Skip to main content

Aku tak depress...

Ye....aku tak depress.
Letih kot. Tadi tak pasal2 marah kittens sebab taknak beri kerjasama dalam sesi bergambar. LOL. Kittens yang orang baru buang, Liar sikit. Peghak orang Kedah kata. Jakun. Aku suruh duduk diam2 sibuk nak lari. Baby dah ler nangis, Aku kena cepat ....piap bagi hambek.
Apelah yang kitten 2-3 bulan yang orang takmau tu tahu kan....berdosa aku. Astagfirullahalazimmmm....

Aku dah pesan, jangan ambil kucing dah....si F ni tak faham2. Tensen aku di situ. Sini bukan tempat buang kucing. Awat hangpa tak pi K.A.S.I...owh, buang kucing tak dosa ka? Sebab taknak rasa bersalah, mai buang kat aku plak....baguslah ye ringanlan beban you all dengan MENCAMPAKKAN masalah kat orang lain....benda gini cepat jer sebar mouth to mouth...kalau aku tak mampu aku buangkan jer. Kot banyak sangat nanti tak pasal2 kena saman kowt.
...
...
Aku doakan yang baik2 untuk keluargaku.
Semoga apa yang akan terjadi adalah yang terbaik.

Staff...staf nombo berapa ek? si F. Aku pejam mata jelah. Pastu cukup bulan bagi gaji. Aku redho jelah dengan perangai staff....takde yang perfect. Anggap la duit yang aku dapat bukan untuk aku. Cuma gaji yang aku bagi agak banyak juga....sedih gaklah dengan tahap kerja. S.i.g.h....aku tak buang orang cuma doakan yang baik2 jelah untuk semua.

Sekarang ni aku susah sikitlah nak fokus bisnes...ada baby yang lebih penting dan memerlukan perhatian. Baby tak suka duduk kedai. Tak boleh buat banyak kerja kat sana, duk sat balik....pi lawat kawasan jelah.

Kerja rumah ntah kenapa rasa banyak...especially baju. Rasanya dulu tak buat hari2, sekarang bakul asyik penuhhhh ajer. Kena gagah juga....

Homework, iqra, solat, makan, minum, potong kuku, mandi ke tak, kasut sekolah, baju sekolah, pensel tajam ke tidak, pemadam ada?, semua alatulis cukup, pakai spender terbalik ke betul....haa.. semua aku yang kena jaga....selalu kuku sendiri panjang sebab takda masa nak potong.

Kadang syiok tengok hubby, balik kerja main game....kalaulah aku boleh main game macam tu. Teringin nak main '5 night at freddy's'. Bukan marah kat dia. Takpelah dia penat kerja biarlah dia rehat....janji bagi duit kat aku. Tapi aku ni la...tak rehat2...
Lepas bebudak semua tido, turun plak kemas2 sapu sampah susun beg sekolah semua ready untuk esok.

Seriously speaking/writing....rindu sangat dengan aktiviti crochet dan menjahit....
Masa sangat limited, bisnes lagi malam2 ada 2-3 jam saja free time sebelum tidur.

Apa-apapun, aku sangat bersyukur dengan nikmat masa yang Allah berikan kepada aku. Aku memang tak ada masa untuk diri sendiri tapi banyak masa dapat diluangkan dengan baby dan kiddos.

Ok gud night dearest mommies. Like you guys, I have tonnes of chores awaiting downstairs.
...
...
aku tak depress. sungguh....

Comments

Popular posts from this blog

I want IKEA kitchen...bahagian lima: Installation

Sebenarnya dah boring tulis entry nie.....pasal dapuq ni.
Semasa aku tulis entri ni, dapuq aku dah 99% siap. Tinggal nak pasang plinth kat kaki kabinet.
Sebab tu macam malas nak tulis. Excited dah kurang. Next entry will be the finale, Before & After.

So....lepas beli barang dan bayar apa yg perlu dibayar....maka baliklah kami ke Kulim....
Lepas 3 hari macam tu, depa mai....first trip, hubby check semua barang. Make sure check dengan amat teliti. Sebab barang hanya akan beza di item article number.... ada barang salah hantar ada barang takde dan kotak yg kami pack macam gila kat sana haritu depa tertinggal.....beribu gak nilai barang dalam 2 kotak tu. Barang yg tertinggal tu, ada orang mai ambil dan tukar pada hari berikutnya....customer service ikea memang tip top lah jangan risau kalau ada kes macam nie...

Hubby aku punyalah excited mula nak pasang kabinet malam tu juga....sampai tumpah kicap sebotol. Rumah tengah macam tongkang pecah. Aku dah pesan, simpan dulu botol tu nanti p…

Bagaimana hendak mendaftar & mencarum sebagai Majikan di KWSP

KWSP

Bila pekerja dah mula bekerja....maka barulah si Majikan boleh pergi mendafar. Kalau pekerja belum start kita dah terhegeh-hegeh...pegawai kwsp suruh balik dulu...hahaha. Takpe kalau pekerja dah bekerja banyak bulan so bila kita mendaftar, kwsp akan charge caruman tertunggaklah yg beberapa bulan tue.

Majikan walaupun ada satu pekerja, dan pekerja tu layak dicarum..kenalah mencarum. Kalau tidak, kut depa mai check di premis kan tak pasal2 kena denda. Macam mana nak tau pekerja tu layak mencarum ke tak? maka pi lah ke website jabatan tenaga kerja...ada maklumat.

Macam aku, aku tak de bajet. Aku upah part time jer...still kena sebab waktu bekerja lebih dari 14 jam seminggu.

So, samada korang download borang KWSP 1 di website KWSP tu atau walk in ke pejabat KWSP. Baca arahan...isi lengkap. So, siap hari itu juga akan dapat nombor pendaftaran majikan secara sms. Jangan lupa daftar i-account untuk memudahkan urusan pembayaran/semakan.

Nak mancarum pula macam mana? kalau pejabat kwsp de…

I want IKEA kitchen...bahagian enam: Siap!

Siap dah sebulan lepas....satu part tak pasang lagi. Plinth, ada masalah nak potong kayu. Biarlah nanti beli gergaji bulat tu baru boleh potong. Akhirnya siap 99%.
Kos SEMUA RM6588 (termasuk lantai kayu, electrical, piping, hood, meja, algot system dan aksesori) sahaja. Tunai. Tidak termasuk kos lori.
Yes, i love my new kitchen. I love my personal finishing touch and still touching up a lil bit here and there.
It suites us, a family of four.






Tu jelah...happy with the result.