Skip to main content

Gaduh dengan anak...

Kesian anakku dapat mak tak tahan sabo macam eden....

Selalu benda nak jadi mesti ada chain of event....
Aku ni ntah kenapa, naik 'lump' kat bahagian jaw line....sakit. Dah seminggu tak hilang. Risau gak bila surf internet macam-macam diagnose yg kuar...then lump itu turun ke bahagian leher....alamak risau!
So semalam pegi gak klinik panel dekat rumah. First time lah pegi situ sebab dulu dia tak jadi panel insuran laki aku. Okaylah sebab doc pempuan so tak segan nak buka tudung kan...rupanya kena infection. Kalau sakit bila picit/tekan selalunya infection. Kalau tak sakit.....boleh jadi kanser. Okeh dapatlah sebandul ubat. So, next week tak boleh ganti puasa sampai lepas habis ubat ni. Ada lagi 2 hari....arh azab jugak ganti puasa time cuaca sangat hot nie...
Rasa macam kena infection dari kucing putih tu la...nak mai bakteria dari mana lagi kan? Dah azab kucing 2 ekor tu aku spray dengan antibac semalam....trauma depa.

Harini rasa macam badan not so yummy....adik plak hangin sejak bangun tido....jerit tak keruan pantang salah sket. Dah la buli abang dia masa mandi, nak mandi asing2 aku nak cepat hantar adam gi kelas lukisan. Time nak pakai baju memilih plak...dah siap pilih, bila nak pakai melalak kata takmau baju ni nak baju lain....layan layan....darah dah naik leher ni. Pastu sikat rambut sebelah, dah melalak plak taknak sikat rambut....ok takpe suka hati hg. Masa nak turun bawah, aku nak angkat bakul kain turun so terus turun tinggal dia kat tangga....terus plak dia histeria kat tangga sebab kena tinggal. Macamlah tak boleh turun sendiri...malas nak layan, biarla dia gheyau aku nak masak breakfast. Lagi 1/2 jam je kelas adam.
Pastu, nak jerang air, teka apa? rosak plak cerek tu....hangin tul lah...budak tu dah tengah histeria kat tangga...nasib baik memang ada cerek tradisional. Terus pi jemput drama queen turun, debik sikit....sengap!
Budak ni kadang2....over drama.
Macam mana la nak ada baby baru? Tak sanggup aku!

Comments

  1. Hemph..kena ambik bibikla tu. Cari bibik yang solat 5 waktu, amanah wat keja dan tak bertuhankan duit (ni kriteria paling payah!). Dari pengalaman nih..dulu hidup hrur-hara macam jat la. La ni ada bibik mmg tak cepat naik hangin. Dia wat keja rumah, kita jaga budak. Tima masak, dia jaga budak, kita masak. Tapi bibik dah nak fly dah...kena blacklist pulak 5 tahun angkara ejen hilangkan pasport huhu..pasti duk lam huru hara semula...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

I want IKEA kitchen...bahagian lima: Installation

Sebenarnya dah boring tulis entry nie.....pasal dapuq ni.
Semasa aku tulis entri ni, dapuq aku dah 99% siap. Tinggal nak pasang plinth kat kaki kabinet.
Sebab tu macam malas nak tulis. Excited dah kurang. Next entry will be the finale, Before & After.

So....lepas beli barang dan bayar apa yg perlu dibayar....maka baliklah kami ke Kulim....
Lepas 3 hari macam tu, depa mai....first trip, hubby check semua barang. Make sure check dengan amat teliti. Sebab barang hanya akan beza di item article number.... ada barang salah hantar ada barang takde dan kotak yg kami pack macam gila kat sana haritu depa tertinggal.....beribu gak nilai barang dalam 2 kotak tu. Barang yg tertinggal tu, ada orang mai ambil dan tukar pada hari berikutnya....customer service ikea memang tip top lah jangan risau kalau ada kes macam nie...

Hubby aku punyalah excited mula nak pasang kabinet malam tu juga....sampai tumpah kicap sebotol. Rumah tengah macam tongkang pecah. Aku dah pesan, simpan dulu botol tu nanti p…

Bagaimana hendak mendaftar & mencarum sebagai Majikan di KWSP

KWSP

Bila pekerja dah mula bekerja....maka barulah si Majikan boleh pergi mendafar. Kalau pekerja belum start kita dah terhegeh-hegeh...pegawai kwsp suruh balik dulu...hahaha. Takpe kalau pekerja dah bekerja banyak bulan so bila kita mendaftar, kwsp akan charge caruman tertunggaklah yg beberapa bulan tue.

Majikan walaupun ada satu pekerja, dan pekerja tu layak dicarum..kenalah mencarum. Kalau tidak, kut depa mai check di premis kan tak pasal2 kena denda. Macam mana nak tau pekerja tu layak mencarum ke tak? maka pi lah ke website jabatan tenaga kerja...ada maklumat.

Macam aku, aku tak de bajet. Aku upah part time jer...still kena sebab waktu bekerja lebih dari 14 jam seminggu.

So, samada korang download borang KWSP 1 di website KWSP tu atau walk in ke pejabat KWSP. Baca arahan...isi lengkap. So, siap hari itu juga akan dapat nombor pendaftaran majikan secara sms. Jangan lupa daftar i-account untuk memudahkan urusan pembayaran/semakan.

Nak mancarum pula macam mana? kalau pejabat kwsp de…

I want IKEA kitchen...bahagian enam: Siap!

Siap dah sebulan lepas....satu part tak pasang lagi. Plinth, ada masalah nak potong kayu. Biarlah nanti beli gergaji bulat tu baru boleh potong. Akhirnya siap 99%.
Kos SEMUA RM6588 (termasuk lantai kayu, electrical, piping, hood, meja, algot system dan aksesori) sahaja. Tunai. Tidak termasuk kos lori.
Yes, i love my new kitchen. I love my personal finishing touch and still touching up a lil bit here and there.
It suites us, a family of four.






Tu jelah...happy with the result.