Skip to main content

Barcode scanner


Tak tahu kenapa, bila pegi soping, mesti ada masalah bila nak bayar nanti dengan barcode scanner. Dalam 5 kali soping, 4 kali akan kena...
dan benda itu mesti benda yg aku nak beli betul2 nak punya.
Hubby cakap aku selalu ambil barang yang ada di depan sekali so kemungkinan barcode scanner dia dah koyak sebab kena pegang banyak kali....
Aku tanya dia? dia pernah check tak barcode sebelum beli? Dia kata tak pernah pun. Tak pernah plak jadi masalah nie. Akan jadi bila soping dengan aku dan mesti barang tu aku punya.
Kadang-kadang barang tu barcode dah tertanggal....so kena tinggal kat kaunter. Kadang-kadang lama gila pilih barang tu tapi bila sampai nak bayar, tak boleh scan sebab barcode rosak..malas nak tunggu so tinggalkan ajer kat kaunter.
Baru haritu, jadi lagi, nak beli beg first aid, comel beg tu, tapi ada masalah nak scan juga...nasib baik hubby nak tunggu so staff pegi ambil barang baru.
Dulu adalah nak beli jeans...try punya try...ambil. Bila nak bayar...jadi lagi. Barcode dah hilang. Tinggal jelah.
Hari ini, nak beli berus gigi si adik, dia punya lah pegang tak lepas berus gigi tue. Aku ingat pesanan hubby suruh ambil yang belakang...dan check barcode, but still.....masa nak bayar, tak leh scan. Barcode dia ada di produk masih elok. Aku berkeras nak beli juga sebab nanti adik nangis...staff terpaksa masuk dalam ambil yang lain dan baru boleh scan....apekah?
It happens to me like more than 100 times already i wonder why...

Comments

Popular posts from this blog

I want IKEA kitchen...bahagian lima: Installation

Sebenarnya dah boring tulis entry nie.....pasal dapuq ni.
Semasa aku tulis entri ni, dapuq aku dah 99% siap. Tinggal nak pasang plinth kat kaki kabinet.
Sebab tu macam malas nak tulis. Excited dah kurang. Next entry will be the finale, Before & After.

So....lepas beli barang dan bayar apa yg perlu dibayar....maka baliklah kami ke Kulim....
Lepas 3 hari macam tu, depa mai....first trip, hubby check semua barang. Make sure check dengan amat teliti. Sebab barang hanya akan beza di item article number.... ada barang salah hantar ada barang takde dan kotak yg kami pack macam gila kat sana haritu depa tertinggal.....beribu gak nilai barang dalam 2 kotak tu. Barang yg tertinggal tu, ada orang mai ambil dan tukar pada hari berikutnya....customer service ikea memang tip top lah jangan risau kalau ada kes macam nie...

Hubby aku punyalah excited mula nak pasang kabinet malam tu juga....sampai tumpah kicap sebotol. Rumah tengah macam tongkang pecah. Aku dah pesan, simpan dulu botol tu nanti p…

Bagaimana hendak mendaftar & mencarum sebagai Majikan di KWSP

KWSP

Bila pekerja dah mula bekerja....maka barulah si Majikan boleh pergi mendafar. Kalau pekerja belum start kita dah terhegeh-hegeh...pegawai kwsp suruh balik dulu...hahaha. Takpe kalau pekerja dah bekerja banyak bulan so bila kita mendaftar, kwsp akan charge caruman tertunggaklah yg beberapa bulan tue.

Majikan walaupun ada satu pekerja, dan pekerja tu layak dicarum..kenalah mencarum. Kalau tidak, kut depa mai check di premis kan tak pasal2 kena denda. Macam mana nak tau pekerja tu layak mencarum ke tak? maka pi lah ke website jabatan tenaga kerja...ada maklumat.

Macam aku, aku tak de bajet. Aku upah part time jer...still kena sebab waktu bekerja lebih dari 14 jam seminggu.

So, samada korang download borang KWSP 1 di website KWSP tu atau walk in ke pejabat KWSP. Baca arahan...isi lengkap. So, siap hari itu juga akan dapat nombor pendaftaran majikan secara sms. Jangan lupa daftar i-account untuk memudahkan urusan pembayaran/semakan.

Nak mancarum pula macam mana? kalau pejabat kwsp de…

I want IKEA kitchen...bahagian enam: Siap!

Siap dah sebulan lepas....satu part tak pasang lagi. Plinth, ada masalah nak potong kayu. Biarlah nanti beli gergaji bulat tu baru boleh potong. Akhirnya siap 99%.
Kos SEMUA RM6588 (termasuk lantai kayu, electrical, piping, hood, meja, algot system dan aksesori) sahaja. Tunai. Tidak termasuk kos lori.
Yes, i love my new kitchen. I love my personal finishing touch and still touching up a lil bit here and there.
It suites us, a family of four.






Tu jelah...happy with the result.