Wednesday, October 2, 2013

I want IKEA kitchen...bahagian empat: SHOPPING lah!

Kami pi masa cuti Hari Malaysia....yg ada komunis mampuih tu. Dah mampuih pun menyusahkan. Mampuih jelah!

OK. Jangan lupa bawa design yg dibuat berbulan-bulan tue. Soalan yg nak tanya ikea personnel pun catatkan awal-awal. Password untuk masuk ke alam design pun jangan lupa sebab akan kita buka masa rundingan dengan ikea personnel....

Seriously orang RAMAI! seluruh Malaysia mai serbu time tu. Dipendekkan cerita, anak aku Adam hilang! Tapi jumpa balik la lepas security buat announcement.

Naik ke bahagian kitchen planning, terus jumpa staff dia. So, dia akan tengok design kita dan bagi suggestion untuk apa nak tambah apa nak kurang untuk mengoptimumkan ruang. Untuk dapuq aku, dia kata tak perlu filler, cuma tambah cover panel. Top pun sekeping ajer bukan dua. Lepas tu boleh tambah satu lagi cabinet kecik....40cm.
Untuk sinki, kami pilih Boholmen, yang harga rm400++ tu. Pastu dia suggest, sinki ini tak sesuai dengan top lagan. Walaupun guarantee 25 tahun, bahagian tengah akan patah lepas 10 tahun sebab gap dalam 5 cm saja dari untuk lagan tanggung sinki tu. Baik ambil Boholmen besar, tak perlu tebuk lubang kat lagan potong kiri kanan saja, Semua total RM3700 ++ saja. Lebih murah dari list yg aku buat....
Final design setelah disemak oleh staff ikea
Staff dia suggest untuk tambah satu lagi cabinet atas hood, tapi sebab kami tak beli lagi hood takut tak boleh adjust dengan kabinet. Maybe next time kita tambah.

Untuk beli kitchen, tak perlu ambil sendiri kat gedung. Staff ikea akan buat pos order dan bagi semua list kat kita. Turun bawah, tunjuk pos order kat cashier dan bayar kat kaunter ajer. Dia ada tandakan mana satu kena ambil sendiri dan mana satu yg tak perlu....senang kan?

Berjam jugaklah kat area kitchen tue....letih budak2 ni bosan. Tapi depa dah biasa dah pi ikea so takde masalah sangat dengan budak2 nie. Kami tak bawak pun stroller moller pun, sebab nanti mana nak tolak stroller, mana nak tolak trolley...jenuh kang. Anak dah besaq syiok sikit soping. Kalau ada baby payah la satgi nak susu, nak tiduq, nak dukung, nak merap...nak salin lampin....pikiaq balik pun letih. Aku tak kira, ada baby pun dulu hangkut gak pi ikea....

Lepas bayaq, pi kat home delivery, bayaq charge shipping, bungkus kotak apa nak hangkut sekali lori....lepas tu bolehlah balik....Alhamdulillah. Settle hari yang memenatkan.
Shipping charge to Kulim: RM900.....rabak! Boleh beli sofa 2 biji.
Depa mai hantar dalam masa 5 hari, sempatlah nak kemas backyard untuk letakkan faktum kitchen dan beli tools yang diperlukan.

Bersambung lagi....


8 comments:

  1. Oo ok sy br bc post ni...br fhm...so kn buat kt ikea kitchen designer tu dl kn...hihi best bc post awk ni...

    ReplyDelete
  2. kalau tak design sendiri pun takpe cuma bawa ukuran then pergi ke bahagian kitchen tu minta customer service design kan....cuma nanti mengambil masa yang lama plak kat situ hahaha. kalau design sendiri boleh ubah-ubah selagi boleh. dah siap print out dan buka jer design kita kat sana, cs akan tolong recommend apa yang patut tambah/buang untuk lebih efisen....

    ReplyDelete
  3. Kalau utk sinki, kite kene tebuk sendiri tabletop atau dieorg leh buatkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tebuk sendiri....orang ikea rekomen ambil sink BOHOLMEN single bowl sink rm499. Letak terus tak perlu potong potong...
      Kalau ambil sink kecil, depa bule tebuk/potong cuma kena bayar extra...

      Delete
  4. salam. terima kasih atas entry yg banyak informasi ni. sangat berminat. utk tebuk counter top tu, boleh buat di ikea jugak ke? saya nk beli modular kitchen je n pasang sendiri. tapi nk kene tebuk utk letak stove top. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Ikea memang bagi segedabak macam tu. Tebuk2, potong2 memang kena buat sendiri. Kalau nak dorang buat, dorang charge rm80 per meter kalau tak silap...

      Delete
  5. Replies
    1. untuk oven, kami beli yang jenama X... dapur jenis atas masak bawah ada oven tu. Dlm rm2k kot sekarang.
      Kalau nak guna ikea punya, rasa kena pakai appliances yang jual kat sana. Boleh jer...masa design pilih cabinet for oven. cabinet tu akan ada lubang.

      Delete