Saturday, September 29, 2012

Semak perut...

Bahasa omputehnya butterflies in stomach. Begitulah perasaan ku kini...
Ntah kenapa rasa tak seronok.
Semua orang tengah seronok dengan bajet baru 2013 maklumlah semua dapat durian runtuh. Peneroka, anak peneroka, gomen serbis...budak sekolah...
aku? habuk jelah.
Duit dalam bank makin kurang sebab banyak beli stok, masuk kurang.
Cari kedai lain tak jumpa...kat situ harini tutup pulak, nak masuk bangunan pun tak leh. Tensen.
Nak meniaga macam mana kalau kena ikut opis hour...alahai....
Itu pun dah buat aku stress.

Aku bagitau hubby, business slow lepas raya. Maklumlah duit semua orang dah habis masa raya kan? Really slow dan kadang-kadang takdak. Banyak buat order palsu. Fake...aku tak la marah bila orang buat fake order cuba membanyakkan kerja aku la dan membuang masa duk emel tanya nak ke taknak... penyebab stress jugak nie.

Hubby kata, bukan slow...memang tak maju pun. Kalau nak buat boleh buat betul-betul mesti ramai customer (sambil dia bagi hujjah dia yang bernas...)
Yelah, ada duit ke nak buat semua tu? aku tanya dia balik.
Dia kata sebab tu kena buat pinjaman...
Dalam hatiku berkata...pulak...haritu kata jangan buat loan nanti terbeban mau declare bengkerap nanti. Sekarang ni cakap suh buat pinjaman plak.
Aku boleh buat pinjaman esok pun boleh isi borang... ntah.----> ini pun penyebab stress.

Tak tahulah aku! Next week tutup kedai pi bercuti...legakan fikiran yang kusut masai. Malam ni nak buat projek crochet kasut. Chow-

Friday, September 28, 2012

How3x?

Macam mana nak buat nie?
Lagi 2 minggu kami semua nak ke KL...

Tadak mood memikirkan. Bukan pikiaq apa, pasal anak kucing kat kedai tu.
Last weekend adalah sorang mamat nak ambil tapi dia senyap plak...tak kan kita nak paksa plak kan.
So, dah buat iklan baru, letakkan gambar baru bagi nampak comel sket kucing tu.
Hopefully ada la orang nak. Jenuh nanti nak pi KL sapa nak jaga?
Tak kan nak menyusahkan kak nori plak...dia tu dah la kerja sampai pukul 8 malam...al maklumlah orang singgle. Balik awal pun nak wat hapa. Hmmm camner? Hari Jumaat yang mulia ni memang doa jelah kat Allah.
Tulah, aku ingat kucing tu tak tahan lama dek keciritan-kebiritan. Ini dah 3 minggu la kot.
Still, cirit juga...perut kembung. Badan kurus...cacing ni. Insyallah kejap lagi tunggu klinik haiwan kulim ni bukak, jenguk kejap ambil ubat. Tak kuasa nak bawak kucing tu pegi, berak tak berhenti mati tak juga...panjang umur betul. Dah kol klinik semalam tanya nak bawak kucing ke tak, depa kata kalau cirit macam tu tak yah lah bawak...

Pastu semalam, sembang dengan kak cleaner bangunan mara nie...alamak dia cerita benda tak best. Buat aku ketakutan...bukan cerita hantu. Hantu-hantu ni aku tak percaya. Ni ada mamat bangla mabuk plak lepak kat surau lelaki...ish. Takut plak. Hari jumaat, situ agak sunyi...mau bawak pisau plak aku pi toilet nanti...pak gad (guard) sini memang pemalas...tak buat kerja. Nanti meeting mara akan ku ajukan masalah nie.

hapdet:
Dah pegi la klinik haiwan tue...jumpa doc. Dia kata, kucing ni usus dia dah loose tu sebab tu cirit sampai berdarah. Dia kata, jangan bagi makan apa-apa 24 jam ni untuk relaxkan usus dia yang lemah tu. Bagi minum ORS jer untuk stabilkan electrolyte dalam badan (sama jer macam budak-budak).  Dapatla ubat antibiotic, ubat cirit dan ubat cacing untuk bunuh cacing dalam perut tu. Ada bagitau doc dulu dia ni berakkan cacing jer....badan kurus perut kembung dek cacing yang banyak dalam perut tue...oklah. Kena bayar dalam RM20.00.
Semoga hang sihat si kucing. Tak buh nama pun sebab ingat nak foster jer not bela pun. Tapi kalau takde orang nak ambil, terpaksalah bela. Letak kat kedai jelah buat 'pelaris' hah!




Wednesday, September 26, 2012

Crochet Beg Comel



Tahap: Senang/Easy
Nota ringkas:
sc: single chain
hdc: half double crochet
round: tak perlu pull up, terus buat chain di atas chain sebelumnya.
Ditulis oleh: proud2bSAHM

Semoga boleh faham...
1. Mula-mula chain 33
2. Setelah siap, buat sc pada chain kedua dari hujung tadi. Buat 32 sc semuanya sampai habis.
3. Tak perlu pull up, terus mulakan round. Kalau boleh tandakan dengan pin pada sc ke 32 tadi. Teruskan hdc pada chain pertama (sebab dah pusing balik dah...sebab tu dah sampai chain pertama). Terus hdc sebanyak 56 hdc semuanya (sampai patah balik ke pin yang ditanda).
4. Ulang buat round sebanyak 20 round semuanya.
5. Pada round ke-21 dan 22, buat sc pada setiap hdc sebelumnya.

Untuk buat handle.
6. Dari tepi, chain 8 sc, chain 12 dan skip 12 sc...(faham tak? sila rujuk gambar, kalau nak senang sila kira siap-siap pastu tandakan dengan benang), sc balik pada chain ke-20 dan buat 8 sc sehingga habis sebelah beg. Ulang langkah sama untuk sebelah lagi...dah dapat handle bag.
7. Round seterusnya, buat sc untuk setiap chain. Pada rantai 12 tadi. buat 12 sc pada keseluruhan rantai...(around the chain) bukan pada chain...paham ke tak bahagian nie...lepas tu sc macam biasa pada setiap chain sampai habis round.
8. Buat sc untuk setiap chain sebanyak 3 round. Potong benang dan matikan. Dah siap!

Di sini, i hiaskan dengan riben dan buat sedikit sulaman riben bunga ros...nak buat camner? sila google :))
Kalau rajin, boleh buat lining kat dalam...agar lebih kemas.
Saya tak jahit butang, saya guna magnet button, lebih praktikal.

Selamat mencuba!



Monday, September 24, 2012

Been there done that

I know this situation would happen to me sometimes...it did & happened today.
Ruined my mood all day.
Today i feel a bit down, thinking lots of things. After dropped Adam at kindy, i decided to fill up gas at nearby Petronas. As always, Adel is with me.
At Petronas, i just took my card out and jumped out quickly to fill gasoline into that big tank. My hubby should do this. He's the one with the full time job. I'm just the working housewife...(tapi nampak macam taknak isi minyak jer sebab keter ni i yang guna). Takpelah, i isi. Just rm70. When I wanted to open the door, guess what...guess lah....the door was locked! Adel locked it from inside...I asked her to unlock...she just giggled. She thought I was playing with her!..really stressed me out! Thanks Allah, I switched on aircond and it was raining...and we were at shaded area. What should i  do? Quickly, i ran inside Petronas and dialed my hubby.
Actually i do have spare key but it was inside my wallet and it was inside the car. I just took my credit card outside.

It happened before, but i had my spare key back then because i brought my wallet.
Normally Adam was together with adik, he knows how to unlock the car.
I always remind myself to always bring the fat wallet with me but today...i forgot.

I did not wear my wrist watch today so i didn't realized how long did i wait for my hubby to arrive.
He was at work some 15km away and he had to take the other spare key at home first...
I felt like waiting for so long...like an hour. Passers by started to ask and peek inside and make my todd panic and started to cry...luckily this pakcik who worked at petronas said to passers by that this child could panic so please back off.

Depend on the situation, i won't break the car's window. Since there's aircond inside so i'm not worry of her suffocating of heat. If no aircond i won't hesitate-lah! Well it's not easy to break my car glass window. This is not viva or myvi, the glass is thief proof-hardened...it would hurt my child inside and traumatized her instead.

At last my hubby arrived with the spare key and off we go. At home, i checked the clock and it was just 9.05 am. So, I just waited there for about 15-20 minutes. She was ok and didn't realized what had just happened...
After this, whenever i'm filling up the tank, i will wind down the window ok. If Adam is around, it's ok to leave the window up.
I don't know whether it is wise to show her how to unlock the car... 

What would you do?
Would you bring your child or baby out when filling up the tank? or while walking your other child to school? or while buying cucur beside the road?

For me, as along as i can see them, i feel ok and safe to leave them for a while. I will lock the car from outside ( i use my spare key to lock it while the engine still running and aircond is on).
I will never leave them in a car when i have to do courier stuff at posLaju office or pos mini, or kedai runcit or at 7-eleven. I will bring them together with me. Let them run in the post office like crazy. Let the others make 'face' with their mischievous behavior...
Whenever i have to go out buying cucur, i always lock the car with them inside watching video...(less than 5 mins and i can see them)...it's not possible to bring the running toddlers beside a busy road or deep 'longkang'/drain. I would never asked my child to do errand for me. Be extra cautious when dropping your child at school...a lot of very bad people there waiting for you to leave the car unlock (with baby inside).
Still this thing happened to me because i am just human. So, moms with no help, please be careful. For us, it is normal to leave our child inside the car. For others...this is a bad thing. We have a lot of things in our mind. We have to do a lot of errands...Ustaz Azhar Idrus said 'perempuan ni pendek akal'. So hubbies, please help your wives because we are 'pendek akal' and still, we have to do everything in marriage.
This year we heard news about mom forgot their child in the car and left them in a scorching heat and sadly the child died of heat stroke. It could happen to anyone and just pray that it won't happen to me and my family members. Can you imagine how to move on after such tragedy..the guilt?

Remember, things happen for a reason. Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

It's easy to blame the moms...those with the same situation will understand.



Thursday, September 20, 2012

Tarik balik privilage...

Privilage apa?
Last weekend, i menebalkan diri minta maaf dengan jiran...sebab si Oren ni lah. Still berak dalam pasu depa tu. Habis busuk terabur tanah atas lantai...
Sebabkan dia still berak situ (lepas sesi minta maaf), so i decided untuk menarik balik keistimewaan roaming dia. Lepas ni dia kena duduk dalam rumah. Boleh keluar kat backyard saja.
Dia ni...nasib baik tak arwah haritu, sebab nak tergilis kereta...dia ni tak reti lari. Nasib baik aku sempat melatah terus hubby brake kereta...kalau jadi apa-apa naik gila meroyan aku ni ha...
Tu satu sebab lagi penarikan roaming privilage.

Esok, akan ku pasang kembali 'sangkar ayam' pada grill pintu.
Nanti akan ku beli barb wire untuk pasang kat pembahagi jiran dan aku kot-kot terlepas dia tak ke rumah sebelah buat hal.

Lepas ni kalau ada lagi taik memang sah bukan dia punya.

Maaflah Oren (bukan nama sebenar)...i terpaksa demi kebaikan you.

Wednesday, September 19, 2012

Feeling like corporate woman

Hari ini menghadiri seminar anjuran Mara. Sejak occupy premis Mara ini kali pertama join.
Sebab, bukan semua topik berkenaan dengan bisnes i. So, bila depa dah buat seminar free lagi nie, dekat dengan rumah plak, pastu dapat sijil lagi, terus daftar nama. Nanti senang nak apply loan bila ada sijil berkenaan keusahawanan ni.
Next week ada lagi tapi tak pegilah. Fikirkan anak-anak...bulan depan ada lagi bengkel, tapi kena bermalam. Teringin sangat nak pegi...fikir dulu jalan camner nak buat dengan anak-anak nie.
Harini, banyak pengetahuan baru disamping menambah ilmu dalam bidang perniagaan. Rupanya kita tak boleh buat drop shipping yer...grey area dalam Islam. Kena beli dulu guna modal, baru jual. Jangan jual barang yang tak tentu adanya. Nasib baik tak pernah terlibat dalam kes drop shipping walaupun banyak kali terfikir. Mungkin dapat lindungan Allah S.A.W. Alhamdulillah...

Saja nak jumpa para usahawan lain...apa bisnes depa...selain MLM la. Bab MLM pun disentuh dalam seminar tadi. Benda yang tak nampak memang haram dijual beli sebab akan ada orang teraniaya. Tak perlulah terlibat dengan MLM. Kalau depa nak jual produk, jual jelah kenapa kena bayar yuran ahli plak? MLM la tue yang berselindung di sebalik produk ntah hapa-hapa.
Menarik bila disentuh usahawan Melayu suka tayang kereta baru walaupun bisnes baru mula...dengan duit pinjaman la...pastu terlungkup la sebab tak dapat bayar hutang keter mahal...
Penting sekali para usahawan ni kenalah arif dan minat dalam bidang masing-masing...kalau buka kedai tomyam, make sure hang tau masak segala nasi pataya, padprik...tomyam, sup ekor segala benda menu jangan berharap tukang masak. Sebab tu biz makan Melayu tahan takat 4-5 tahun saja. Yang bertahan ialah kedai makan yang ownernya chef sendiri. Sebab kalau tukang masak berhenti, you boleh ajar tukang masak baru....jangan dengki-mendengki, jalinkan kerjasama dengan kompeni lain yang sama bidang dengan kita, jangan lupa solat, banyakkan Dhuha, jujur...basicla yang lain-lain tu semua orang tahu kot.

Selalulah derma...bila dah mampu, pi bayar zakat.

Dunia ini bukan tempat berseronok...tetapi merupakan satu ujian untuk kehidupan seterusnya.


Saturday, September 15, 2012

Visiting Miss K

Today we went to the therapy center to gift a token of appreciation to Miss K.
Adam was so exited...it has been a long time after the last session.
He couldn't wait and keep asking are we going to see Miss K?...(we went to kenduri earlier).

Miss K is a very busy lady. She's a young woman with a very big heart.
She does a lot of charity and non-profitable works related to speech therapy. She goes to rural areas to educate parents that are still clueless about celebral palsy, autism, dyslexia...or speech delay. She also helps adults that need therapy after accident or stroke. She doesn't care what color you are, she just wants to help you. She is very kind and loving person too. She is happy with what she is doing. She works at government hospital and several private therapy centers. She is very hardworking and works everyday...really an iron lady. We are lucky to be assigned to her and hope the best for her in her career.

So, Adam was so happy seeing her and thought that we would go into the therapy room like usual. He was so sad and cried when we started saying good bye for after such a short visit...Miss K said she would courier a give a gift for Adam (for his belated B'day). She asked him what do you want? He said I want an aeroplane. She said Ok, I will courier an aeroplane for you.
The we coaxed him that we would go to Tesco and shop. Ok-lah he loves going to Tesco and then we said good bye. Yeah, feel sad too.
This is not good bye though...
We will meet again. Thanks Miss K.

Thursday, September 13, 2012

Memerut...

Ntah kenapa harini sakit perut. Start lepas makan lunch...mungkin takde kena mengena dengan nasi ayam tu. Sebab anak-anak ok jer.
Dah ler jarak toilet dari kedaiku yang hujung sekali jauh.. aduh jenuhlah berulang banyak kali...maraton ke jamban...
Adam plak buat hal, mengada apa ntah bila aku keluar jer mula keriau (nangis)...ish aku dah lah sakit perut ni, boleh hangin tak tentu arah nih...si adik pun tak pasal kena marah sebab nak susu dan mengantuk. Alahai...
Sekarang dah malam still berkeroncong...
Perut aku memang, mesti purge habis once a week. Semulajadi macam tu. Jangan jales.

One more thing is...Opps I did i again...
Yes I rescued a kitten, which I think would not last long.
I did not let the children touch it because it is so dirty and 'cirit'...
Just placed it in a big box at my shop. I didn't bath it coz...I am afraid that it is weak and cold. If it is still alive next week then I will do something...(bring to vet, bath...)
Wouldn't dare to bring home coz my hubby will be furious about this.
Takpelah, I pergi tengok hari-hari sampai dia mati.
I just put ORS inside it's drinking water. If it drink the H2O, it will be fine. I also left some cat food and nasi.
The kitten is smart, i trained it to use the litter once, the the next day i came i saw all the dumping are inside litter box already.
Well, it is worm infested...the worms were in the stool(najis)...'GELI!'
Not one but many! That's why I won't let the children touch it.
Kitty, you are lucky I found you, if not, the guys downstairs will just stomp you to death. Especially hat Tomyam girl.
Be strong kitty.
kasihan...siapalah yang buang kau?



Tuesday, September 11, 2012

Cheese Cake Heaven

This is my specialty...always make this cake during special event like Hari Raya only.
Since my boy's Bday this year was on 4th Raya, so I just make extra icing on top and put the Birds for fun. Normally, no icing. Just cheese....

Ingredients:
  • 250g Butter, chopped
  • 200g block dark chocolate, chopped
  • 2 cups caster sugar
  • 1 cup hot water
  • 1 1/2 cups plain flour
  • 1/4 cup self-raising flour
  • 1/4 cup cocoa powder
  • 2 eggs, beaten lightly
  • 1 cup coarsely chopped roasted hazelnuts (this is optional) no nuts also fine.
 Cheese topping
  • 250g cream cheese
  • 50g butter, softened
  • 1/3 cup castor sugar
  • 2 egg whites
  • 100 g white chocolate, melted
  • 2 table spoon plain flour (if you forget to add later on also OK)
  • blueberries/raspberries/chopped strawberries
  1. Line the base and sides of your 20 - 23cm square slab cake pan with greasing paper.
  2. Pre-heat Oven 180 C
  3. Combine butter, chocolate, sugar and water in a pan, Stir over low fire or double boil until chocolate melts. Remove; cool down.
  4. Whisk in sifted flours and cocoa, then eggs, then hazelnuts (i prefer mixing the ingredients using hand mixer)
  5. Pour in prepared pan. Bake for 1/2 hour (test with your toothpick ok)
  6. To prepare cheese topping, beat cream cheese, butter, castor sugar, egg whites, cooled white chocolates and flour using mixer until smooth.
  7. Stir in the berries. Just stir using spoon.
  8. After your chocolate base baked, spread the cheese topping on top and back into the oven. Set the oven to heat  'Top' only.
  9. Baked the top for 15-20 minutes and test with toothpick to confirm. 
  10. DONE! Cooled cake is more heavenly indulged.
anxiously waiting

indulged!

Saturday, September 8, 2012

it's my turn to say sorry

Say sorry to my neighbor...
The culprit is Oren..
He pooped at my neighbor flower pot...

My neighbor is not at home you know. As always, they will only be back once a week or a fortnight.
I'm thinking to sneak into theirs and clean the pot...but I don't want to 'kantoi' what if they are back when I am there...he he he. No...No
My hubby doesn't want to involve in my cat's business.
Hrmmmm....seriously have to meet them when the are home and say "SORRY. It won't happen again. Here some spray to repel cats from coming..." erk...awkward.
I pray to Allah that the poop will magically GONE!

Update: They didn't come home, the smell of poo is gone now. Allah grant my wish. Thank you Allah. I love you Allah.


Wednesday, September 5, 2012

Kedai OH Kedai...

I am surfing for kedai sewa in Kulim...for a hundred times already. NO LUCK...so far NO LUCK
My mara shop now is at first floor, doing biz like mine, first floor really troublesome lor.
Whenever i ordered stock, those guys doesn't want to go upstairs so me myself my skinny skinny me have to lift the bulky bulky boxes to my shop. As I am getting older this activity really take a toll on me!
One more thing is me myself my skinny skinny me have to bring all those bulky bulky packages down (pulak!) to ship out....AIYOH!!!!!

Shop lot rental is really expensive...
Fist floor =  RM700 pm - RM1500 !!!
Ground Floor? RM 2000 pm - RM3500. Some RM4000 per MONTH.
Can you imagine how high the rental fees here in Kulim? This is Kulim only, not Lembah Klang taw.
Biz bagus sangat ke? Mampu ke nak bayaq tu?
Me? sorry i cannot afford it. No wonder shoplots here open then closed only after a few months. If no customer coming. Gulung tikar lah. If we seen a shop open with no customers for quite some time, we suspect that the owner might involve in money laundering...ha ha ha (just kidding).
Honestly, biz is hard.

Kedai Majlis perbandaran? Dah beribu kali tepon, ada sekali pi jumpak officer. Tak pernah kosong. Ada la tapi duk tingkat satu ke dua ke jugak. Baik tak yah buka kedai kalau duk tingkat satu. Dah tu, kat bahagian belakang pulak...(jenuh). Tapi kalau round Kulim, berlambak rumah kedai jadi sarang burung layang-layang. What a waste of space...

As for now, I just have to be patient. Pray, eat...LOVE. PEACE!

Sunday, September 2, 2012

Apa ada dengan beg COACH bahagian 2

Akhirnya...dapat jugak sebiji beg Coach.
Sempena hubbyku pergi ke usa baru-baru ni, kami pun telah mengonline shopping kat Amazon.com.
Hasilnya:
Lambakkan beg-beg telah dibeli.
Pada mulanya memang rasa takmaulah beli beg coach...sebab rasa macam mahal walaupun lepas diskaun. Pastu teriba, masa sambutan Birthday Adam, my BFF telah berkunjung ke rumah dengan membawa beg COACH! Dia pakai apa tue....Coach Signature Stripe Tote tote kecik jer tapi harga kalau kat Malaysia ni mau tau la...680++ gak. Dia suh hubby dia beli masa kerja kat US jugak la. Dalam USD150 jer. Dalam hati, ni tak boleh jadi ni. Pastu terus pergi Amazon dan beli. Pada waktu tu, hubby dah belikan beg lain untukku. Sebab dah bagitau tak nak beg Coach. Mahal sangat. Jadi tak sampai hati suruh dia bayar lagi dek mengikut nafsu aku ni...
Beg Coach ni takde jual kat Malaysia...sebab dulu dah cuba search cari nak tahu berapa harga dalam RM kat dalam Malaysia. Tajuk beg tu: Coach SOHO Optic Linen Flap Shoulder Bag Handbag. Haa, kalau retail kat sana dia tulis harganya: USD348.00 mau pengsan tengok price tag. Tapi...beli kat Amazon depa jual USD130 saja. Shipping USD19. So, bayar RM470.00. Murah jugak la. Tapi kalau depa jual kat Malaysia ni mungkin RM348.00 x 3.1 = RM1078 ++. ERKKK!!!
Sapa-sapa nak beli beg COACH sila order kat sesapa yang nak gi USA yer. Takyah ler beli kat sini memang mahal. (Note: Beli online di Amazon dan ship to my hubby's friend di sana, FYI, Amazon tak ship ke Malaysia)

APA ADA YG BEST SANGAT TUE? SAMPAI AKU TERMASUK DALAM GOLONGAN NI?
Jahitan memang kemaslah...no bulu. jahit pemati pun taktau dimana. Kualiti memang top. Lagi...mungkin terasa riak dan takbur bila pakai. Macam pakai kereta mahal la bagi golongan perempuan ni. Hubby kata, kaler macam baru kuar mesin basuh jer. Apa yang istimewa sangat?...bagi orang yang suka beg Coach, sekilas pandang pun tau, itu COACH! Walaupun wrislet kecik aku dapat detect...Aku ni pun tak pasal-pasal termasuk dalam ' fashionable thing to do in Malaysia'.

Maaf gambaq tak jelas...pakai tablet saja.

Dalamnya ada 2 bahagian...sesuai nak letakkan lampin.

Ni kalau jual kat Malaysia laris ni.

Beg lain beli: Biasa je, Guess & satu lagi beli sebab ada chain kat tali beg...
Beg G dalam RM150 saja.

Beg ni boleh masuk tablet kat dalam...harga USD68. Maaf, si Oren menyibuk kat belakang. Hubby kata macam beli kat pasar malam...kat pasar malam takde macam ni. Especially segment kat bahagian dalam beg memang kemasan teliti. Suka sangat kat rantai kiri kanan tu. Jumpa jenis ni masa tengok desperate housewife...cari punya cari jumpa satu saja dalam Amazon...tak kira apa brand, beli jer.
Takde bulu-bulu...jahitan mati tak nampak. Itu beza utama beg murah & mahal.


Lagi beli nose pad...penat cari di Malaysia tak jumpa.
Lepas ni spek mata tak melurut especially semasa basuh anak lepas buang air di tandas...he he he


Hubby i hanya beli tupperware...

Adik aku punya beg pesanan...beg Hello Kitty...(hello kitty?) Adik i memang kebudak-budakan walaupun status makcik.

*** Penulisanku mungkin membuatkan orang terasa hati. Jika ada, maaflah. Blog ni hanya untukku meluahkan perasaan. Juga bukan untuk menunjuk ke apa ke...hanya berkongsi idea dan pendapat. Jangan ada orang nak berdakwah kat sini pula ya. Sekian terima kasih di atas budi bicara masing-masing. Yang baik dari Allah, yang buruk dari diri sendiri...

apa-ada-dengan-beg-coach

Saturday, September 1, 2012

Blocked tear ducts...

Apa pula ni?
Masuk kali ni dah 4-5 kali dah si Adam ni naik macam biji ketumbit kat mata...
kali ni besar gila. Dah sebulan lebih nak masuk dua bulan...kira sebelum raya haritu dah ada, just titiskan ubat biasa yang dr bagi. Maklumlah nak titis masuk mata budak, bukan senang. Kena tunggu tidur baru boleh curi titis...makin lama makin besar biji nya.
Benda ni bukan ketumbit...kalau ketumbit 3 minggu dah pecah, ini boleh sampai 6 bulan! mau sakit psikologi pulak si Adam...
doc bagi antibiotik...sebelum ni tak pernah dapat antibiotik untuk sakit air mata tersumbat ni, tapi kali ni dapat...dah terpaksa pujuk dia suruh makan...nasib baik dia dah faham reasoning, dia makan sebab nak bagi baik mata...
Tapi, ubat dah habis, mata makin bengkak...pergi mana-mana orang asyik tanya kenapa mata? memang sangat obvious...kesian anakku Adam...mesti dia malu.
dulu doc ada cakap, kalau naik lagi kena jumpa pakar mata buat surgery...tapi time tu, mata dia beransur pulih...so aku just ambik tak kisahlah...
cuma kali ini...biji makin besar, Adam pun asyik tengok cermin check biji kat mata....kesiannya dia.

Dah bagi tahu cikgu dia, ini bukan ketumbit, so tak berjangkit la. Memang lambat baik...
TAPI BILA?
Dah nekad, kalau Jumaat depan biji masih besar atau makin besar, aku akan suruh doc Lim tu bagi surat refer untuk jumpa pakar mata kat Hospital. Kena ada surat refer baru buleh claim insurance...

Buat masa sekarang, bersabarlah nak....mama cuma boleh urut je dari kening ke hidung...dah la nampak macam ada satu biji lagi nak naik kat sebelah lagi mata...Masyallah...kasihan anakku.

Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2

How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...