dinner...angkit kain...masuk dalam rumah kotor lagi dengan serdak donat dan muffin...laki aku memang ngadap tablet dia jer. Biarlah dia, kalau dia nak tolong Alhamdulillah, kalau tanak pun takper.
Tapi memang PENAT. The chores never end...

Comments

Popular posts from this blog

I want IKEA kitchen...bahagian lima: Installation

Sebenarnya dah boring tulis entry nie.....pasal dapuq ni.
Semasa aku tulis entri ni, dapuq aku dah 99% siap. Tinggal nak pasang plinth kat kaki kabinet.
Sebab tu macam malas nak tulis. Excited dah kurang. Next entry will be the finale, Before & After.

So....lepas beli barang dan bayar apa yg perlu dibayar....maka baliklah kami ke Kulim....
Lepas 3 hari macam tu, depa mai....first trip, hubby check semua barang. Make sure check dengan amat teliti. Sebab barang hanya akan beza di item article number.... ada barang salah hantar ada barang takde dan kotak yg kami pack macam gila kat sana haritu depa tertinggal.....beribu gak nilai barang dalam 2 kotak tu. Barang yg tertinggal tu, ada orang mai ambil dan tukar pada hari berikutnya....customer service ikea memang tip top lah jangan risau kalau ada kes macam nie...

Hubby aku punyalah excited mula nak pasang kabinet malam tu juga....sampai tumpah kicap sebotol. Rumah tengah macam tongkang pecah. Aku dah pesan, simpan dulu botol tu nanti p…

Bagaimana hendak mendaftar & mencarum sebagai Majikan di KWSP

KWSP

Bila pekerja dah mula bekerja....maka barulah si Majikan boleh pergi mendafar. Kalau pekerja belum start kita dah terhegeh-hegeh...pegawai kwsp suruh balik dulu...hahaha. Takpe kalau pekerja dah bekerja banyak bulan so bila kita mendaftar, kwsp akan charge caruman tertunggaklah yg beberapa bulan tue.

Majikan walaupun ada satu pekerja, dan pekerja tu layak dicarum..kenalah mencarum. Kalau tidak, kut depa mai check di premis kan tak pasal2 kena denda. Macam mana nak tau pekerja tu layak mencarum ke tak? maka pi lah ke website jabatan tenaga kerja...ada maklumat.

Macam aku, aku tak de bajet. Aku upah part time jer...still kena sebab waktu bekerja lebih dari 14 jam seminggu.

So, samada korang download borang KWSP 1 di website KWSP tu atau walk in ke pejabat KWSP. Baca arahan...isi lengkap. So, siap hari itu juga akan dapat nombor pendaftaran majikan secara sms. Jangan lupa daftar i-account untuk memudahkan urusan pembayaran/semakan.

Nak mancarum pula macam mana? kalau pejabat kwsp de…

I want IKEA kitchen...bahagian enam: Siap!

Siap dah sebulan lepas....satu part tak pasang lagi. Plinth, ada masalah nak potong kayu. Biarlah nanti beli gergaji bulat tu baru boleh potong. Akhirnya siap 99%.
Kos SEMUA RM6588 (termasuk lantai kayu, electrical, piping, hood, meja, algot system dan aksesori) sahaja. Tunai. Tidak termasuk kos lori.
Yes, i love my new kitchen. I love my personal finishing touch and still touching up a lil bit here and there.
It suites us, a family of four.






Tu jelah...happy with the result.