Sunday, October 7, 2012

It's a productive day indeed...

Baju lama budak-budak, tudung lama, baju lama i pun...baju winter pun ada... yang bertimbun dalam bilik tamu...akhirnya aku kemaskan, pilih mana nak derma, mana nak buat kraf dan mana nak buang...buruk sangat buang, still wearable---> derma dan yang sayang nak buang tapi dah buruk...buat kraf selimut.

Kipas siling 4  buah sudah dibersihkan setelah turun salji hitam...
Rumah telah dibuang sawang...mak cukup tak suka tengok sawang katanya tempat makluk halus bertenggek. (i tak percaya sangat bendak karut nie...)
Bilik tidur, office hubby pun dah divacuum.
Baju hubby yang berlambak gantung tapi tak dipakai pun telah di sort...pastu paksa dia pilih mana nak simpan dan mana nak derma.
Bilik mainan budak-budak yang bersepah dengan mainan sebab aku malas nak sort ikut pengkelasan pun...dah elok disimpan hanya tunggu dipunggah balik...dah punggah pun.

Sofa yang dikencing telah ditukar dicuci cover. Nasib baik ada salinan. Tapi kencing telah telap sampai bahagian bawah...terpaksa sembur febreez banyak gila sebab tak leh basuh bahagian tu. Yang bahagian kusyen terpaksalah basuh...nasib tak baik musim hujan taktau bila nak kering.

Sempat ke Tesco beli barang keperluan untuk 3 hari sebelum ke KL lagi. Ingat nak pi esok tapi esok nak ke hospital check mata Adam.

Topi untuk baby kawan yang dia tempah pun dijangka siap malam ni...
Kasut babies untuk sesapa yang tempah pun dah siap...
Kasut baby untuk my new niece pun dah siap...

Yes , it is a productive day indeed!

1 comment: