Monday, May 20, 2013

Made this over weekend. Hanbok?

-Kalau aku, aku tak nak sekapal dengan org yg ada penyakit berjangkit...so kalau rasa macam sakit atau memang disahkan mengidap penyakit berjangkit, janganlah naik kapal. Tunda percutian you...Sebenarnya you mementingkan diri sendiri dengan mengabaikan kesihatan orang lain. Jadikan pengajaran. Jangan asyik tunding jari sana-sini.- aku ibu juga.


Inilah dress yg telah diperam untuk seketika lamanya di dalam beg plastik. Akhirnya gagah buat dalam masa sehari pada weekend. Pola ni aku ikut dari buku baru....senang buku ni, kalau boleh silalah beli kat kedai buku berhampiran anda. Murah jer tak sampai RM20.00. Banyak pattern kat dalam tue. Arahan pun simple. Senang nak faham.
Boleh jer guna pola yg aku upload haritu, cuma bahagian skirt gunting segiempat tepat 40cm sisi x Panjang yg diingini. Kalau nak panjang (macam di atas) boleh, nak pendek pun boleh.
Budak ni sukalah...tidur pun nak pakai....
Kalau buat V neck jadi hanbok....errr aku tak reti buat V neck....
Inilah bukunya....tak blehlah nak scan share nanti jadi pencuri hak copywrite plak.....pegilah cari. Tak rugi beli buku kalau tak guna pun boleh buat hiasan dalaman....kan? Jom jahit!

2 comments: