Wednesday, September 26, 2012

Crochet Beg Comel



Tahap: Senang/Easy
Nota ringkas:
sc: single chain
hdc: half double crochet
round: tak perlu pull up, terus buat chain di atas chain sebelumnya.
Ditulis oleh: proud2bSAHM

Semoga boleh faham...
1. Mula-mula chain 33
2. Setelah siap, buat sc pada chain kedua dari hujung tadi. Buat 32 sc semuanya sampai habis.
3. Tak perlu pull up, terus mulakan round. Kalau boleh tandakan dengan pin pada sc ke 32 tadi. Teruskan hdc pada chain pertama (sebab dah pusing balik dah...sebab tu dah sampai chain pertama). Terus hdc sebanyak 56 hdc semuanya (sampai patah balik ke pin yang ditanda).
4. Ulang buat round sebanyak 20 round semuanya.
5. Pada round ke-21 dan 22, buat sc pada setiap hdc sebelumnya.

Untuk buat handle.
6. Dari tepi, chain 8 sc, chain 12 dan skip 12 sc...(faham tak? sila rujuk gambar, kalau nak senang sila kira siap-siap pastu tandakan dengan benang), sc balik pada chain ke-20 dan buat 8 sc sehingga habis sebelah beg. Ulang langkah sama untuk sebelah lagi...dah dapat handle bag.
7. Round seterusnya, buat sc untuk setiap chain. Pada rantai 12 tadi. buat 12 sc pada keseluruhan rantai...(around the chain) bukan pada chain...paham ke tak bahagian nie...lepas tu sc macam biasa pada setiap chain sampai habis round.
8. Buat sc untuk setiap chain sebanyak 3 round. Potong benang dan matikan. Dah siap!

Di sini, i hiaskan dengan riben dan buat sedikit sulaman riben bunga ros...nak buat camner? sila google :))
Kalau rajin, boleh buat lining kat dalam...agar lebih kemas.
Saya tak jahit butang, saya guna magnet button, lebih praktikal.

Selamat mencuba!



No comments:

Post a Comment

Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2

How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...