Monday, December 31, 2012

Dah tahun baru...?

Aiseh lamanya tak tulis.
Walaupun terasa macam failure masa cuti sekolah ini akan tetapi...bila check balik, rupanya banyak juga helaian worksheet dan telah ku suruh anak-anak buat. Adam yang pemalas pun banyak juga yang dia buat...si adik Lina pula dah pandai tracing dan color sendiri  tak perlu suruh-suruh dah. Bagi worksheet pandailah dia buat. Dah siap dia mai bagi..: "mama dah siap.." terkejut gak  mulanya tapi lepas tu kagum. Maklumlah dengan si Adam memang low expectation so bila si adik cepat buleh terasa 'WOW' sebab umur dia baru jer nak 3 tahun...Alhamdulillah...semoga lepas ni boleh teruskan dengan latihan tracing abc plak.
Semenjak akhir-akhir ni memang agak sibuk. Sebabnya biasalah kan jadi mak memang sibuk dengan chores biasa dan online shop dan buka akaun kurier baru dan kenduri kendara dan sebagainya-lah. Sampai nak mengkait pun tak sempat lahhhh. Memang tengah buat projek amirugumi lanie...ntah bila nak siap ntah!
Website plak kami nak update versi sebelum ni guna free template sajer. Then oleh sebab version tu dah tak disupport oleh server, so terpaksalah cari...nak beli nie, macam-macam kriteria nak cari...sebab alang-alang beli biaq berbaloi tak yah tambah pluggin dah. Susahnya, bila ada yang berkenan, ada plugin takde...bila semua plugin ada, version tak support, bila version dah cantek, plugin ada...banner depan statik plak. Kami nak banner depan gerak-gerak tanpa perlu guna GIF....bila semua dah ada, oh, kami nak 3 row plak sebab nak tambah youtube kat row kanan...haiyoh! then back to square one. Banyak kali cari then back to square one...ada gak fedup kejap pastu buat lagi...then back to square one. Ingat nak kontek web developer dah suh customize....mau kena ketuk nanti.

Tapikan Alhamdulillah, jumpa template dengan semua ciri-ciri moden dan sophisticated itu akhirnya dengan harga USD116.00 - beli. Settle satu bab.

Esok new year...aku banyak kerja...nak buka akaun poslaju dan masukkan banyak produk baru.
Resolusi? Biasa ajerlah kot cuma tahun 2013, no more cholesterol foodie. Thinking to buy a new excercise machine (that's not pose any danger to my kids) so i can do cardio and be healthy.

Selamat 2013!

Tuesday, December 18, 2012

Normal stuff

Takde apa nak tulis...
Kehidupan biasa...nothing special pun.

Tahun ni decided tak pergi BBW...walaupun semua orang pun duk post gambaq buku2 depa borong kat sitew...takdelah jales pun. Tulah, kalau dah terketaq nak pegi awal-awal memang tak kan jadi. Rasa macam takde arah je nak ke KL semata BBW...antara sebab:
  • Kereta tak sihat.
  • Duit agak slim dek membantu hubby pomen keter dia...
  • Banyak kerja la nak settle akhir tahun ni. Stok banyak habis gara2 sale. Tengah tunggu supplier hantaq barang.
  • Mak aku ada di home town so baik balik home town lawat home town kan...lama tak balik.
  • Ingat nak beli kucing parsi kat KL tu tapi cancel last minute sebab ada member nak sedekah sekor parsi kat ai....Alhamdulillah selamat duit. 
So, takde poin nak ke KL.

2-3 hari ni agak sedih dengan kejadian dunia sekitar.
  • kejadian tembakan amuk kat US yang membunuh 20 budak kecil...(walaupun kejadian sama setiap hari berlaku di Palestine dan Syiria). Memang terangan macam ini Allah beri balasan kat depa. Akhirnya teroris itu berada di dalam masyarakat mereka sendiri. Ironic...sesiapa pun boleh ditembak dan menjadi penembak... tiba-tiba satu hari you bangun dan decide nak pegi tembak orang. Gila!
  • Kes budak india kena dera dek boifen mak.
  • harini ada toddler juga mati didera oleh boifren mak... masyarakat kat Malaysia pun makin menuju kehancuran sebab masing-masing bersekedudukan tanpa nikah. Tak lama lagi jadi macam barat, kawin sesama adik-beradik sebab tak tau. Banyak sangat anak luar nikah taktau siapa bapa.
kucing jagaanku sekor mati sebab taknak makan...(tak sedih punla...memang dah jangka)
then ada sekor lagi anak kucing diselamatkan...habis lagi duit bagi kat vet gara-gara merawat dia ada bengkak apa ntah kat rahang. comel anak kucing ni. rasa cam nak bela jer...
dan ada satu lagi baby cat...this one tak tau apa nasib. ai dah buat terbaik...takde arah kan aku nie?
memang...hubby tak marah pun takpelah kot.

and...sibuk menyiapkan amirugumi untuk Lina dan nieces... see? takde arah.  

Tuesday, December 11, 2012

I am grateful

When think about it, i am grateful because i am married with this man, hubby of mine.
He doesn't help me at home at all.
He doesn't help me with the kids at all.
Sometimes i feel frustrated with him...(normal for married couple).
He has lot's of things that i want him to change...we are getting old right?
However, whenever he's not at work, he WILL be @ home.
No matter how noisy the situation is, no matter how messy the house is...
Even though he just sit there doing his own thing...while the kids are fighting with each other!
At least he's there all the time. Helping me by just being there, is enough.

Yeah, comparing to other family that the hubby loves to hang out with friends instead of family...that's hurting.

Alhamdulillah syukur.

Thursday, December 6, 2012

Insurance

Today i bought insurance for my youngest.
Macam biasala i ambil prudential. Sebulan RM120.00 cover PA, Education and Hospitalization with medical card. If need to admit to hospital, i have to pay rm300 only, other charges, they will cover.  If i die, they will cover the premium until she's 25 years old. If hospitalized, they will cover up to 65K per year...macam tulah. If something happen to her, they will pay lump sum and you don't have to pay the premium anymore and still continue the plan until 75 years old.  If you want to withdraw money, they won't charge interest...the bad one is, you cannot commit suicide during your first 12 months, after that you can do it if you plan to. Haha! It's true! Make sure you die committing your suicide because they won't cover your hospitalization cost if you are hospitalized because of suicide.
Then, if you are an organ donor, they won't cover your operation cost but they will cover if your are the receiver. Macam biasa, not cover for pregnancy, abortion anything related to having baby, cosmetic surgery..and so on. Read your certificate people!

Dah lama nak beli untuk Lina tapi kewangan sentiasa tidak membenarkan lagipun beli insurance ni macam rugi jer sebab duk bayar premium banyak-banyak especially first year, then tengok jumlah boleh keluar ada rm200 ajer. You kena fahamlah insurance bukan macam simpanan tapi insurance kena ada in case of anything happens in the future. I ingat tak nak beli insurance untuk Lina ni sebab company hubby dah cover dan ingat nak menabung dalam tabung haji ajer bulan-bulan. Tapi dah 3 tahun dah dapat bilang dengan jari berapa kali i masukkan duit dalam tabung haji. then kalau i mati takat itu ajelah simpanan dia. berbanding insurance ni, kalau i mati tabungan dia tetap bertambah tanpa membebankan hubby i. Bukannya duit dah cukup, duit i takkan cukup so, tutup mata call agent iaitu my friend suh mai bawa borang. Dah settle. Simpanan tetap kena ada bukan tak payah tapi insurance pun kena ada sebagai perlindungan kepada simpanan. Itu ajelah. Hubby tak tahulah sebab dia kata tak perlu beli insurance kat Lina. Ala, dia pun harap yang company ajer in case kena buang kerja kan naya kena pi klinik satu malaysia plak...lagipun i yang bayaq.

Taktaulah mungkin rezeki kerja sendiri lebih banyak simpanan dari kerja tetap dulu. Mungkin i lebih value the money because it's very difficult to earn. Alhamdulillah...semoga rezeki terus datang. Amin.

Wednesday, December 5, 2012

how ironic...

these kittens, i hope they will die.
don't get me wrong, everyday i will give them milk, vitamins...but i really hope they will die.
but they are livin...1 is in good condition, 1 more looks fragile and may be will die soon..(please hurry up and die already!)
yes, i have no mood for cats now. but the thing is, when i hope it will die, it won't...fate. it's not my job. it's the Most Merciful job...but i hope it will die.

Tuesday, December 4, 2012

Free amazing worksheets!

Hey mommies!
I found another great kids worksheets!
I printed the abc matching lowercase - uppercase
There's fun pictures to encourage kids to fill in the blank abc, 123.
There's also math worksheet with fun pictures because my Adam still struggling with maths so really need a worksheet with pictures. So i found it in this blogsite. Thanks to the admin for sharing this amazing great worksheet for kids.

http://amazingworksheets.blogspot.com/

Monday, December 3, 2012

Adam demam...

Tulah, demam haritu tak baik lagi.
Taktau dia nie demam sebab main panas atau sakit gigi.
Siang tadi ingat nak pi cabut gigi dia yang rosak tu tapi klinik tutup lak.
Mungkin cuti sekolah doc tutup kot. Nak cari klinik gigi lain...kat kulim ni tak banyak klinik gigi.
Apart from klinik kerajaan yang ramai nya orang tue, adalah 2-3 yang tak berapa best cerita yang didengar...camana nak buat nie? kesian anak aku sakit gigi dah takmo makan lani demam tinggi plak dah...ubat dah takmo makan...mak yang tensen nie. Kalau hari-hari biasa dia ni hokay jer telan vitamin ke ubat batuk ke tapi kalau demam...jangan sebut 'ubat' meraung terus...kita orang pempuan ni kalau anak sakit punya risau anak takmo makan ubat, bagitau bapaknya, pastu bapaknya naik atas pujuk sikit dah budak tak nak makan jugak, depa kata takyah lah makan...biaq panas. Adoihla, tak membantu langsung! Senang tul depa ni lepas tu pi tengok tv citer running man. citer korea yang bodo takde arah tujuan.
Anyway mak ni akan tabur sikit-sikit ubat demam tu campur air kat bibir dia malam nie. Nak masukkan ubat kat bonbon memang ada tapi kesian kat dia trauma kot. Dia ni dulu masa baby memang kuat sakit sebab tu mak kena quit job jaga dia. Dia ni memang anti ubat-ubatan sejak zaman baby.
Hopefully demam tak panas sangat malam ni. Mak akan jaga macam biasa sponging ajerlah kan. Itulah termampu...

Sunday, December 2, 2012

Jejalan Penang

Sebenarnya bukan jalan-jalan pun cuma tunjuk muka jer kat kelab kereta hubby saya.
Adalah aktiviti makan durian dan selebihnya depa akan sembang pasal enjin kereta...boring.
Kalau ikut hati takmo ikut sebab tak minat pun makan-makan buah-buahan. Tak kira buah apa saya tak minat.
Tapi...sebab aktiviti keluarga terpaksalah ikut. Habis plan nak kait baju krismas untuk pelanggan harini.

Dah sampai tu, saya memang tak bagilah budak-budak ni masuk laut. Lagipun pantai tak bersih dan air pasang. Bahaya...! Makan durian 7 ulas..dah start muak dah. Pulut? saya tak suka makan pulut.
Adam lak asyik main panas balik rumah terus demam...Adik ok takde masalah cuma tak makan langsung di sana tadi. Minum susu jer hobi dia.

Kat sana ada lah akak ni asyik promote produk kecantikan...nasib baik dompet tinggal dalam kereta. Lagipun duit tak banyak dalam tu. Kalau tidak dah habis dah duit sebab saya jenis lemah tak leh dengar orang buat promosi nanti rasa kasihan dan terus beli. Alaa akak ni, saya ni tak kisah pun saya cantik ke tidak. Banyak jerawat ke tidak...mungkin bagi sesetengah orang kecantikan segalanya tapi bagi mak beranak dua ni, cukuplah mekap lipstik bagi nampak tak pucat dan bb cream. Buh kaler macam-macam pun nampak fake...dalam movie oklah. Muka chek pun dah clear dari J so as long as i feel happy there's no need to go spa apa bagai buang duit ajer. Target saya cuma nak beli mesin ab roller ajer sebab nak sihatkan badan...hokay?
Yang lain-lain tue sampai nak licinkan kulit sampai tahap kertas dan payu up la, bontot up la, memang saya tak layan lah sebab kalau niat tu nak tunjuk kat orang...dosa tu. Kalau niat kat hubby then its hokay. Dahlah bontot saya dah lawa besaq nie. Tak kering macam dulu. Apalah saya merapu ni?
Cuma nak habaq la, kecantikan tu luaran saja...you buat camner pun kedut tetap akan datang bila sampai masa.
Tahu tak, pada hari ke tiga kita mati di saat mayat kita membusuk dan berulat, roh kita akan datang melawat kita dan berkata 'wahai manusia alangkah rugi di saat engkau hidup engkau sibuk menjaga badan tetapi tidak sibuk menjaga amalan' lebih kurang macam tulah bunyinya. So...dah tua-tua nie kita patutlah lebih kan jaga amalan lah yer. Muka you yang cantik tu akan berulat akhirnya.

Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2

How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...