Friday, August 30, 2013

Dress Senang - tak de pattern

Sesuailah nak buat baju tidur anak....
Mahal kain tu aku beli kain kapas jepun tu. RM15 setengah ela (yard)...beli online.
Lembut...
Tapi bila keluar masuk Vista Ria Kulim....cotton jepun depa jual rm15-16 jer semeter...bergenang ayaq mata mak...tulah, malas sangat nak kuar soping kain, beli online...nak buat gumana haritu bulan Ramadan letih nak jalan2 sopin itu yg online jelah beli kain potong pun...
T shirt tu beli kat tesco saja tak sampai rm10.
Baju ni buat sebelum raya...baju tidur raya.

Okeh.

Mula-mula beli material....t-shirt dan kain

Ini ialah kun atau lace atau bias tape (i beli online). Tak pernah jumpa kat kedai masa jalan-jalan. 

You agak-agak nak letak di mana kain ni...tandakan.

Potonglah tanpa belas kasihan....RM8.00 jer pun.

Kain in, lipat 2...ikut suka nak ikut ira ke tak, aku ikut ira....60cm lebar X kepanjangan yang diingini. Kalau anak you lebar, biar lebar sikit kain tu ya. Nanti susah nak gerak jadi sarung nangka.

Lepas tu buat kedutan.

Lepas tu jahit pada t-shirt...

Jadilah macam nie...lepas tu tutup sambunga kain-t shirt tadi dengan kun...
Kalau nak hias dengan riben pun boleh....ingat, less is more.

Siap...fyi, riben tu aku dah tetas semula sebab nampak poyo. Takde lagi bagus. Ok, sila jahit.

No comments:

Post a Comment

Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2

How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...