Wednesday, March 13, 2013

Apa berlaku ada hikmahnya...

Memang selalu terjadi benda ni kat aku...
Dulu ada order barang selambak dari China...tapi bila sampai....berlambak yang rosak sebab kena campak-campak masa berlayar atas laut tu. Depa tak ikat elok-elok....nak komplen pun depa orang china nu bukan peduli pun so terima ajelah....yang mana boleh jual kita jual, yang mana broken kita simpan buat pekasam.
Tetiba 3-4 tahun lepas tu, barang-barang yg rosak tadi boleh dibuat spare part....macam dia punya screws...nut and bolt yang memang susah sangat nak cari. Alhamdulillah.

Pastu kengkadang bila order barang from Malaysian pun ada yang sedikit rosak membuatkan tak boleh jual online. Nak jual online barang kena perfect. Kena letak display kat kedai ajer, tapi, tetiba....something happened dan yang rosak tadi boleh di guna sebagai alat ganti untuk produk lain. Syukur jugak sebab kalau takde barang rosak tu tak tau camner nak ganti hat customer komplen...

Kalau dapat barang rosak. selalu aku anggapkan itu sebagai gantian mungkin aku ada ambil sesuatu bukan milikku so Allah balas macam nie. Aku jenis tak suka komplen kalau setakat 2-3 barang yang defect kan...kalau hantaq barang expired kita komplen la.

Da....

No comments:

Post a Comment