Thursday, January 31, 2013

I professional hot tempered

aku memang tak boleh jadi cikgu sebab mesti nanti parents akan sue aku.
aku tak sabar especially bila mengajar orang.
dulu pernah ajar mak belajar komputer...orang tua...nak pegang mouse macam nak hancurkan mouse tu...terus aku naik hot dan resign suh mak pegi masuk kelas komputer yg betul...ha ha ha.

sebab tu, bila semua kawan apply kpli dulu, i tak lah...i tak minat dan kesian budak dan diri sendiri.nanti.
tapi, sekarang ni ada anak nak kena ajar plak...
kalau anak pandai takpelah kan. kalau dia minat...tengok anak si Sally, dah pandai matematik, mengeja...seronok ajer.
yelah i tau tak leh compare but i cannot help it lah.

anak aku ni...Adam...tak taulah nak cakap gene pemalas belajar ni mai dari mana.
setahu aku keluarga aku semua bijak pandai...hat belah suami kot....
baru suruh buat homework dah boleh sakit jantung tau. sebab dia tak melihat pun benda yg aku pulon tunjuk.
suruh baca/sebut...dia menguap hua hua hua. alasan banyak; mengantuk, sakit jari, tangan pendek, kaki pendek, sakit mata...macam-macamlah...pendek kata aku rasa dia tak minat.
baru je tadi ajar 'ba, bu, bi...' kejap lagi bila tanya dia dah tak ingat dah.
bila tanya besar nanti nak jadi apa? dia kata nak jadi car racer....

memang tak cukup kesabaran dengan anak sorang ni. harapan aku si adik la pandai nanti nak tolong aku cakap cina dengan customer. kalau harap Adam ni....punah. dia nak main....main... main...tak minat belajar. Tak sabar tunggu tahun depan dia masuk sekolah, petang pi ngaji.....at least petang dia pi belajar instead of duduk ganggu adik dia dan aku...

next year memang akan enrol dia kelas tuition. start december 2013.

Wednesday, January 23, 2013

Dah settle..

Bukan settle bab berak tue...dah taknak citer pasal berak dah. Sama ajer.

Orang lain bila buat akaun poslaju mesti 3 hari dah siap. Aku tak tau lah awatnya bila tiba time aku, 2 minggu baru siap...jenuh duk tanya staff poslaju kulim dan bos depa bila nak siap....akak dah tak larat nak pi pos hari-hari. Dulu order tak banyak, seminggu sekali aje nak menapak. Lani daily la plak. Dahler lokasi hangpa ni strategik benor...ada bank dan pejabat imigresen. Penuh dan padat parking yang tak seberapa tu. Ntah kenapa tetiba ada cina buka kedai cuci keter plak kat sebelah poslaju...aduh terus hilang 2 biji space parking. Tak sesuai langsung nak nak wat carwash kat sitew!

Pastu. ada plak sebiji keter buruk tercabut tayar parking 2 space. Dah berapa hari tersadai sitew. Rasa cam nak kapak jer keter buruk tu.
Tadi, pegi awal kat poslaju sebab nak terus pegi tesco. Adalah nak beli barang sebab esok kami nak jalan jauh ke kajang...
Selaunya kena pi pos pukul 4.45pm. Time ni pejabat imigresen dan bank dah baru tutup. Kalau pi pukul 5....saing lak dengan orang keje ofis nak pos barang...amik barang....busuk pejabat pos yang cute tu dengan bau-bauan harum.

Tadi, Masyallah takde parkir! Dahler laluan sehala kalau keluar terus masuk jalan besar dan terus kena pergi sampai hujung jalan buat u-turn. Habis minyak! Last-last masuk taman kat belakang jauh la menapak. Dah la bawak budak 2 orang. Si adik tak sihat, kesian kena jalan. Tak sanggup eh nak tinggal dalam keter tempat sunyi. Kot ramai orang nak beratur dalam pos nanti naya anak aku.
Cuaca panas, ekon pos lak rosak...hangat beb. Ada bos pos aku buat tak kelih ajer...pastu dia tegur la aku kata dia dah tanya depa punya HQ pasal akaun aku. sebab dah 2 minggu. 2 MINGGU! Kakak aku kat semenyih tu buat tak sampai esok dah clear. Mungkin kat Kulim kot jauh....nak sampai HQ.
Tapi, masa dah sampai rumah, nak buka gate , dia punya staff tetiba call, katanya dah dapat no akaun...ALHAMDULILLAH syukur. Kuranglah sikit nak menapak ke situ. Walaupun every Tuesday dan Friday still kena turun untuk pos biasa depa tak buat pickup...Jumaat lak Kedah cuti. Kena hantaq sendiri...apapun tak perlu pi hari2. Nanti amik pekerja boleh dia jadi posmen aku.
Selamat bercuti-

Friday, January 18, 2013

Sama ajer...3 hari lagi simpan dalam.

Ni masalah nak 'melepas' la nie.
REALLY stressed me out and make me got headache for 2 days.
Mood pun hilang...laki bini bergaduh sebab anak tak mo berak.
Beraklah anakku...

Dia ni tahan tau, takmau berak.
Macam biasa, bila dia ada perasaan, dia nak masuk jamban sebab takmo pakai lampin.
Bila dah duduk dia RELAX! pastu nak turun.
Selang 10-15 minit buat lagi...seharian dua harian 3 harian...lama-lama aku naik gila.
Stress dan sakit kepala. Mood tadak. Tak pi buka kedai pun...ada order pos saja pastu balik rumah...
Sampai macam tue penangannya....

Actually dah order satu 'benda' kat adik i di kajang. Insyallah next week turun sana gi amik.
Rasa cam nak mengaum pun ada! HUARRRGHHHH!!!!!

Monday, January 14, 2013

Sembelit lagi

Nampaknya plan diet anti sembelit haritu tak berkesan.
Terus tak berak dah 5 hari.
Sejak semalam dia meneran sampai ayah dia jadi tensen terus lari keluar rumah sebab tak tahan kot...
So, aku ni sebagai mak walaupun time tu sibuk nak masak dan prep bahan basah...you taulah kan udang dan daging mesti potong dan siang siap nanti nak masak senang....kenalah layan anak meraung nak berak. Kita nak lari mana?
Tapi nampak gaya...budak ni tak boleh berak nie.
Daripada memandai jadi doktor baik jumpak pakar....
Memang, seminggu nu dah kurangkan milk intake, yogurt pun makan, buah? tak makan. Prune, ada bubuh dalam susu...jagung ada la sekali dan buh dalam muffin dia...nasi pun makan banyak jugak. Air masak, ada lah minum dari tak der langsung. Tapi jadi teruk plak... :(

So,  sebab dah 5 hari toksik dalam badan, doc memang cucuk 'benda' tu. Meraung macam kena histeria...dai memang anti 'benda' tu. aku pun...Benda ni tak elok amalkan nanti rosak saraf dubur.
Ramai orang kat klinik harini...aku pi kui 10, pukul 11.30 siap ngam2 nak ambil adam kat tadika. Hubby tak ikutlah, hari ni kan kerja. Dia ikut pun buat buang masa ajer...kalau nak pegi dengan dia kena pi weekend...MasyaAllah orang...tengok selipar kat luar pun gerun nak masuk.

Dapat ubat berak...makan 3 bulan. Fiber drink lah. Dalam masa sama KENA makan buah, sayur...lemah la bahagian nie...ingat nak cari buah tembikai/pear la hat manis dan banyak fiber. Pastu doc suh makan oats campur dengan honey star or cereals lah....OOOoooo. Bolehlah makan sekali kurangkan kolesterol. Oats cookies tu, amalkan lah yer.
Macam biasa, yogurt kena selalu lah.
Kena pastikan najis lembik bukan macam tahi kambing. FAHAM?
Pastu doc bagi probiotic tak pasti untuk apa. Rasanya untuk perut kot.
Inilah ubatnya TADA! Nasib baik anak dara aku tak de masalah makan ubat.
Oh, yang aloevera tu beli kat kedai akak kat bawah nie, aloevera gel boleh campur dalam jus.
Harapnya takde masalah lepas nie. Tensen mak.


Tuesday, January 8, 2013

Projek Anti Sembelit

Hmm...hari ini hari ke-3 budak tu simpan taik kat dalam...
Macam-macam dah bagi, forlax pun dah, satu lagi peket fiber pun dah tapi tak jalan.
Dari pagi dia tak selesa sebab ada 'barang' kat dalam.
Cepat la berak adik oii nanti balik ayah tengok adik tak berak lagi, dia kecoh.
Tapi dia takmo berak...bila nak berak dia nak duduk atas toilet tapi lepas duduk relax ajer takdelah nak teran ke hapa. Macam tulah cycle aku nak kena layan...kat kedai takde toilet kat dalam kan kena menapak 500m ke hujung bangunan...guna potty jelah yang berbentuk toilet. Kalau potty bodo memang dia sepak ajer potty tue...
Sama ajer, duduk relax, bangun baru rasa nak buang, bila duduk dia relax...ulang itu ajer... :X
Sampai rumah, proses yang sama berulang...dah ayah nampak dia mula bising nak bawa pi jumpa doc. Tengok jam...serious malas nak beratur kat klinik. Kalau pi petang memang tunggu lama gilaaa. Selalunya aku pi pukul 11.30pagi time tu patient lain dah balik.

Aku tengah solat, dia menjerit-jerit nak berak pulak....ayah plak keluar ntah ke mana...jenuh la solat macam ayam. Dia plak lari turun masuk toilet nak berak, aku turun cepat-cepat nak angkat dia duduk atas toilet tue, rupanya dah selesai...keras macam batu besaq amat! Tak logik! Magik!

Okeh, projek anti sembelit pun bermula dengan keluarnya 'batu' tersebut.
  1. Susu: kurangkan hanya 2x sehari sahaja. Tengah hari dan time tiduq saja. Hat dalam time tiduq tu aku lenyekkan buah prune dan masuk kat dalam susu botol. Puting susu tu dah dibesarkan 30% supaya fiber prune boleh keluar. Aku kurangkan susu sebab nak galakkan dia makan benda lain.
  2. Makan jagung at least selang sehari...dia suka jagung. Dah beli jagung dalam peket tadi.
  3. Ayah dia ada belikan supplement buah-buahan kat farmasi. Makan hari-hari.
  4. Air...tiap hari mesti bubuh air dalam bekas pink dia dan pastikan habis botol tu. Sebelum ni memang tak minum air masak pun.
  5. Makan benda tak keras...dia suka sup. So every meal mesti ada nasi + sup yang tak masukkan stok maggi/knor. Bukan apa takutlah ada efek makan hari2 perasa. Sekali sekala ok. Untuk budak tak beranilah aku.
  6. Akan selitkan buah prune dan epal hijau dalam muffin untuk dia makan.
Itu jelah strategi. Cari biji Flax tak jumpa....buah barli tak tau sesuai ke untuk sembelit. Forlax tue...buat minggu ni akan bubuh la setengah peket dalam susu waktu siang. Sampai perut dia settle down. Lepas tu all natural. Tengok camner hasil...

Monday, January 7, 2013

Birthday & Sembelit

Last Saturday was Lina 3rd B'day since it was weekend we celebrated it on the day itself. Not like years before we always put it on hold and celebrated the birthdays on weekends... It was fun, i felt quite bored to do it at home...did bought all the home decors for birthdays the banners and buntings. Last minutes, asked hubby about garden birthday he said ok so i baked the cake and decorated it as nicely. The weather was very beautiful and we went to khtp park ...the park located at Kulim Hi-Tech Industrial area. The park still looking good...just the same as 5 years ago since i visited the park to exercise...back then i was still young and love to jog and had no kids.. bla-bla-blah

My Lina...has this constipation problem lately and becoming worse...she was having that constipation on her birthday. She used her energy to poop after that felt asleep for hours. I thought we never make it to the park.
My heart broke.. every time seeing her in pain.

Don't give suggestion like yogurt drink...eat apple...even fiber drink...nothing works (she hates apple). Worst part is my hubby...i hate it when he's messing with my duty...leave this on me...i know what to do.
He asked me to change her diet...easy to say. Then, he wanted to see doctor about this...what doc can do? Give us FORLAX? Or insert 'that' solution into her butt? We can do that ourselves...she became traumatic about that butt thing. I hate that thing. Simple short term solution.
The problem is she doesn't like having food so much...just drinking milk, that's the main problem.
I did cut the milk intake maybe not enough.
Fiber? What fiber??? She loves corn though, i will add corn in her diet. She hate anything green and cannot count on her to eat stuff. Sometimes she will eat sometimes she won't even taste the food.
Prune? How in the hell i would make her takes prune? I hate prune too...
How ever, i will look for flax seeds tomorrow and make flax water and asked her to drink h2o more and see improvements if any. Yeah, i searched the net for flax seed in Malay it turns out to be 'biji flax'...duh?

Anyway, happy Third Birthday to my Lina! Mama loves you!

Thursday, January 3, 2013

i am blue...

i m blue da di di da da da...
i m feelin blue today.
my oversea customer complaint...about her order---> not received yet.
ok, i called the operator asking, then the operator gave me wrong info that the item already delivered but nobody home. Then i informed my customer, my customer asked me back that no note given and they were at home at that time.
Then i called back the operator, different people answered. It turned out the parcel still in processing... can you imagine how would my customer feel..now this now that. They don't care about those Xcuses they just want their parcel. They won't get angry with the post people they will turn to the seller. Darn....luckily with all my explanations the customer settled down and shall wait...
Actually,  the delivery is not been delayed and it's still in time frame. Christmas and New Year holidays and weekends, the postmen are not working on that days...you feel like you've been waiting for 2 weeks already because you counted all the holidays together....it's not working like that dear. I told you already it's working days!
Another customer: order quite a lot. Then the shipping fee wasn't the same with the exact because when you order bulk of course the shipping estimator 'lari'  a bit..I just should let it go instead asking the customer to top up...what have i done! I feel so regretful. Luckily nobody is upset with me because i am the boss. If my staff did this, i would be furious because the customer already buy a lot...just let it go already...sigh.
This is a lesson for me----->think things through!
And a friend of mine, just started a biz...gud luck to you but please don't mess with my wall with your free advertisement!
I also have a bundle of unsold kids clothes....just the same like hers. I donno what to do with it. Thinking to donate it to the poor.
Since i am a nice person and she's my friend, i just will remove her free advertisement from my kids photo. Yes i am a nice person :)

Tuesday, January 1, 2013

Tukar Tadika

So maksudnya, umur 4 tahun tadika lain, 5 tahun tadika lain dan 6 tahun tadika lain.
Kesian kat dia sebab kan dia memang excited nak ke tadika. Sampai sanggup pakai uniform yang dia meluat sangat tue...
Masa ambil. ingat nak bayar yuran lah kan...hikmah gak bayar lambat :)
Cikgu kata depa dah tak leh run tadika ni...sebab tak cukup cikgu. Semua dah berhenti secara mengejut. Dia pun tak sangka sampai kena tutup...dan keputusan nak tutup tadika telah di ambil pada hari itu jugak...jadi kan, kesian kat adam sebab rupanya hari pertama jadi hari terakhir jumpa kawan-kawan dia.
Balik rumah terus inform hubby suruh keluar cari tadika lain hari ini juga! Sebab esok dia dah start kerja takkan i nak cari sorang-sorang? Bab anak kena sama-samalah kan.
Mana plak nak cari tadika dalam masa singkat. Kalau lah dah inform awal-awal dah cari bukannya pada hari orang mula belajar nie.
Kat sini banyak tadika tapi semua orientasikan....dot dot dot. Tak berapa like. Yuran pulak mahal nya. Mana nak cari Islamik nih?
Takpelah kita random...adalah sorang parent tadi sembang dia kata kat tesco ada. Tapi agak jauhla sebab kena seberang taman...bukan area taman i.

Pastu teringat ada tadika kat tepi jalan besaq nie. So, pegi tanya, ... tak berapa like sangat sebab cikgu dia ..... tapi oklah untuk kelas intensif masuk darjah satu bulan december 2013 nanti. Tak perlulah cari tutor mai rumah ajaq Adam sebelum darjah satu. Yuran RM95 + RM25 (komputer) + RM20 (iqra 3 x seminggu). Registration RM610. Tadika ni di kendalikan oleh non-muslim. Katanya ada cikgu muslim datang ajaq Iqra.... hokay, i ada pengalaman tak best masa Adam umur 4 tahun dulu masa dia tadika kat geng nie, so....

Takpe, kita cari tadika Pasti...tadi ada parent cakap pasal tadika ni. I memang dah dengar pasal tadika pasti cuma tak tahu lokasi kat kawasan rumah ni. Memang tak tahu pun...tetiba ntah macam mana ternampak la satu tadika masa lalu tepi jalan. Suh hubby patah balik, kita tanya dulu apa salahnya. Hubby i orang BN mungkin dia tak suka tadika nie. Buruk sket la tadika ni. Cat baru nampak ceria gaklah. Takdelah mainan hebat kat depan premis macam tadika lain. Masuk tanya cikgunya friendly bertudung labuh. Sejuklah mata nie. Tapi i rugged pakai jeans koyak dan baby T ajer. I suka gak la dengan kokurikulim tadika nie...kelas kat dalam cantik. Tak sangka hubby kata ok sebab hubby i ni...tak berapa sangat bab-bab agama nie. Yuran RM35 saja sebulan. Registration RM300++. Ajar solat dan baca quran hari2. Yang lain sama saja macam tadika normal.

Satu lagi ternampak pamplet tadika ni masa lunch...so, pegi check out. Cantek sangat tadika ni sebab baru. Seriously terpersona. Letaknya kat taman sebelah. Kena seberang traffic light nak sampai. Semua cukup tapi takde kelas iqra pulak...Sebulan RM110 termasuk makan. Yg lain tadi kena bawa bekal. Registration RM500++
Tadika ni okay...untuk Lina sebab depa ambil budak 3 tahun. Bulan 6 ni i hantaq.

Kesimpulannya kesemua tadika berguna untuk i. Kita sebagai parents memang nak ini itu nak semua untuk anak kadang-kadang lupa yang mana lebih penting.
Adam akan ke PASTI sebab hubby i kata OK. I pun suka. Mak i kata, jangan risau hantar budak-budak belajar agama masa kecik-kecik sebab nanti hati dia akan terang so dia boleh nak belajar apa pun pada masa akan datang...Insyallah.

Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2

How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...