Monday, June 24, 2013

Nanti anak masuk sekolah camana lah cikgunya?

Risau juga pasal nie...
Sebab ada ramai kawan cikgu sekolah....tu yang rasa risau.
Depa ni sukalah duk meluahkan prasaan macam2 kat dinding depa (Kalau boleh jauhkan diri dari dinding itu).
Takut pula. Doa jelah biar anak aku dapat cikgu baik.
Yelah, time tadika ni cikgu baik...sebab dia memang berminat nak jadi cikgu tadika sebab tu dia buka tadika. Kalau cikgu sekolah taktaulah berapa % yg betui2 nak jadi cikgu.

Terkejut gak ada member ni kata dia bagi kelas free (mungkin kelas tambahan) tapi bapak anak murid marah2 sebab keluar kelas lambat...dan dia kata budak tu bukannya pandai pun si apaknya nak marah2. Kalau boleh sila hantar ke kelas tuition di luar....Sedih plak. Kalau anak aku dia kata macam tue....emo mak walau tak kenal pun sapa makpak budak yang kawan aku kata tue....maklumlah anak aku ni still tak reti baca....hmm tak taulah. Salahker aku nak emo tak pasal2? Doa jelah....

Dulu masa nak daftar Adam ni sekolah darjah satu. ternampaklah bebudak (nakal kot) kena marah dek cikgu (mungkin cikgu disiplin)....mak ai bahasa....kalau aku dah buh cili kat mulut cikgu tue. Itu sekolah yang bakal aku hantar Adam tahun depan tue....risau mak nie.

Cikgu, kot ya stress janganlah tulis/sebut macam tue sebab apa yg anda luahkan itu mencerminkan diri anda. Samada anda cikgu yang bijak atau tidak....

No comments:

Post a Comment

Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2

How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...