Sunday, May 6, 2012

Pasar Malam

Saya tak suka pergi pasar malam.
Dulu ok jer, setiap minggu pergi, beli lauk, makanan, macam-macam boleh beli di situ.
Segalanya bermula setelah mengandung...tak boleh hidu asap dan bersesak. Tau sajalah bila preggie, hidung jadi sensitif, tesco pun tak jejak sebab bau ikan...ha ha ha
Dah lama gila tak gi pasar malam...lebih kurang 2 tahun. ada sebab lain rupanya selain tak suka asap dan kesesakan bau peluh orang ramai di situ...

Semalam pegilah...kat Jawi Perlis nie...saya di kampung hubby. Bukan apa, dah ajak dia kuar C-mart, nak beli kasut si Adelina ni. As usual, hubby akan tidur jer bila di kampung ni. Bosan betullah...
Dah petang...takpelah, jom gi pasar malam, buleh cari makanan dan kasut adik. Tak perlulah mak mertua masak. Saya memang tak masak kat kampung kecuali untuk anak-anak jer.

Saya beli mee kuah, satyy daging & ayam, hubby beli pulut durian, lagi beli ayam goreng...lima ketul RM16.00 (mahalnya kalah KFC)!!! Mak mertua macam biasalah pi beli barang basah...ikan, ayam...sayur.
Kasut adik, dapatlah 2 pasang.

Tak sabarnya nak makan...sekali mee kuah rasa hampeh!!!! Makan sikit jer, kalau makan habis dijamin sakit perut. Satay boleh tahanlah. As usual, satay daging akan guna daging import... ayam goreng ok, Adam makan seketul, saya pun ngap seketul dalam keter. Hubby makan pulut durian...terus mabuk sampai tengahari esoknya iaitu hari ini...masih sakit perut, angin satu badan...asal balik kampung, mesti sakit...

Kan dia cuti Wesak ganti hari Isnin esok? Dia nak balik esok, saya nak balik harini...esok banyak kerja kedai, Adam pun dah ponteng harini, takkan nak ponteng esok lagi?...last week dah ponteng seminggu...

So, kat pasar malam, kecuali you betul-betul selalu pergi dan tau mana nak beli makanan sedap...ok. Kalau main terjun beli...banyak yang membazir sebab akan masuk tong jer...tak pun keracunan makanan. 
Baru teringat sebab-sebab tak pi pasar malam: makanan tak sedap mana pun...

2 comments:

  1. betui... aku g pasar malam beli benda yang sama je sejak 6 tahun ni :)

    ReplyDelete
  2. yelah...semoga penjual makanan di pasar malam lebih ikhlas menyediakan makanan bukan sekadar nak untung. kalau buat ikhlas kan, kita mesti kita jadi regular customer, tak rugi. lani sisah nak jumpak dah...

    ReplyDelete

Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2

How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...