Thursday, September 5, 2013

Vintage DIY Ring Holder


Salam semua,
Idea ni dapat dari favourite site iaitu: Pinterest. What would i do without Pinterest....
FYI, orang putih memang kreatif. Ibu-ibu rata-rata berhenti kerja atau SAHM dan sangat aktif buat kraf dan ada aktiviti macam-macam....seronok baca blog depa. Depa pula tak kedekut ilmu....suka share.

Ok, jom kita buat satu benda ni aku sangat suka. Sesuai dibuat hadiah. Mula-mula you kena print gambar vintage. Aku memang suka gambar vintage. Save dulu dalam komputer, then print. Boleh rujuk link pinterest board Mamalina>print it. Semua ada koleksiku untuk di print....jangan lupa beli frame dan hook. Penting sekali aku cuma gunakan gam PVC yang warna putih tu. Senang didapati di kedai runcit. Gam ni sebenarnya sangat kuat dan boleh bond banyak benda. Kalau omputeh, depa suka guna mod podge. Kat Malaysia ni ada mod podge tapi....rega RM50++ untuk kuantiti yg kecil. Tak gamak nak guna nanti buat perhiasan plak. Gam putih ni RM3.90 sebotol. AKu simpan dalam botol kaca senang sikit nak guna....


Lepas tu, potong gambar vintage tadi dan lekatkan pada board frame (macam gambar di bawah). Lepas kering (2-3 jam) Sapukan gam putih tadi pada permukaan gambar vintage...jangan tebal sangat. Agak-agaklah.



Bila dan siap, tinggalkan 5-6 jam sampai kering betul-betul...lepas kering akan nampak bersinar macam kena wax.

Dah kering....glaze effect.

Bila dah kering, masukkan lah balik dalm bingkai frame. Tak perlulah letak yang kaca tu. Kaca frame tu boleh guna untuk tujuan lain. Di sini, kita lekatkan hook terus pada permukaan gambar vintage tadi...

Dah pun siap....bolehlah gantung cincin/bracelet...

Projek yang sama boleh dipelbagaikan, aku suka buat note board untuk lekatkan gambar dan nota. Enjoy...



No comments:

Post a Comment

Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2

How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...