Friday, March 1, 2013

Jahit sendiri baju anak

Mukadimah
Teringin tak nak jahit baju anak sendiri?
i teringin sangat. tapi tak reti dan takde masa nak jahit...
actually senang aja. cuma kena korek masa itu.
i selalunya dah siapkan potong pola baju. then lepas beli kain, carilah masa, selalu jumaat petang free sebab malam akan keluar makan so bolehlah potong kain...tak rush nak ke dapur.
tapi lama juga peram kain tue sementara nak boleh potong.
i tak pi jahit tepi, sebab kalau nak tunggu jahit tepi, lagi sekali akan simpan buat pekasan 2-3 bulan. so...i jahit macam orang dulu-dulu. jahit kat bahagian depan dulu, then jahit semula di bahagian dalam so takdelah bulus. Atau, i guna kun/lace...untuk tutup bulu itu.

i juga tak buat lapik dada. personally, i tak suka sebab panas dan lapik dada suka buat i tak selesa, inikan pula budak-budak...so memang guna kun saja untuk leher.

kena potong ikut ira pada kain dan i dah tanda anak panah pada pola. macam mana nak tengok ira kain. u tebarkan kain tu. ada bahagian bulu-bulu kat tepi kan? ha, sepanjang bulu-bulu itulah arah ira kain...potong ikut ira kain ok.

dan camner nak senang potong kain bagi straight? u gunting sikit kain itu, pastu tarik satu/dua benang sampai kain berkedut ala-ala renda, then potong ajelah ikut kedutan tadi....jamin tak herot/senget.

pola i ialah pola untuk girl saiz 2-3 years. Yang asasnya ukuran dada 54cm, pinggang 54cm, tinggi 91cm, bahu belakang 21.6cm & tengkung ke pinggang 23cm. Kalau anak u lebih kurang ukuran ni bolehlah cilok pola i. print out dan letak atas kain (bahagian belakang kain)...lukis dulu dengan pensel kain, potong basi(lebihan) 1.5cm kalau rajin nak jahit tepi, kalau nak jahit macam cara orang dulu-dulu, buatlah basi 2 cm. Hokay? set...

Ini Pola Asas untuk budak perempuan 2-3 years. Bahagian atas sahaja. Daripada pola asas boleh manipulate untuk dapatkan fesyen lain. Nanti i masukkan pola lain yg dah siap kena manipulasi.
*yang tanda bulat 3 titik tu ialah tempat lipatan.

masa nak print, make sure you check bahagian print tu yang ada kotak 'print original size'. kalau tidak...kot jadi kecik kalau you terclick 'shrink to fit'. saiz A4 ok. dan...i dah test print, keluar cantek ikut pola yang betul. ini PDF doc, sepatutnya memang dah pre-set print original size.

***Ini pola i punya so jangan pepandai mengaku sendiri punya. i share untuk mak-mak yg nak jahit baju anak sendiri yg tak perlu nak kira formula. i dah kira untuk u guys mak-mak oi. kalau i jumpa ada orang mengaku ini dia punya pola siap kau!

1 comment:

Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2

How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...