Wednesday, October 24, 2012

Esok balik...!!!

Di dalam kesibukan...esok dah Khamis. Jumaat Raya Haji...alamak! Banyak lagi kerja tak settle. Esok kalau takde order senang la sikit. Baru berangan nak buat stepping stool esok...tunda lagi projek weekendku.Baju...ada sebakul lagi tak basuh. Kalau basuh pun tak sempat kering. Musim hujan. Esok pagi basuh juga ampai kat dalam jelah.
Lampin kain...satgi tengah malam sikit basuh. Kalau sedar awal-awal harini dah dd (disposable diaper)...Packing...sekali lagi.  I hate packing.
Kucing-kucing...terpaksa tinggal lagi untuk 3 hari. Kalau dulu si bubu kami berani tinggal sampai 5 hari dalam rumah (bekal foods dan plenty of H2O) tapi dah 2 ekor...takat 3 hari boleh. Si Oren kuat makan pastu kencing merata nasib baik haritu dah alas sofa dengan plastik. Selamat sofa aku. Kali ni nak buka tingkap belakang bagi depa keluar masuk. Bukan taknak buka, dulu selalu buka bila tinggal bubu tapi kucing lain suka masuk curi foods dia ni. Takpe kot sebab sekarang ada Oren kuat lawan. Bubu dah tua tak kuat dah.

Si kecil kat kedai tue...hopefully orang yg confirm nak ambil esok jadi lah mai adopt dia. Masuk kali ni dah 4 kali orang buat main-main nak tapi tak mo...ini kali last. Kalau dia tak ambil jadi aku bela jelah. Dah comel pun. Cuma kesian la kucing kecil tu selalu di buli Adam... (perihal kucing lagi...)

Selamat Raya Haji.

No comments:

Post a Comment

Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2

How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...