Skip to main content

Kalau aku kayo....

Aku selalu rasa yg bisnes aku ni lambat...yelah kekangan kewangan memang faktor utamalah. Biz jual beli untung banyak manalah sangat...selalu stress especially hujung tahun macam ni tengok balance dalam bank sama macam tahun lepas...sales banyak tapi untung pi mana taktau? yelah, selalu tambah produk baru...semente nak jual hat nun restock lagi...duk macam tu lah, sewa, utilities lagi mau ingat.

(sebab tu kalau pi pasar malam, malas nak tawaq rega, sebab untung banyak mana sangat peniaga2 ni...sewa tapak, modal...)

Tengok kawan2 semua dah maju, dah ada phd, ada yg pi oversea sambung, ada yg kursus sana sini. Aku? sedih. Memang look at the bright sight juga tapi cloudy sight jangan tak tengok.

Tambahan dengaq lagu 'kalau aku kaya....hari hari hari raya' anak aku pun duk nyanyilah lagu tu...bila nak kaya? apakah definisi kaya? orang kaya pun still duk cari harta bagi lagi kaya? kaya tu apa? Semua orang nak kaya. Kaya duitlah.

Tengok kawan dah banyak anak, aku dua jer tupun dah besar. Ingat nak berjaya baru nak buat baby. Nak pindah kedai baru nak buat baby, nak ada pekerja baru nak buat baby....tengok2 dah tua. Entah2 lepas dapat baby baru, baru dapat semua tu. Kan baby tu rezeki? April start projek baby.

Merepeklah aku ni. Haritu ntah kenapa suami aku mai jenguk kat kedai. Dia tu kengkadang mai juga buat sport check. As usual aku busylah duk pack barang. Tetiba dia suruh aku baca pasal e-commerce marketing dan apa nak buat kalau nak sales contohnya $200 000 setahun. Apa target untuk capai matlamat...so on. Sebenarnya lama tak buka google analytic check berapa banyak visit. Dulu rajin buat analisa dan rajin buat marketing but lately graf menurun mengikut mood aku...

So, aku agak 'up' sikit...walaupun hujan dan asyik duk pikiaq pasal baju tak kering...buka berita duk tengok pasal perhimpunan aneh sedangkan kat sebelah timur orang duk mati lemas....(Ya Allah permudahkanlah urusan mereka).
Tahun depan target sales RM100,000 (saja).
Yes, dream BIG...

Comments

  1. biaq pilah depa nk ada PHD, depa nk wat anak banyak. Kalo nak wat anak tak yah buat keputusan bersyarat, ingat t tak sakit kepala..buat keja macam nak pengsan, tapi nk dapat pmt sampai 2-3 tahun..tu pun nasib baik dari jadi bad debt. hujung bulan byr gaji staff, sewa opis, kindy anak dan macam-macam lagi yg tadak dalam list. La ni tadak maid lagi tak cukup napas. Bebudak kena jaga sendiri kat opis, takkan nk bg kat mak..dia mana larat nak kawai depa ni. nak buat keja lagi, jaga anak lagi, balik umah dah kemas umah lagi..kalau bukan ingat Tuhan mungkin dah jadi separa gila. Takpalah..hidup ni sementara saja. T rasa ti kaya sebab t ada kesihatan yg baik dan anak2 yg sihat. Tulah definisi kaya bagi t.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

I want IKEA kitchen...bahagian lima: Installation

Sebenarnya dah boring tulis entry nie.....pasal dapuq ni.
Semasa aku tulis entri ni, dapuq aku dah 99% siap. Tinggal nak pasang plinth kat kaki kabinet.
Sebab tu macam malas nak tulis. Excited dah kurang. Next entry will be the finale, Before & After.

So....lepas beli barang dan bayar apa yg perlu dibayar....maka baliklah kami ke Kulim....
Lepas 3 hari macam tu, depa mai....first trip, hubby check semua barang. Make sure check dengan amat teliti. Sebab barang hanya akan beza di item article number.... ada barang salah hantar ada barang takde dan kotak yg kami pack macam gila kat sana haritu depa tertinggal.....beribu gak nilai barang dalam 2 kotak tu. Barang yg tertinggal tu, ada orang mai ambil dan tukar pada hari berikutnya....customer service ikea memang tip top lah jangan risau kalau ada kes macam nie...

Hubby aku punyalah excited mula nak pasang kabinet malam tu juga....sampai tumpah kicap sebotol. Rumah tengah macam tongkang pecah. Aku dah pesan, simpan dulu botol tu nanti p…

Bagaimana hendak mendaftar & mencarum sebagai Majikan di KWSP

KWSP

Bila pekerja dah mula bekerja....maka barulah si Majikan boleh pergi mendafar. Kalau pekerja belum start kita dah terhegeh-hegeh...pegawai kwsp suruh balik dulu...hahaha. Takpe kalau pekerja dah bekerja banyak bulan so bila kita mendaftar, kwsp akan charge caruman tertunggaklah yg beberapa bulan tue.

Majikan walaupun ada satu pekerja, dan pekerja tu layak dicarum..kenalah mencarum. Kalau tidak, kut depa mai check di premis kan tak pasal2 kena denda. Macam mana nak tau pekerja tu layak mencarum ke tak? maka pi lah ke website jabatan tenaga kerja...ada maklumat.

Macam aku, aku tak de bajet. Aku upah part time jer...still kena sebab waktu bekerja lebih dari 14 jam seminggu.

So, samada korang download borang KWSP 1 di website KWSP tu atau walk in ke pejabat KWSP. Baca arahan...isi lengkap. So, siap hari itu juga akan dapat nombor pendaftaran majikan secara sms. Jangan lupa daftar i-account untuk memudahkan urusan pembayaran/semakan.

Nak mancarum pula macam mana? kalau pejabat kwsp de…

I want IKEA kitchen...bahagian enam: Siap!

Siap dah sebulan lepas....satu part tak pasang lagi. Plinth, ada masalah nak potong kayu. Biarlah nanti beli gergaji bulat tu baru boleh potong. Akhirnya siap 99%.
Kos SEMUA RM6588 (termasuk lantai kayu, electrical, piping, hood, meja, algot system dan aksesori) sahaja. Tunai. Tidak termasuk kos lori.
Yes, i love my new kitchen. I love my personal finishing touch and still touching up a lil bit here and there.
It suites us, a family of four.






Tu jelah...happy with the result.