Wednesday, November 7, 2012

Project latihan - DIY pen holder

Projek ni, saja nak test dulu sebelum buat kat benda lebih besar. Overall, need more practice..

1. Ini botol sabun cuci pinggan. Nampak cantik sayang nak buang. I simpan...kut-kut ada idea.



2. I potong mengikut bentuk diingini.


3. Lepas tu i pergi spray cat. Sebelum tu, bolehlah tebuk lubang guna puncher. I suka kaler hijau...i spray kaler hijau 3 lapisan. Spray jauh sikit kalau dekat cat tak lekat.



4. Lepas kering semalaman, i buat lakaran motif guna watercolor putih. Senang nak cuci kalau tersalah lukis.


5. Keluarkan kit melukis. Guna paint acrylic. Beli dekat kedai buku bahagian lukisan...macam-macam kaler ada. I cuma beli basic...satu tiub dalam RM9.90.



6. Lepas siap...nampak agak comot dan tak berapa cantik. Takpelah ini praktis saja...boleh gantung kat mana-mana. Kalau boleh sapu lapisan yang dilukis tadi dengan varnish...supaya tahan lama.


No comments:

Post a Comment