Skip to main content

My IKEA Kitchen II - Part 2 R&D, Design

Sebelum memulakan design anda, ukurlah betul dengan tepatnya dalam mm....ukuran ruang dapur.
Ikea dah banyak update design dapuq depa, so, memang kena selak dan selak dan selak katalog tu dan fikir bebetul apa yg anda mahu.
Lagi 1, jangan sebab orang lain ada kita pun nak mesti ada...takde pun buleh masak. Contohnya oven gedabak dan hood. Tak mati kalau takde. Ada pon tak guna pon. Hiasan? No way.
Fikir luar kotak sikit...
Yang penting murah...oh haritu kata takda bajet....eh manada, bajet mesti ada, i bukan mak datin....
Kriteria dapur akak:
1. Bajet kurang dari 4K.
2. Portable/Modular kitchen - none fixed to the wall.
3. No wall cabinet.
4. Boleh cuci bawah kabinet  - mesti ada kaki takmau tudung/penutup kaki.
5. Putih putih putih.
6. Functional....bukan sekadar hiasan.

cukuplah tuh.

Then download the programme from their web. Senang....

Then pilih jenis ruang, masukkan di mana paip, plak ...(susah sikit nak masukkan plak/suis). Tandakan di mana soket, senang nak rancang di mana nak letak cabinet.

Then, pilih cabinet mana yang sesuai untuk ruang anda. Ada banyak pilihan....kena bersabar dengan karenah diri. Hihihi.

Ada banyak pilihan untuk jenis aksesori....bajet tinggi lagi best. Bajet rendah pilih shelves sajalah. Nanti ada duit, upgrade letak wire basket pulak....sekarang depa ada banyak design untuk drawer.
Ade jenis nampak 4 segi jer dari luar, tapi bila tarik, wah! ada 2 lagi drawer kat dalam....tampak sangat kemas. Harga....up sikit dapatlah. Heheh.

Apapun berbalik kepada bajetlah...jangan risau Ikea kan buleh upgrade2...iklan sungguh. Harap Ikea hire akak jadi designer....heheh. So, print semua, ingat password home planner tu, pergilah kami ke gedung Ikea...pergi jer ke zon dapur tu....cari rep sales/designer. Bagitau dia, i nak beli dapur...dan dia akan tolong check design anda, suggest tukar produk ke...buleh la tanya macam2 kat situ.

Dapur i, Sangat simple dan yang paling murah untuk ruang ni yang bersesuain dengan kehendak i dari segi aksesorinya...material dan counter top paling murah. Yg penting kaler PUTIH. Campur aksesori semua RM3208.50.
Mahal gak la....ingat boleh dapat RM1500....sebab takde pun wall kabinet. Dulu bolehlah...







Akak malas nak tulis apa jenis aksesori yang akak beli...kalau nak tau silalah komen. Nanti kak ada mood kak salin...
TBC.






Comments

Popular posts from this blog

I want IKEA kitchen...bahagian lima: Installation

Sebenarnya dah boring tulis entry nie.....pasal dapuq ni.
Semasa aku tulis entri ni, dapuq aku dah 99% siap. Tinggal nak pasang plinth kat kaki kabinet.
Sebab tu macam malas nak tulis. Excited dah kurang. Next entry will be the finale, Before & After.

So....lepas beli barang dan bayar apa yg perlu dibayar....maka baliklah kami ke Kulim....
Lepas 3 hari macam tu, depa mai....first trip, hubby check semua barang. Make sure check dengan amat teliti. Sebab barang hanya akan beza di item article number.... ada barang salah hantar ada barang takde dan kotak yg kami pack macam gila kat sana haritu depa tertinggal.....beribu gak nilai barang dalam 2 kotak tu. Barang yg tertinggal tu, ada orang mai ambil dan tukar pada hari berikutnya....customer service ikea memang tip top lah jangan risau kalau ada kes macam nie...

Hubby aku punyalah excited mula nak pasang kabinet malam tu juga....sampai tumpah kicap sebotol. Rumah tengah macam tongkang pecah. Aku dah pesan, simpan dulu botol tu nanti p…

Bagaimana hendak mendaftar & mencarum sebagai Majikan di KWSP

KWSP

Bila pekerja dah mula bekerja....maka barulah si Majikan boleh pergi mendafar. Kalau pekerja belum start kita dah terhegeh-hegeh...pegawai kwsp suruh balik dulu...hahaha. Takpe kalau pekerja dah bekerja banyak bulan so bila kita mendaftar, kwsp akan charge caruman tertunggaklah yg beberapa bulan tue.

Majikan walaupun ada satu pekerja, dan pekerja tu layak dicarum..kenalah mencarum. Kalau tidak, kut depa mai check di premis kan tak pasal2 kena denda. Macam mana nak tau pekerja tu layak mencarum ke tak? maka pi lah ke website jabatan tenaga kerja...ada maklumat.

Macam aku, aku tak de bajet. Aku upah part time jer...still kena sebab waktu bekerja lebih dari 14 jam seminggu.

So, samada korang download borang KWSP 1 di website KWSP tu atau walk in ke pejabat KWSP. Baca arahan...isi lengkap. So, siap hari itu juga akan dapat nombor pendaftaran majikan secara sms. Jangan lupa daftar i-account untuk memudahkan urusan pembayaran/semakan.

Nak mancarum pula macam mana? kalau pejabat kwsp de…

I want IKEA kitchen...bahagian enam: Siap!

Siap dah sebulan lepas....satu part tak pasang lagi. Plinth, ada masalah nak potong kayu. Biarlah nanti beli gergaji bulat tu baru boleh potong. Akhirnya siap 99%.
Kos SEMUA RM6588 (termasuk lantai kayu, electrical, piping, hood, meja, algot system dan aksesori) sahaja. Tunai. Tidak termasuk kos lori.
Yes, i love my new kitchen. I love my personal finishing touch and still touching up a lil bit here and there.
It suites us, a family of four.






Tu jelah...happy with the result.