Tuesday, October 8, 2013

I want IKEA kitchen...bahagian lima: Installation

Sebenarnya dah boring tulis entry nie.....pasal dapuq ni.
Semasa aku tulis entri ni, dapuq aku dah 99% siap. Tinggal nak pasang plinth kat kaki kabinet.
Sebab tu macam malas nak tulis. Excited dah kurang. Next entry will be the finale, Before & After.

So....lepas beli barang dan bayar apa yg perlu dibayar....maka baliklah kami ke Kulim....
Lepas 3 hari macam tu, depa mai....first trip, hubby check semua barang. Make sure check dengan amat teliti. Sebab barang hanya akan beza di item article number.... ada barang salah hantar ada barang takde dan kotak yg kami pack macam gila kat sana haritu depa tertinggal.....beribu gak nilai barang dalam 2 kotak tu. Barang yg tertinggal tu, ada orang mai ambil dan tukar pada hari berikutnya....customer service ikea memang tip top lah jangan risau kalau ada kes macam nie...

Hubby aku punyalah excited mula nak pasang kabinet malam tu juga....sampai tumpah kicap sebotol. Rumah tengah macam tongkang pecah. Aku dah pesan, simpan dulu botol tu nanti pecah....masin mulut, terkedek-kedek akulah yg cuci kicap....bukan senang oi cuci botol kicap pecah....kaca lagi kan.

Bacalah instuction elok-elok...semua berbentuk gambar jer pun. Seronok juga bekerjasama dengan hubby buat projek dapur nie...

Kalau you malas nak pasang sendiri, upah jer staff depa. Charge ikut meter dapur. Tak salah RM80/meter. Sinki RM160. Lain2 tak tahulah. Wall cabinet tak tahulah berapa charge. Kami DIY jer hubby org kampung dia kata dia boleh buat sendiri. Aku tolonglah pegang/angkat/tengok/komen macam tu jelah. Aku tolong drill tiles sebab hubby aku tak tau drill tiles...hehehe. Yg lain, dia drill, penatlah drill2 nie.

Tengok gambar plak.

Kami decide pasang sinki di tepi sekali....sebab senang sambung inlet/outlet piping. Kalau ikut plan, kena tebuk kabinet, sayang pula nak tebuk-tebuk benda baru beli...

Suamiku, sibuk memasang wall cabinet. Lepas ni kena angkat dan gantung pada dinding. Berat gak. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. 

Dalam progress....

Dalam progress

Kami tak letak tiles baru pun. Cuma panggil electrician untuk tambah soket dinding. Untuk oven Zanussi tu, kami pasang soket yg hi capacity. Sebelum ni, tak pernah guna oven sebab bila ON, soket cair dan rosak. Jadi fobia. Developer rumah kami ni memang....semua kasi habis murah. Lepas ni, selepas 6 tahun, barulah start memasak guna oven zanussi....still macam baru la. :)

Untuk bahagian dinding yg tak ada cabinet, kami pasang drop leaf table dan algot system. Sesuai la sangat untuk dapuq sekangkang monyet nie. :)
Bersambung ke bahagian akhir.

2 comments:

  1. waaah..tabik spring kat udin!! Memang berbakat tukang. kalo laki t..nak tebuk satu lubang pun dia tak mau. t akan belajar dari was utk drill lubang sbb nak pelekat Trones kat tepi pintu. dan buat Kvartal (mcm kat umah mak) sbb rel yg duk ada la ni asik runtuh dah 44 kali dah..so t dah fedup..duk betulkan berkali-kali tapi tetap runtuh.

    ReplyDelete