Sunday, July 28, 2013

DIY kids seat belt pillow


Tak lama lagi nak raya....yippie! Haritu ada surf Lelong...terjumpa la seat belt pillow...mahal gakla kalah bantal biasa. Nak lagi untuk budak....so kita diy as usual.

I guna kain fleece. Sebab lembut. Guna kain lain pun takpe. Bantal ni kena ada flap buka tutup untuk masukkan seat belt. This is my idea....
Mula-mula, you gunting kain. Untuk sarung bantal, flap dan bantal. Kalau tak nak buat bantal pun takpe. Nanti dah siap terus stuff dalam sarung. Tak perlu jahit banyak-banyak.
Dot 3 biji ialah lipatan kain.
Maaf, untuk sarung, lipatan kain ialah di bawah bukan di sisi. Tengok gambar pillow tu boleh tahu di mana lipatan, bukan di dot 3 biji tu ya.
So bila buka, ukuran jadi double la ok.


FLAP
Buka lipatan flap tadi. Pin kan jalur getah pada satu sisi ke arah dalam. Nampak tak anak panah tu. I letakkan 5 jalur getah dalam panjang 6cm lipat 2 setiap satu, pin kat situ. Tujuannya untuk tutup flap. Getah tu lubang butang la...


Lepas tu lipat balik...getah akan tersembunyi kat dalam. 


Untuk flap, jahit keliling kecuali satu sebab nak terbalikkan. Lepas terbalikkan baru lengkapkan jahitan.

Bila dah siap beginilah rupanya.

SARUNG
Lepas itu, ukurlah tempat mana nak lipat untuk jadikan sarung. Kalau terasa macam keliru, boleh rujuk sarung bantal yang ada di rumah. 

I pin kan bahagian bawah untuk tandakan di mana nak lipat...

Letakkan flap tadi di bahagian yang sesuai...di atas sarung bantal.

Di sini i sembunyikan getah ke dalam supaya tidak terjahit semasa menjahit tepi sarung.

Ukur betul-betul, kat atas tu saya akan lipatkan.

Kedudukan flap, pastikan tidak terkena pada lipatan bantal. Maksudnya flap di belakang. Lebih senang kalau tak lipat-lipat sarung itu. Jahit terus saja...letak getah macam bantal peluk pun ok . Suka hati.

Lepas berpuas hati....inilah posisi lipatan. Bolehlah mula jahit bahagian tepi kiri dan kanan.

 Dah siap jahit kiri dan kanan...

Terbalikkan, inilah hasilnya.

 Flap tadi....sedia untuk dijahitkan butang untuk setiap getah. Kalau you tak nak jahit lubang butang getah, bolehlah guna magnet button hole atau velcro strap...ataupun guna riben saja

 I made two

Pandai dia berlakon... happy traveling you guys. Travel safe ya!

1 comment:

Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2

How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...