Skip to main content

Shopping...

Agenda kat sini soping saja...(kat Selangor/KL)
Hubby i takde, pergi kerja la. Dia duk hotel kat area klcc tu. So, i menumpang rumah adik. Adik i ni tengah cuti study. So, dia adalah kat rumah...takde soping apa pun. Biasa jer, kali ni pergi ikea beli barang sikit sambil ambil katalog baru 2013. Tak banyak sangat membeli cuma beli tambahan drawer untuk ofis/work space kat rumah. Dulu dah beli meja. Kali ni beli drawer set dia pula...ingat nak beli tu ajer tapi sambil berjalan tangan sambil mengambil barang masuk stroler, sampai kat area toys, masing-masing rembat toys...so budget agak naik. Tapi kami semua bayaq cash tak guna cc so...poket terasa slim...tapi tak tanggung hutang. Lega fikiran.
Ah sebenarnya nak jumpa bff kat situ tapi salah bagi tarikh untuk dia mintak cuti....alamak! kesian dia minta cuti untuk next week. Sebab tu, ikut plan b, pergi shah alam jumpa sanalah, Alang-alang sampai sana boleh pergi butik-butik kat jalan plumbum...tapi kami bertolak agak lewat...sampai dah pukul 4 petang...pastu nak hujan...bawak budak 4 orang semua aktif main aci ligan (kejar-kejar) dalam butik....dapatlah sehelai shawl...jadilah. Yang penting dapat jumpa my bff. Next time pegi lagi! Balik jem plak...sebab time kerja hari jumaat plak...sampai dah lenguh badan...dah tua kot. Kalau bertolak awal sikit banyak sikit butik boleh masuk...

Kat butik tudung tu...stok tak banyak...agak kecewa juga dengan promosinya. Anyway semoga butik tu dapat membanyakkan stok dulu sebelum buat promo. Dan hirelah web designer buat website elok-elok...senang nak update stock dan untuk orang beli online macam web i...tak perlu update stock manualy. Once habis, orang tak leh beli dah...bayarlah sikit...bisnes you pun dah top kan. Orang macam i memang tak beli kat blogshop sebab kurang kepercayaan...semoga terus maju ya.

Esok...soping kasut plak :)

Comments

Popular posts from this blog

I want IKEA kitchen...bahagian lima: Installation

Sebenarnya dah boring tulis entry nie.....pasal dapuq ni.
Semasa aku tulis entri ni, dapuq aku dah 99% siap. Tinggal nak pasang plinth kat kaki kabinet.
Sebab tu macam malas nak tulis. Excited dah kurang. Next entry will be the finale, Before & After.

So....lepas beli barang dan bayar apa yg perlu dibayar....maka baliklah kami ke Kulim....
Lepas 3 hari macam tu, depa mai....first trip, hubby check semua barang. Make sure check dengan amat teliti. Sebab barang hanya akan beza di item article number.... ada barang salah hantar ada barang takde dan kotak yg kami pack macam gila kat sana haritu depa tertinggal.....beribu gak nilai barang dalam 2 kotak tu. Barang yg tertinggal tu, ada orang mai ambil dan tukar pada hari berikutnya....customer service ikea memang tip top lah jangan risau kalau ada kes macam nie...

Hubby aku punyalah excited mula nak pasang kabinet malam tu juga....sampai tumpah kicap sebotol. Rumah tengah macam tongkang pecah. Aku dah pesan, simpan dulu botol tu nanti p…

Bagaimana hendak mendaftar & mencarum sebagai Majikan di KWSP

KWSP

Bila pekerja dah mula bekerja....maka barulah si Majikan boleh pergi mendafar. Kalau pekerja belum start kita dah terhegeh-hegeh...pegawai kwsp suruh balik dulu...hahaha. Takpe kalau pekerja dah bekerja banyak bulan so bila kita mendaftar, kwsp akan charge caruman tertunggaklah yg beberapa bulan tue.

Majikan walaupun ada satu pekerja, dan pekerja tu layak dicarum..kenalah mencarum. Kalau tidak, kut depa mai check di premis kan tak pasal2 kena denda. Macam mana nak tau pekerja tu layak mencarum ke tak? maka pi lah ke website jabatan tenaga kerja...ada maklumat.

Macam aku, aku tak de bajet. Aku upah part time jer...still kena sebab waktu bekerja lebih dari 14 jam seminggu.

So, samada korang download borang KWSP 1 di website KWSP tu atau walk in ke pejabat KWSP. Baca arahan...isi lengkap. So, siap hari itu juga akan dapat nombor pendaftaran majikan secara sms. Jangan lupa daftar i-account untuk memudahkan urusan pembayaran/semakan.

Nak mancarum pula macam mana? kalau pejabat kwsp de…

I want IKEA kitchen...bahagian enam: Siap!

Siap dah sebulan lepas....satu part tak pasang lagi. Plinth, ada masalah nak potong kayu. Biarlah nanti beli gergaji bulat tu baru boleh potong. Akhirnya siap 99%.
Kos SEMUA RM6588 (termasuk lantai kayu, electrical, piping, hood, meja, algot system dan aksesori) sahaja. Tunai. Tidak termasuk kos lori.
Yes, i love my new kitchen. I love my personal finishing touch and still touching up a lil bit here and there.
It suites us, a family of four.






Tu jelah...happy with the result.