Skip to main content

How3x?

Macam mana nak buat nie?
Lagi 2 minggu kami semua nak ke KL...

Tadak mood memikirkan. Bukan pikiaq apa, pasal anak kucing kat kedai tu.
Last weekend adalah sorang mamat nak ambil tapi dia senyap plak...tak kan kita nak paksa plak kan.
So, dah buat iklan baru, letakkan gambar baru bagi nampak comel sket kucing tu.
Hopefully ada la orang nak. Jenuh nanti nak pi KL sapa nak jaga?
Tak kan nak menyusahkan kak nori plak...dia tu dah la kerja sampai pukul 8 malam...al maklumlah orang singgle. Balik awal pun nak wat hapa. Hmmm camner? Hari Jumaat yang mulia ni memang doa jelah kat Allah.
Tulah, aku ingat kucing tu tak tahan lama dek keciritan-kebiritan. Ini dah 3 minggu la kot.
Still, cirit juga...perut kembung. Badan kurus...cacing ni. Insyallah kejap lagi tunggu klinik haiwan kulim ni bukak, jenguk kejap ambil ubat. Tak kuasa nak bawak kucing tu pegi, berak tak berhenti mati tak juga...panjang umur betul. Dah kol klinik semalam tanya nak bawak kucing ke tak, depa kata kalau cirit macam tu tak yah lah bawak...

Pastu semalam, sembang dengan kak cleaner bangunan mara nie...alamak dia cerita benda tak best. Buat aku ketakutan...bukan cerita hantu. Hantu-hantu ni aku tak percaya. Ni ada mamat bangla mabuk plak lepak kat surau lelaki...ish. Takut plak. Hari jumaat, situ agak sunyi...mau bawak pisau plak aku pi toilet nanti...pak gad (guard) sini memang pemalas...tak buat kerja. Nanti meeting mara akan ku ajukan masalah nie.

hapdet:
Dah pegi la klinik haiwan tue...jumpa doc. Dia kata, kucing ni usus dia dah loose tu sebab tu cirit sampai berdarah. Dia kata, jangan bagi makan apa-apa 24 jam ni untuk relaxkan usus dia yang lemah tu. Bagi minum ORS jer untuk stabilkan electrolyte dalam badan (sama jer macam budak-budak).  Dapatla ubat antibiotic, ubat cirit dan ubat cacing untuk bunuh cacing dalam perut tu. Ada bagitau doc dulu dia ni berakkan cacing jer....badan kurus perut kembung dek cacing yang banyak dalam perut tue...oklah. Kena bayar dalam RM20.00.
Semoga hang sihat si kucing. Tak buh nama pun sebab ingat nak foster jer not bela pun. Tapi kalau takde orang nak ambil, terpaksalah bela. Letak kat kedai jelah buat 'pelaris' hah!




Comments

  1. baguihnya hg bela anak kucing tu..aku kagum..siap pi beli ubat tu..aku siap suh mak ahmad pi bg org lain lagi..tak sanggup seh nak membela depa, dah la 5 ekoq..anak aku pun tak cukup makan huhu..

    mak ahmad dah bg anak menakan dia bela..lega rasa, tak la rasa bersalah sgt sbb ada org bela..kalau letak kat market tak jamin depa kenyang pun..mati kut ada la..

    ReplyDelete
  2. Kalau takde orang nak ambil by the time nak berjalan next week ...terpaksa lepas lah. Sapa nak jaga? Aku bukannya ghajin sangat pun...kesian jer. Orang suka buang anak kucing kat kedai mara ni sebab ada pasar basah dan kedai makan...mak kata tawakkal jelah. Kita usaha yang lain Allah tentukan. Tak payah risau lebih-lebih...betui gak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

I want IKEA kitchen...bahagian lima: Installation

Sebenarnya dah boring tulis entry nie.....pasal dapuq ni.
Semasa aku tulis entri ni, dapuq aku dah 99% siap. Tinggal nak pasang plinth kat kaki kabinet.
Sebab tu macam malas nak tulis. Excited dah kurang. Next entry will be the finale, Before & After.

So....lepas beli barang dan bayar apa yg perlu dibayar....maka baliklah kami ke Kulim....
Lepas 3 hari macam tu, depa mai....first trip, hubby check semua barang. Make sure check dengan amat teliti. Sebab barang hanya akan beza di item article number.... ada barang salah hantar ada barang takde dan kotak yg kami pack macam gila kat sana haritu depa tertinggal.....beribu gak nilai barang dalam 2 kotak tu. Barang yg tertinggal tu, ada orang mai ambil dan tukar pada hari berikutnya....customer service ikea memang tip top lah jangan risau kalau ada kes macam nie...

Hubby aku punyalah excited mula nak pasang kabinet malam tu juga....sampai tumpah kicap sebotol. Rumah tengah macam tongkang pecah. Aku dah pesan, simpan dulu botol tu nanti p…

Bagaimana hendak mendaftar & mencarum sebagai Majikan di KWSP

KWSP

Bila pekerja dah mula bekerja....maka barulah si Majikan boleh pergi mendafar. Kalau pekerja belum start kita dah terhegeh-hegeh...pegawai kwsp suruh balik dulu...hahaha. Takpe kalau pekerja dah bekerja banyak bulan so bila kita mendaftar, kwsp akan charge caruman tertunggaklah yg beberapa bulan tue.

Majikan walaupun ada satu pekerja, dan pekerja tu layak dicarum..kenalah mencarum. Kalau tidak, kut depa mai check di premis kan tak pasal2 kena denda. Macam mana nak tau pekerja tu layak mencarum ke tak? maka pi lah ke website jabatan tenaga kerja...ada maklumat.

Macam aku, aku tak de bajet. Aku upah part time jer...still kena sebab waktu bekerja lebih dari 14 jam seminggu.

So, samada korang download borang KWSP 1 di website KWSP tu atau walk in ke pejabat KWSP. Baca arahan...isi lengkap. So, siap hari itu juga akan dapat nombor pendaftaran majikan secara sms. Jangan lupa daftar i-account untuk memudahkan urusan pembayaran/semakan.

Nak mancarum pula macam mana? kalau pejabat kwsp de…

I want IKEA kitchen...bahagian enam: Siap!

Siap dah sebulan lepas....satu part tak pasang lagi. Plinth, ada masalah nak potong kayu. Biarlah nanti beli gergaji bulat tu baru boleh potong. Akhirnya siap 99%.
Kos SEMUA RM6588 (termasuk lantai kayu, electrical, piping, hood, meja, algot system dan aksesori) sahaja. Tunai. Tidak termasuk kos lori.
Yes, i love my new kitchen. I love my personal finishing touch and still touching up a lil bit here and there.
It suites us, a family of four.






Tu jelah...happy with the result.