Monday, July 30, 2012

Projek Raya

Selepas seminggu Ramadan...
Baru nak jahit...
Baguslah blog jarhead tu...tak susah sangat nak buat baju kurung.
Kos hanya RM10.00 semeter bidang 60 kain cotton jepun. Beli 2 meter. Insyallah harini siap jahit, esok hantar jahit tepi.
Kat bahagiaan leher, letak kun (lace) jer.
Lepas tu boleh buat baju Melayu si Adam plak, semalam dah bawa dia pilih kain. Dia nak kaler MERAH!....
Then, aku nak buat baju jubah untuk adik dan blouse aku warna sedondon. Ini semua kain jenis T-shirt. Harga dalam RM20-25 semeter...kos semua beli semalam dalam RM60 jer...
Lagi satu aktiviti...crochet clutch for myself...dalam progress.

Baju kurung dah siap dipotong...

Ini baju tidur...testing. Alhamdulillah menjadi. Aku guna mesin jahit epal. Kalau ada masalah, rujuk youtube jer.

Saturday, July 28, 2012

Perihal kucing

Well...kucing oren ni suka buat hal...
Aku pun jadi tak seronok dah...
Kami sampai bergaduh laki bini sebab dia...

Dia ni suka kencing dalam ofis hubby aku...kenapa taktau?
Yang laki tu pun, awat tak tutup pintu? Susah sangat ke?

Memang banyak kali dah incident ni...tadi buat lagi. Atas lantai...bilik tamu a.k.a bilik letak baju.
Hadoihlah....laki aku dah suruh letak luar. Aku risau juga sebab rumah aku ni depan simpang.
Semua orang suka press minyak, banyak kenderaan maklumlah kat simpang....(sebab tu tengah cari rumah baru)
Tapi lepas kejadian kencing lagi tadi...memang aku rasa nak letakkan di luar. PASRAH!
Biarlah. Kalau umur dia panjang, dia akan hidup lama. Kalau dia rezeki aku, dia tak akan lari. Biar Allah tentukan. Aku dah buat yang terbaik...

I even search in the internet about this inappropriate elimination...but reading the article really make me think...wow, maybe i should just let the cat go (dump) instead of go thru all the troubles just to get the cat go to the litter box. I don't have time for that crap.

Aku sampai jadi fobia taw...tiap kali balik mesti terhidu-hidu bau kencing kot kot ada incident. Kengkadang okey...kengkadang tak...even litterbox bersih dia buat hal jugak.

Lepas ni kau terpaksalah bergaul dengan kucing neighborhood ni yer...selama ni Bubu memang roaming. Okey jerlah sebab dia memang kucing bijak. Si Oren ni taktaulah bijak ke tak...
Kalau sampai bergaduh laki bini...aku rasa tak patut la kot.  Kesian gak laki aku... dia memang kalau kucing aku buat hal cepat jer melenting. Kalau kucing adik dia kat kampung tu, haritu gigit Adelina...oh takper. Kalau si Oren ni gigit tentu dah kena sepak! Double standard betul. Aku rasa cam nak terajang jer kucing kampung yang gigit adik haritu tapi terpaksa berlakon baik.

Dulu sebelum ada Adam, memang banyak kucing aku bela. Tapi makin lama makin sikit maklumlah semua nak kawasan masing-masing. Ada sekor ni nama Boboi. Sayang sangat kat dia tidur pun sekali. Lepas Adam lahir, dia mula nak attention...yelah aku dah tak belai kucing...maklumlah ada baby kecil kan... dia mula, berak, kencing...as always suka berak dalam ofis laki aku....banyak kali. Paling teruk suka kencing atas bedding Adam...sampai ada satu kali Adam kena kencing dia sebab dia kencing atas tilam Adam...
Zaman tu takde mudah.my...takde scratch...so, terpaksa let go. Sampai hari ni teringat kat dia kalau jumpa balik sure ambil. Tapi tak pernah pergi dah tempat tu...

Well, bela kucing ni tak senang...kalau single ok kot.

Friday, July 27, 2012

Persiapan Beraya...

Tadi baru jer beli kasut raya untuk bebudak ni. Kami pi Bata jer. Bubblegummers tu. Taklah mahal sangat kan. Sepasang tak lebih 40 ringgit.
Aku? Takdelah kasut masut ni. Takde bajet la.
Ok. Next week nak tuju Outlet store cari baju raya plak (kat bebudak la) 2 pasang dress untuk adik, baju T transformers untuk abang 2 pasang. Seluar jeans untuk abang.
Kebetulan birthday si abang jatuh pada raya ke-4, so terpaksa bajet untuk hadiah robot Transformers dalam 50ringgit gitu.
Baju Kurung & Baju Melayu nak jahit sendiri sebab nak guna kain T-shirt. Baru jumpa kain jenis sejuk tu kat kedai kain di Kulim ni. Semeter....mahal gak. Dalam 24 ringgit tapi bidang 60 katanya. Baju budak ni semeter cukup lah.
Oh, kalau nak cuba buat baju kurung bebudak, silalah belajar di sini,
http://jarheat.blogspot.com/

Tahun ni tak buat kueh...sebab membazir. Selalu buang lepas raya. Baik beli jer.
Seperti kelaziman, aku tetap buat kek special ku...cheesecake heaven (Insyallah nanti share kat ruangan memasak). Bahan-bahan dah beli siap-siap...nanti dah dekat raya kalut nak cari cream cheese. Bukan sembarangan cream cheese boleh guna.
Tahun ni sebab birthday Adam...terpaksalah masak sebiji kek coklat lagi lepas raya.
Suamiku raya tak lama, raya ke-3 dia akan ke Amerika jumpa bos dia...so aku ENJOY!!!!!!!! Raya lama-lama rumah mak!
Selamat berpuasa...

Monday, July 23, 2012

Di Saat Orang Lain Fikir Menu Berbuke......

Aku? Sibuk fikir menu lunch anak-anak. Di saat semua friends seronok anak berjaya puasa.... Anak aku si Adam ni tak tau pun puasa tu amende? Maybe next year boleh join berbangga...kot
Menu lunch bebudak terpaksa disediakan sebab tak boleh beli...
1. Nasi goreng kampung
2. Telur cheese with roti
3. Mee goreng
4. Mee sup
5. Spageti
6. Pizza mini
7. Nasi with sardin

Ni jelah. Buat yg depa makan. Penat masak nanti depa takmo makan maunya stresss. Makanan seimbang? Nak makan pun susah seimbang apanya... Adakah misi klinik kesihatan tanya anak makan SAYUR berapa mangkuk?...ikut script btuilah. Dia ingat depa ni penyu ke. Anak aku ni nampak hijau terus rejek makanan. Itu antara sebab stop check kat kk.
Semoga cita-cita tarawih sendirian malam ni tercapai...

Sunday, July 22, 2012

first day puasa

----tulis pakai tablet-----(sebab tensen tulis kat blogger, cari blogger app. Oooo ada rupanya. Lot's easier) sahur makan spageti, pastu balik kg hubby, sebelum tu siap-siap packing penat, masak lunch nasi goreng kat bebudak....
sampai aku lepak jer, boring tidur bangun mengkait, tapi direction salah end up tearing all the yan off...darn.
tetiba semut api gigit kaki....(semut kg ni jangan....bisa siot!)
tak semena-mena gatal-gatal satu badan....tergaru-garu macam kera. satu badan tetiba bengkak especially kat pelipat dan bekas stretchmark....sedapnya garu. dah mandi tapi rasa badan still panas time ni dah pukul 6.30pm...habis mandikan budak, naik lepak dlm bilik sambil garu badan....(nasibla mandiksn budaks awal2).
pastu nak bangun pasang kelambu (oi kg ni nyamuk gila banyak....)
tetiba gelap....pitam pulak....panggil hubby nasib dia dengar. Akhirnya, buka puasa makan kurma sambil baring...bangun jer gelap... Nasib baik kt kampung tak payah masak... Pastu sakit perut pulak... Harini moga ok. Sahur pun jenuh suap nasi masuk mulut...tak selera tul.

Thursday, July 19, 2012

Little Maths - I didn't know that!

Ohhh...you know actually we can set up whether we want the program to show icon set (butterfly, toys, mickey...etc) or only showing dots, or any other shapes!!!
I just found out about that during re-installation of the software into my new computer just now.
I am gonna wait for Adelina to wake up (she's napping) and try day-64 again...

As promised for mommies who wonder about Little maths, I have video-ed the show, enjoy!

Red Dots

Math Lesson (see the baby icon, really distract my toddler. Maybe suitable for smaller babies)

Introducing Numerals

Wednesday, July 18, 2012

Tak ade kerja cari kerja...

Tahu tak apa yang paling meluat pasal bela kucing?
Ya betul....bila kucing buang berak kencing merata....
Now I remember why I have only one cat...
Sebab bubu ni, kalau terperangkap dalam rumah 2 hari, dia tahan...cuma kencing. Itupun dalam toilet. Lepas kami balik dia bergegas keluar berak...
Tak tahu kenapa si oren ni selalu buat hal.
Dah sediakan 2 litterbox...kencing jelah, suka kencing merata...habis alas kaki kena. Rasa macam nak kurung balik. Tapi tak sampai hati nak kurung....dia pun kencing atas semak samun dalam ofis hubby...ah sudah. 3 kali dah. Suruh dah hubby tutup pintu tapi kengkadang dia lupa...dah bau busuk. Bilik tamu plak. dah cuci la  tilam kena kencing 2 kali tapi sebab aku dah tak trust kucing ni aku terus alas dengan plastik...kalau terlupa tutup pintu kot-kot la. Bilik aku tidoq takdelah jadi kes sebab tutup selalu. Risau jugak so dah beli alas meja 2 keping dijahit tengah-tengah buat cover lepas bangun tidoq...
Kucing ni galak kot...ish ingat nak bagi dia mengawan lepas raya dengan kucing customer...
Ish rasanya tak sempat kot...nak kasi ke tak nak kasi ke tak nak kasi ke takkkkkk??????????
Takmo la amik kucing dah macam nie.......unless ada kawasan besaq kat luaq boleh letakkan kucing di uaq.

Sunday, July 15, 2012

Weekend yang Bosan

Bulan puasa dah dekat...kalau boleh malas nak masak sebab nanti bulan puasa hari-hari kena masak...sebab per? bazaar ramadan ni selalunya orang yang jual tu part timers, tak sedap kadang sakit perut (ingat tak last year ada budak mati dek food poisoning?). Last-last buang...membazir. So, ingatnya nak masaklah. Mungkin beli kueh & minuman jelah kat bazaar.

Bulan posa ni tutup kedai. Pagi-pagi jer jenguk ambil barang dan buat kerja Sebab per? Sebab bangunan MARA tu, akan dikelilingi oleh bazaar ramadan. Sesak dan berasap kena parking jauh gila...lagipun bisnes agak slow...nak congok situ pun bazir waktu baik balik rumah baca Quran. Yang orang semua sibuk-sibuk share kat mukabuku suruh baca Quran 2 page sebelum dan selepas solat....Yang click share tu akan buat tak? Aku niat tu ada, nak baca Quran lebih sikit dan tarawih (sendiri jer, takde orang jaga anak) Insyallah.

Weekend ni asyik masak pagi petang siap malam. Taktau apa yang aku masak. Ajak kuar, si hubby takmau. Hari ni dia tidoq jer sakit kepala katanya...tadi lunch masak ayam goreng kunyit slow cooking reneh...buh kunyit hidup dan banyak bawang putih. Masakan waktu dalam pantang. Buat sup ayam tapi tak makan. Simpan malam lah. Malam ni taktau nak masak apa. Ingat nak kuaq tapi....bosan tul. Seronok kan kalau hobi masak...???Mesti takde masalah memasak macam aku ni.

Tadi sibuk potong baju budak-budak ni. Baju tidur...Bukan rajin menjahit pun saja nak belajar jahit baju budak. Esok nak pi kedai kak Sally suruh jahit tepi. Ingat nak buat jubah raya kat Adelina. Sebab dia ni kalau beli baju kurung...takat sekali je pakai pastu tak sarung dah. So, buat fusion kat dia. Short sleeve sudahlah. Panas pakai baju kurung tu. Rajin mak ni. Aku ni kalau start projek menjahit mesti akan terbengkalai sebulan. Dah berabuk mesin atas meja baru teringat projek tak siap...

Sekarang ni dah pukul 5.15 pm dah nak kena masak tea time...ingat nak berkebun tapi hujan...Nak mengkait takde mood memanggil pulak...TV cerita tak best....layan Grey's Anatomy kot. Next week dah last week untuk show Grey's...lepas tu mesti rindu kat show ni...

Thursday, July 12, 2012

Brillkids Week 15 & 16

The session is getting longer....ouch! Sometimes when she got distracted or seemed bored I just stopped the session and continue later. She's already two and her focus getting shorter. So far still doing good.

Little Maths course, I decided to stop at day 64 because Adelina repels the session. I feel like forcing her into the session. Little Maths too, the session is longer due to learning numbers and maths. I became stressed because she could not focus and I don't think she is learning anything because she is more interested in the object instead of the numbers...So, I quit at day 64. Hope to give another try if we decided to have another baby....(BABY? thinking about it really make me exhausted. Ha Ha)

Not to worry, even though we quit the daily course, we can manually learn maths in the 'numbers' and 'maths' section in the program. I choose red dots starting from 1-10 and 10 - 0. It's just red dots. No icons. Yesterday, she was amazed with the dots and counting together... :))
I will insert videos in the next entry about red dots, maths lesson using BK Little Maths ok?

Even though Adelina my two year old toddler hates the daily math course, my 5 year old boy seems okay with the product. Maybe because his focus skill is getting longer and better...he's learning the 'Introducing Numerals' and 'Math' using the program.

Here BK Little Reader is week 15


This is week 16


Wednesday, July 11, 2012

Adam's EYEs

His drawing skill is getting better...:)
I have no time to water-marking all these drawings...
Copyright of ProudSAHM.

Rainbow

This one is my Favorite...isn't it nice?

A house and choo-choo train

Houses and a man & a woman

Choo-Choo Train

A car...

A CAR again...

Dragon or Dinosaur...

A house at night time, there's a moon & a car

Rainbow...

A man

a car, he colored, cut and paste it...becoming a car

An apple

A car...Again

His drawings using tablet application

Monday, July 9, 2012

Berakhir sudah minggu malas

Ya betul...
Minggu lepas tunggu lori punya pasal seminggu duduk rumah...dapat barang hari Rabu...lepas tu terus sambung sampai weekend. Kalau ikutkan harini pun malas tapi sebab ada kerja kena la pegi jenguk kedai nanti berhabuk...oh, nak bayar sewa bulan Julai...lagipun petang ni nak pi beli kasut dengan kak Nori. Dah bagitau hubby ku balik lambat nak ronggeng pre-Ramadhan. You nak makan apa? I beli? Okay dia nak makan Kueyteaw Hailam... Dah bagitau jangan telefon suruh balik awal...kalau telefon aku tak reply. Jangan ganggu ku ronggeng. Budak-budak? Owh...mestilah ku bawa...mana nak campak budak-budak tu. Harini semua mandi manda kat kedai siap-siap. Nanti balik terus zzzz saja.

Weekend sibuk hapdet blog adik...dah buat apa yang patut. Boleh terus bayaq pakai PayPal....still tak siap lagi. Slow-slow la aku buat...payah buat bisnes kat blog, sebab manual. Kalau website, tekan butang on/off jer nak jual barang....blog? sebab free terima jelah kan...haritu tanya hubby, rasa macam nak bukak website kat biz adik ni senang sikit nak maintain...dia kata tak payah lah, adik tu hangat-hangat tahi ayam piru...nanti banyak masa akan habis dengan website dia. Website kita pun banyak kerja nak buat....btui gak. Dah la kena renew website tiap tahun....$$$ lagi.

Rezeki...tetiba ada warning virus masuk...Trogan Gen 2 namanya. Tanya hubby, apa bende ni ha? Selalu naik tapi sistem anti-virus ni tak boleh buang virus tu, dia kuarantin jer. (sebenarnya dah lama virus ni berlegar kat dalam net book aku ni...) Hubby kata virus ni bahaya ni. Dia punya kerobek lappie nie. Aku kata biarlah, dah lama dalam nie takde apa pun. Pastu hubby nanti kalau password banking semua kena curi padan muka....pastu dia tensen sebab komputer ni lembab. Kalau click kena pejam celik 5 kali baru respond...dia tensen. "Ni macam mana boleh hidup komputer lembap cam ni?" aku katalah aku ni manalah ada $$$ nak beli baru. Kalau beli pun installment jerlah. Tu TV kedai tak habis bayaq lagi tue...
Terus dia pi kat website DELL terus dia beli satu kat aku....YIPPIE!!! Minggu depan guna lappie baru. Bye-bye HP mini 1000. Dah 4 tahun guna netbook ni. Hubby juga beli masa decide nak berhenti keja dulu. Tak sangka dia nak beli kat aku. Senanglah aku nak edit gambar lepas nie...mini ni cute sangat, memang tak sesuai nak buat kerja editting. Tak pernah mintak pula...dia appreciate gak aku kan. Chewah kalau beli barang sukalah.... :))

Friday, July 6, 2012

Susah dapat jiran bodoh...

Malas nak update status ni lagi kat FB...mengomel kat sini jelah...
Akhirnya laki aku pun tak tahan dengan kebodohan jiran sebelah kiri aku nie.
Bodo piang!!! Awat susah sangat ker nak beli tong sampah, Asyik asyik mai buang dalam tong kami yang sempit...kalau bungkus elok takpe la, ni tak, main buh je kotak la, botol la....pastu tak tutup anjing mai korek habis tunggang langgang tong busuk habis rumah. Depa ni balik malam buta keluar sebelum subuh...hidup kerja saja...dah bagitau, suh beli tong sampah, bukan mahal, RM6.90 saja kat Giant...sebab ni malas nak bertegur sapa bila bersua...meluat. Bangsa ni payah sikit nak komen sebab culture kot...jenis tak ambil peduli hal orang punya.
Pastu laki aku suruh letak tong dalam pagar...dah tu macam mana si pengambil sampah nak ambil sampah. Aku pun tak tau bila lori sampah mai....payah. Sebab isu sampah ni memang kecil tapi amat penting especially duduk rumah teres....memang jiran aku ni jakun bodoh gila babun lebih baik pi mampus....dah aku nak letak tong sebelah kanan depan gate. So, kena alihkan tong bila nak kuar keter...aku ada tong lama, tapi sebab geram kami simpan, beli tong baru boleh kunci...sebab anjing suka tolak tong ni kalau tak kunci...tukang ambil sampah pun kalau sampah tak bungkus, dia tak ambil....si gila sebelah rumah ni bengong...main buh jer sampah. Kengkadang setengah tong penuh dengan sampah depa...yang tak bungkus tu. Mana tak geram...sebab itu tong kami. Aku dah cat nombor rumah kat situ...taktau baca ka? Bangang sangat...memang geram tahap cipan. Memang susah dapat jiran macam nie...hopefully depa pindah or kami pindah. 

Thursday, July 5, 2012

Rimas...

Perasaan yang amat membuatkanku rasa bersalah...
After a long day with the kids...I always urge them to go down...(watch tv with daddy downstairs) so that i can relax and be alone for a while...but after 10 mins even the tv shows disney channel, both of them will climb up the stairs and boing...boing...boing...on the bed...
Why they always want to be with me all the time? Please be with your dad too lil guys...How could them be with their dad while the dad always on the tabbie or lappie enjoying their own moment...
My bedroom door knob is still broken due to my hot temper slamming the door months ago so I cannot lock it...darn!!!
I just wanna be alone...just for a while...this is bad. Am i a bad ungrateful mom? Maybe...

I still don't like to cook...
Tonight I steamed a fish...quite good. Adelina ate. Adam doesn't like fish except sardines in can. My hubby...aiseh...always sleep early and miss dinner at the end just throw everything into the bin...what a waste. That's why I hate cooking coz nobody appreciates my cooking...except me.

My new cat is doing fine...he's not so afraid of people anymore...but tend to urinate on the bed when his litter is full...aiyoh!!! Tomorrow have to add one more litter box. Hope can snap a picture with my new cat...

It's bed time for the kids, GTG.

I forgot to press publish and went to bed...woke up at 1.00 am.
Just realized that it was Nisfu Syaaban, so I recited Yassin and pray sunat Hajat. I am ot fasting today...I am not a fasting kind of person. I only fast in Ramadhan and qada' the fast i missed. Hope today and tomorrow and the days after that will be full of blessings from my dear Allah...Amin.

Tuesday, July 3, 2012

i've been bizzy

This week feel a little bit better from depress....going up the hill again. Even though after paying all my bills, still feeling okay. Not because my money in the bank still 'fat'...no. This month, i decided to settle my credit card debt. One card has been off debt. Another card, next month, Then I can breath happily :)  Yup, this month I used my savings to clear one cc debt. I can start save again next month. There goes my piano saving...
Last week, I have to draw thousands to pay my supplier who happened to visit at the same time...Event though that's something I have to do but seeing money going out that fast in my checking account really depressing. I just pray so Allah bless my biz.
Last weekend, we visited my mom in laws, there was a cobra inside the house, luckily nobody got bitten... scary. Hate is a strong word, but I rather being in a concrete residential areas instead of in the middle of paddy field. It was carry because that slithery thing was lurking just where Adam & Adelina were playing that day. If anything happened....I don't know. Today we live, tomorrow...dead into the cold and wet grave, with maggots...Allah please forgive all my sins...
I also busy with....updating my sister's blog shop...It is hard to add a cart to blog shop. Thinking to open a new webpage for that little biz but...her biz is terrible, no customers at all. I would waste RM300 to set up the data and website, and my time. I am in the middle of upgrading my website, but my hubby has no time so it just hang...I will push him after finish my international shipping rate. Back to my sis blog, I just want to add paypal cart into it...for certain products only. I think that's good enough for blog shop.
Lastly I am keeping myself busy with.....




Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2

How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...