Wednesday, June 27, 2012

My new pet cat...

Baru-baru nie ada kawan sedekahkan seekor kucing parsi kat aku...aku pun dengan excitednya pergi rumah dia ambil kucing.
Kucing ni...kucing yang terabai dan kurang kasih sayang.
Dulu abang kepada kawan aku ni yang beli kat kedai harga RM300. Tapi rupanya bela kucing kena bagi makan, buang tahi, bagi mandi....so, lama-lama dah tak suka. Simpan jer kucinh ni dalam cage....
Lepas itu, kawan aku ambil, tapi dia ni preggie so takde masa nak layan kucing trauma yang baru nak matang, so malam-malam mengiau nak mengawan...jiran-jiran dia pun komplen. So, dapatlah kat aku si kucing parsi yang cantik molek nie....
Cuma dia tak trust human langsung. Tak boleh pegang...macam ikan keli. Lepas terus lari menyorok. Jenuh aku cari...menyorok bawah katil dan tangga favoritenya. Tak boleh jadi nie, aku masukkan dalam cage dan letakkan di tengah rumah so dia lebih bersosial dengan famili aku...hari kedua, dia dah ok sikit. Boleh la nak pegang. Hari ketiga nie, dia dah mengepurr bila belai badan dia....macam mana kau ni boleh jadi liar? Kucing parsi selalunya manja...mungkin lepas 2 minggu dia jinak kot. Ingat esok nak bawa jumpa vet kat kulim nie just for check up. Tak kasi lagilah, lepas jinak baru aku kasi....kucing aku semua kena kasi. Malas nak layan kucing miang dan beranak pinak. Harap maklum. So, kalau rasa kucing tu cantik kat kedai...tak payahlah beli, nanti jadi macam si Furball ni, last-last kena abai terus jadi liar. Kucing ni commitment. Tak boleh sesuka hati decide takmau dah la...or bosan la...pastu buang. Kesian dia...Kalau tak mampu dari segi commitment, baik tak payahlah bela. Kalau tak suka kucing beranak pinak, pi kasi. Ni tak, suka buang anak kucing la, ibu kucing sarat la...ko buang kat pasar tu, lama-lama kucing-kucing ni mati tau sebab kena langgar, penyakit, tak cukup makanan. 
Kalau ku mampu akan ku ambil semua kucing melarat kat pasar sebelah kedai aku tue...bela semua.

No comments:

Post a Comment