Monday, March 25, 2013

BBW

3 hari no internet sebab ribut...kecuali internet slow kat tablet. Bagus juga, banyak kerja lain boleh siap.

So, we went to big bad wolf penang...sampai gak sejak tak jadi pi kat kl. nasib baik tak pi...tak sangka wolf ada di penang.
Ingat nak haplod gambo ke fb tapi...banyak bebeno org dah boh gambo depa sopin kat situ...jadi poyo plak. Takmo tergolong dalam golongan poyo.
Lagipun aku beli bukannya nak membaca pun, nak buat home decor jer. hahaha!
Hubby kata kalau setakat nak buat perhiasan baik beli kat ikea ajer...(buku tapi bukan buku, buku tipu)
Jawab aku, mahal la kalau nak beli kat ikea, hat ni sebiji RM8 ajer...betui dak?

So, pi pun after 5, weekday, not lot's of people. Senang la nak jalan-jalan bawak budak kecik 2 orang tue. Adam nak apa? buh ajer dalam kotak tu...depa seronokla banyak buku...beli buku kat budak-budak ajer banyak...aku cari buku crochet takde...rembatlah buku kraf satu, buku cerita 2-3, buku bisnes 2-3...itu jelah. buku masakan jangan haraplah nak beli....bersepah orang kerumun kat situ. Tak koser aku. Tak minat ah masak2 nie. Hubby beli buku perang...buku moto, buku f1...dia pun nak buat perhiasan juga katanya...baguslah.

BBW, see u next year Insyallah.

Wednesday, March 20, 2013

lamanya tak hapdet...bahagian kait jarum 1

Aha...lama tak hapdet. Sebenarnya tak sempat sangat nak buat projek...

Yang bawah ni patternnya di Tampa Bay Crochet.


buat gift untuk baby orang.


ingat nak jual...ada org nak beli ke? simpan punya simpan, ada member adik ipar
nak beli buat gift.
Princess Poppy for Princess

Princess Poppy from The Green Dragonfly...



Yang atas ni, Sock Monkey Hat from Crochet in Color.

So, bolehlah cuba kan...sesapa yang suka crochet....

Sunday, March 17, 2013

kempunan big apple donut

Seriously big Apple donut sangat sedap....kalau nak banding dengan dunkin donut....jauh beza. i bukan jenis orang suka makanan especially donut....tapi sejak try rasa....WOW! teringat sangat yang donut yg ada kelapa kat atas tu...sangat bersari...lemak manis...lembut...melt in your mouth.

Minggu ni balik kg ... so pesan kat driver, nanti singgah tesco mergong sebab nak beli donut.
Bukan apa tau, sebenaqnya i ada plan kuar soping dengan kak Nori ke AEON perda...nak beli donut tu lah...tetiba hubby nak balik kg.

pastu, bila sampai kat simpang alor setar/langkawi...dia straight ajer...
awat tak exit? i nak beli donut ni!!!
dia kata eh kata nak beli kat arau ajer?
donut apa ada kat arau tu cheq oi? donut pasaq malam ada la...

stress makcik teringat donut!
okeylah takpe takpe time balik nak singgah...
tiba time balik. dia kata dia sakit kepala plak! taknak singgah...
tensen lagi...
pastu dah sampai rumah mak, ingat tinggal charger tablet kat situ, kuaq rumah eh cik driver dah
duduk belakang, suh i bawak keter plak...kalau tahu tadi singgah jelah tesco. malas nak patah balik dari rumah mak tu...ish!

Here i am hungry for big apple donut.
Donut tu takdak kat Kulim ni.Kalau ada, mesti tak hingin pun...sama macam Mc D. Dulu gedik sangat nak makan...bila dah buka satu, tak pegi pun (i tak boikot biz org).
Paling dekat donut giant...donut tesco keras tak sedap...takpelah, esok i pi makan donut giant ajelah lepaskan rindu.
Ntah bila bleh pi bandaq perda, kat situ ada....BIG APPLE DONUT
da...

Wednesday, March 13, 2013

Apa berlaku ada hikmahnya...

Memang selalu terjadi benda ni kat aku...
Dulu ada order barang selambak dari China...tapi bila sampai....berlambak yang rosak sebab kena campak-campak masa berlayar atas laut tu. Depa tak ikat elok-elok....nak komplen pun depa orang china nu bukan peduli pun so terima ajelah....yang mana boleh jual kita jual, yang mana broken kita simpan buat pekasam.
Tetiba 3-4 tahun lepas tu, barang-barang yg rosak tadi boleh dibuat spare part....macam dia punya screws...nut and bolt yang memang susah sangat nak cari. Alhamdulillah.

Pastu kengkadang bila order barang from Malaysian pun ada yang sedikit rosak membuatkan tak boleh jual online. Nak jual online barang kena perfect. Kena letak display kat kedai ajer, tapi, tetiba....something happened dan yang rosak tadi boleh di guna sebagai alat ganti untuk produk lain. Syukur jugak sebab kalau takde barang rosak tu tak tau camner nak ganti hat customer komplen...

Kalau dapat barang rosak. selalu aku anggapkan itu sebagai gantian mungkin aku ada ambil sesuatu bukan milikku so Allah balas macam nie. Aku jenis tak suka komplen kalau setakat 2-3 barang yang defect kan...kalau hantaq barang expired kita komplen la.

Da....

Tuesday, March 12, 2013

halu...

lama tak tulis...
sejak pencerobohan sulu...
sebenaqnya sedikit sibuk, dengan anak transfer tadika baru, bisnes, home re-decoration...memang full lah time. Insyallah nanti i buh pola baju dress Wendy yg jadi kegilaan anak dara i. dia ni nak pakai dress princess saja...tidur malam pun ber dress...

Sebenarnya terasa syukur sangat pada Allah yang maha esa. Kerna rezeki yg dicurahkan. Cukup buat kami. Tak berlebih tapi cukup...rasa macam...jalan yg kupilih ini sangat aku suka...aku enjoy...enjoy sangat dengan bisnes aku dan kehidupanku ini. Alhamdulillah.

Hubby pun dah percaya dengan bisnes aku ni. Dia pun nak melabur $$$ untuk ku kembangkan. Maklumlah kami kan tak amik pinjaman...Sebelum ni duk sembang-sembang dengan hubby pasal rumah kedai, aku ajaklah dia duduk di rumah kedai sebab senanglah kan boleh biz sampai malam...tak pelulah terkejar balik rumah...tengok orang cina, komitment dalam perniagaan macam mana? depa sanggup duduk dalam gudang perabot beramai-ramai demi biz depa...
Tapi hubby aku kata takde gate kang orang pecah keter plak...betui gaklah...tapi kalau tengok tokey cina memang depa berniaga kat bawah, tinggal kat atas...
Insyallah nanti cukup duit aku beli satu rumah kedai buat second home. Kat Kulim ni adalah rumah kedai konsep duduk situ...taktaulah dalam macam mana tapi ada area parking kereta gated lah for security....

Pasal Adam plak, so far dah 2 minggu kat tadika baru. Dah pesan kat cikgu, kalau dia taknak buat kerja dalam kelas, biarkan ajer, nanti kami habiskan kat rumah...Adam ni moody, kalau ok cerialah dia, kalau tak, muncung sepagi. Dalam kelas taknak buat apa-apa pun.

Taktaulah nanti masuk sekolah camner. Cikgu kat sekolah mesti lagi teruk dari ustazah haritu...okeylah tak semua teruk but i alaways prepare for the worst... tak perlu tengok tempat lain, member fb berlambak jadi cikgu sekolah...perangai asyik komplen pasal job ajer...macam tak care ajer....macam meluat ajer....asyik nak cuti pastu lepas cuti semua sedih nak balik ngajar...
Setakat tadika bolehlah nak tukar2 tapi kalau dah sekolah larat nak layan? Semoga dapat cikgu caring...
da...

Friday, March 1, 2013

Jahit sendiri baju anak

Mukadimah
Teringin tak nak jahit baju anak sendiri?
i teringin sangat. tapi tak reti dan takde masa nak jahit...
actually senang aja. cuma kena korek masa itu.
i selalunya dah siapkan potong pola baju. then lepas beli kain, carilah masa, selalu jumaat petang free sebab malam akan keluar makan so bolehlah potong kain...tak rush nak ke dapur.
tapi lama juga peram kain tue sementara nak boleh potong.
i tak pi jahit tepi, sebab kalau nak tunggu jahit tepi, lagi sekali akan simpan buat pekasan 2-3 bulan. so...i jahit macam orang dulu-dulu. jahit kat bahagian depan dulu, then jahit semula di bahagian dalam so takdelah bulus. Atau, i guna kun/lace...untuk tutup bulu itu.

i juga tak buat lapik dada. personally, i tak suka sebab panas dan lapik dada suka buat i tak selesa, inikan pula budak-budak...so memang guna kun saja untuk leher.

kena potong ikut ira pada kain dan i dah tanda anak panah pada pola. macam mana nak tengok ira kain. u tebarkan kain tu. ada bahagian bulu-bulu kat tepi kan? ha, sepanjang bulu-bulu itulah arah ira kain...potong ikut ira kain ok.

dan camner nak senang potong kain bagi straight? u gunting sikit kain itu, pastu tarik satu/dua benang sampai kain berkedut ala-ala renda, then potong ajelah ikut kedutan tadi....jamin tak herot/senget.

pola i ialah pola untuk girl saiz 2-3 years. Yang asasnya ukuran dada 54cm, pinggang 54cm, tinggi 91cm, bahu belakang 21.6cm & tengkung ke pinggang 23cm. Kalau anak u lebih kurang ukuran ni bolehlah cilok pola i. print out dan letak atas kain (bahagian belakang kain)...lukis dulu dengan pensel kain, potong basi(lebihan) 1.5cm kalau rajin nak jahit tepi, kalau nak jahit macam cara orang dulu-dulu, buatlah basi 2 cm. Hokay? set...

Ini Pola Asas untuk budak perempuan 2-3 years. Bahagian atas sahaja. Daripada pola asas boleh manipulate untuk dapatkan fesyen lain. Nanti i masukkan pola lain yg dah siap kena manipulasi.
*yang tanda bulat 3 titik tu ialah tempat lipatan.

masa nak print, make sure you check bahagian print tu yang ada kotak 'print original size'. kalau tidak...kot jadi kecik kalau you terclick 'shrink to fit'. saiz A4 ok. dan...i dah test print, keluar cantek ikut pola yang betul. ini PDF doc, sepatutnya memang dah pre-set print original size.

***Ini pola i punya so jangan pepandai mengaku sendiri punya. i share untuk mak-mak yg nak jahit baju anak sendiri yg tak perlu nak kira formula. i dah kira untuk u guys mak-mak oi. kalau i jumpa ada orang mengaku ini dia punya pola siap kau!

Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2

How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...