Tuesday, June 19, 2012

Hari takde mood

Duit dah kering...takde mood.
Ntah bila la boleh maju bisnes aku nih...???
Buat bisnes memang banyak cabaran.
Tambahan pula aku start from scratch...
Kalau mak bapak orang bisnes oklah kot sebab boleh sumbang modal.
Family aku....aku jer menceburi bidang ni. Hat lain semua gomen officer kecuali kakak aku ada kompeni audit sendiri.
Bab modal...memang kecil dan memang takmo hutang...sebab bila hutang, mula beli benda mengarut (contohnya kereta mewah sebab nak tunjuk kat orang kata kita berjaya sangat)...pastu lingkup. Kan?

Kat bangunan mara nie...ish kalaulah dapat ground floor mesti best.
Tenants yang kat ground floor pula tak reti blah...dahler woi! pegi tempat lain bagi orang lain peluang pulak.
Kat sini, ground floor punya kaki persegi luas la sikit...depa sini buat bisnes butik & salon (biasalah orang Melayu), jual barang alat tulis dan cafe internet...kalau dapat kat aku salah satu lot bawah ni best beb...ish bagi betis nak paha. Harapnya pakcik baloq liat yang dah lebih 9 tahun tak leh renew kontrak tahun depan. Boleh aku apply kedai bawah.
Aku duduk tingkat satu...nak angkat naik turun barang stok....sakit pinggang beb. Dah la pakai wedges...hilang vogue aku taw. Lagi satu time nak angkut barang naik....berpeluh. Patutlah kurus kering aku nie...kat atas memang takde customer naik. Sebulan ada sorang/dua regular jelah...Apa pun, penting ada kedai pamer barang, Lepas ada kedai dan pamer kedai kat fan page, pelanggan pun lebih percaya...sebab ada kedai.

Tukar topik---->
Sebenarnya haritu ada beli satu mainan kat Adam sebab dia memang suka main blocks & bricks...ni beli kat katalog, RM39 jer. Aku dapat diskaun 20% lagi sebab jadi ahli soping katalog. Menarik kan?
Inilah benda itu...

Castle Adam...

Yang cantik ni mama buat...

No comments:

Post a Comment