Sunday, July 15, 2012

Weekend yang Bosan

Bulan puasa dah dekat...kalau boleh malas nak masak sebab nanti bulan puasa hari-hari kena masak...sebab per? bazaar ramadan ni selalunya orang yang jual tu part timers, tak sedap kadang sakit perut (ingat tak last year ada budak mati dek food poisoning?). Last-last buang...membazir. So, ingatnya nak masaklah. Mungkin beli kueh & minuman jelah kat bazaar.

Bulan posa ni tutup kedai. Pagi-pagi jer jenguk ambil barang dan buat kerja Sebab per? Sebab bangunan MARA tu, akan dikelilingi oleh bazaar ramadan. Sesak dan berasap kena parking jauh gila...lagipun bisnes agak slow...nak congok situ pun bazir waktu baik balik rumah baca Quran. Yang orang semua sibuk-sibuk share kat mukabuku suruh baca Quran 2 page sebelum dan selepas solat....Yang click share tu akan buat tak? Aku niat tu ada, nak baca Quran lebih sikit dan tarawih (sendiri jer, takde orang jaga anak) Insyallah.

Weekend ni asyik masak pagi petang siap malam. Taktau apa yang aku masak. Ajak kuar, si hubby takmau. Hari ni dia tidoq jer sakit kepala katanya...tadi lunch masak ayam goreng kunyit slow cooking reneh...buh kunyit hidup dan banyak bawang putih. Masakan waktu dalam pantang. Buat sup ayam tapi tak makan. Simpan malam lah. Malam ni taktau nak masak apa. Ingat nak kuaq tapi....bosan tul. Seronok kan kalau hobi masak...???Mesti takde masalah memasak macam aku ni.

Tadi sibuk potong baju budak-budak ni. Baju tidur...Bukan rajin menjahit pun saja nak belajar jahit baju budak. Esok nak pi kedai kak Sally suruh jahit tepi. Ingat nak buat jubah raya kat Adelina. Sebab dia ni kalau beli baju kurung...takat sekali je pakai pastu tak sarung dah. So, buat fusion kat dia. Short sleeve sudahlah. Panas pakai baju kurung tu. Rajin mak ni. Aku ni kalau start projek menjahit mesti akan terbengkalai sebulan. Dah berabuk mesin atas meja baru teringat projek tak siap...

Sekarang ni dah pukul 5.15 pm dah nak kena masak tea time...ingat nak berkebun tapi hujan...Nak mengkait takde mood memanggil pulak...TV cerita tak best....layan Grey's Anatomy kot. Next week dah last week untuk show Grey's...lepas tu mesti rindu kat show ni...

No comments:

Post a Comment

Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2

How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...