Wednesday, November 29, 2017

Terkebil Tengok Kos...

Memanglah anak2 kami ni hi maintenance.

Alhamdulillah, jumpa juga pusat terapi sensori kat kawasan rumah. Kalau tak, gugle gugle semua kat area bangi, shah alam...secara accident terjumpa di area seri kembangan nii...dekat bebeno dengan rumah. Allah susun supaya jumpa hari tu...hujan, banjir try new route = jumpa.

So tadi dah bawa Adel pegi buat screening. Memang ada sensori issue menyebabkan anxiety dan seterusnya SM. Untuk penyetahuan memang kita tak diagnose SM ni. Ini mak diagnose sendiri. Hari tu kan silap jumpa psi. Sekarang tunggu next appointment kat hosp swasta ni from doc (specialise in child development) tengok dulu. Nasib tak cancel appointment. Ni tara swasta tunggu turn sampai bulan 1 tahun 2018. Taktau la berapa kos pulak ni. Rasa RM400 ke atas jugak nii. Haritu psi pun RM300 for 90 mins...duk kira duit jelah nii. Kalau hubby tak cukup duit baru mak sponser. Jangan offer nak sponser ni tanggungjawab dia k.

Tadi free screening. Lepas ni sesi ikutlah budjet. Satu sesi 2 jam. Boleh ambil 1x, 2x, 3x atau 4x seminggu. Kira duit tebal mana jelah. Kalau nk pi yg gomen rasanya lambat kot. Nak dapatkan temujanji pun bukannya senang. Mesti ikot klinik kesihatan ye. Then dapatkan surat refer ke hospital. Semua tu makan masa ye. Adel punya appointment gigi kami pi yang government sebab kos swasta tinggi sangat tak mampu. So ikut sistem menunggu la ye.

Kalau tak mampu pi lah yang gomen ye. Tunggu la turn dari tak pegi langsung...Yang duduk kampung kesian ada yg anak autism tak boleh bercakap, parents dia tak dapatkan bantuan. So tak sekolah dan macam mana ye??? Tak tahulah kes duduk kampung tu...

Cik Adel ni pandai...cuma sensori saja. Tak perlu home school, kena pi school. Kalau tidak dia akan menjadi katak di bawah beberapa tempurung. Puan terapis pun akan tulis surat maklumkan sekolah yg dia ni kena balik awal...lepas zuhur tu mak nak pi ambik dah la. Sebab dia stress duduk sekolah lama. Akan ada sesi untuk intervensi dia di sekolah nanti....

So, mak rasa lega sikit sebab berjaya dapatkan pertolongan...kalau nak tunggu doc diagnose...lambat laaaaaa. I nak help now. I want to heal her now...

Bil-bil nanti hubby bayarkan. Terbeliak la dia tengok kos...aduih aduih. Kesian...tu tara gaji dia selambak. Ya Allah moga rezeki suami aku berganda-ganda untuk anak2 kami..Aminn

Haritu konsert tak cerita lagi...nanti rajin mak tulis.

Friday, November 17, 2017

"Stop Blaming Yourself"

Hari ini jumpa pakar psikiatri. Hari yang mama nanti-nanti.
Ingat nak solved dan dapatkan diagnosis anak tapi lain yg jadi...
Kalau jumpa psikiatri memang macam ni ka?
Masa pegi tu ingat kan child psikologist, tapi psikologist saja. Rasa cam tak sedap hati daa
Silap pakar ke tapi dia ni yang di refer from eip center.

I did my homework la kan bout my child...tapi memang tak sentuh langsung pasal masalah dia.

Asyik tanya mak ayah je. Hubungan mak ayah...bila last dating, so on so forth, cam tu.
Kenapa ya?

Dipendekkan cerita, benda lain la jadi. Macam mana ni?
Adel macam mana?
Segala persoalan mama masih tak terjawab. Bertambah buntu pula.

#mamakonfius

----

Lepas tu kan, teringat kat Adam. Allah, kesiannya Adam. Rasa terabainya dia. Selalu dimarahi....Dia bukan tak nak dapat A tapi tak boleh...kalau ada cctv boleh rewind memang tak sanggup nak tengok kot.
So dalam kereta masa ambil dia mama tanya la...

"Adam, bila mama marah Adam sedih tak?"
"Sedih..."
"Adam nagis tak?"
"Nangis. Tapi diam-diam"

---sedihnya--- bergenang air mata mama nii. mesti Adam tersiksa kan.

"Mama minta maaf tau Adam. Mama sayang Adam. Mama tak mau pun marah Adam."

Mama percaya apa yang berlaku sekarang besar hikmahnya. InsyaAllah mama kuat.
At the end of the day tadi, bagitau la Adam,

"Mama tak kisah pun Adam dapat A ke tak. Janji Adam jadi anak yg baik sudah. Suka tolong mama ayah, dan solat."

Doc tadi ada bagitau, "Stop blaming yourself. This is not your fault"





Sunday, November 12, 2017

"Saya cadangkan anak puan home school"

Ye senang lah keje awak cikgu. Saya tahu anak saya ni menyusahkan cikgu. Susah cikgu nak isi borang pencapaian murid tu kan...
Tapi kan cikgu saya nak tanyalah, camna ha nak home school tu? Sapa nak ajaq anak saya ni?
Saya ka? Serius saya tak reti. Kalau saya pandai, memang tak payah la susah payah hantaq pi sekolah cikgu oii!!!

Lagipun kat negara kita ni, apa sistem nak home school tu? Macam mana?
Saya tau ramai yang dah stat home school especially bangsa Cina, depa siap ada persatuan lagi. Macam kat obesea. Tapi semua tu underwater. Tak legal. Apa prosedur? Setau saja kalau tak hantaq anak pi sekolah kena masuk jel cikgu?

Senang cikgu suruh saya home school kan anak saya. Untuk kebaikan anak saya konon.
()&)(*)(*&^()*****

Orang kalau dia nak mengatasi fobia dia, dia kena harungi fobia dia kan? kalau dia elakkan sampai bila pun tak kan berjaya.

Hello, ni sekolah swasta tau. Saya dah bayaq yuran beribu untuk tahun 2018. Nak refund balik ka duit saya tu?

Dah cikgu macam tu saya tak akan bagi dia handle anak saya lagi. Esok saya bagitau cikgu besaq suruh bagi cikgu lain ajarkan. Nasib baik dah hujung tahun. Next Year memang cikgu lain yg jadi cikgu kelas.

Yang penting saya akan ajukan soalan ini kat pakar. Sahih dia kata jangan home school. Sekarang play therapyst pun kata jangan berenti sekolah.

#mamastress


Tuesday, November 7, 2017

Just Another Day With My SM Child

Harini bangun2 mood tak baik. Walau dah pesan esok sekolah esok sekolah.
Cabaran hebat betul.
Harini alasannya, tandas kotor. Share tandas.

Ye, sekolah depa ni tengah renovate so tandas perempuan tak boleh guna. Kena guna tandas lelaki...
Kata tak larat, sakit lutut tak boleh berdiri...
Saya tak marah tapi rasa gagal.
Setiap kali dia tak pergi sekolah saya rasa gagal.
Dia ni pandai guna apa saja alasan kecil untuk dijadikan sebab tidak ke sekolah.
So tadi saya takut dia tahan kencing ke hapa kot terkencing dalam seluar ke hapa, so biarlah.

Lepas saya pasrah terus dia seronok. Boleh jalan dah tak sakit lutut dah.

Jadi dia ikutlah saya pi pos barang harini di AEON. Suka sangatlah pergi mall. Saja test dia suruh cashier tanya nama dia, dia tak jawab.

Saya kena lebih prihatin lepas ni. Kalau kat restoran, bila waiter tanya order saya nak tengok dia boleh jawab tak. Baru saya perasan dia tak pernah respon sendiri, kami yg jawabkan. Dia diam jee. WRONG step there. Bila fikir balik kejadian lepas2 semua dah masuk akal kenapanya jadi gitu.

---

Esok bila fikir dia akan guna alasan kejadian yg terjadi malam ni dah buat saya mengah. Saya penat.
Bapak dia, kalau ikut bapak dia, hari2 duduk rumah je. Malas nak layan perangai dia ni. Seronok kan? Senang hidup.

Harini saya dah info dengan cikgu besar sekolah pasal masalah fobia dia ni. Cikgu besar bersedia nak bantu dan bekerjasama.

Saya pun dah beli trampolin untuk Adelina lompat. Lompatlah anakku lompat. Rupanya aktiviti lompat amat baiklah untuk ransang budak yg ada masalah sensori. Kita duk marah depa lompat atas katil. Kita duk marah depa main pusing2 takut pening...Kita tak bagi main pasir takut kotor rumah....kita tak bagi main plastesin kotor lantai/karpet. Walhal aktiviti itulah yang terbaik.

Tadi pi makan kat luar, adalah group meja sebelah ni sambut besday kott...so bisinglah  sikit. Kita yg lain ok je tapi bagi SM ni, bising terlampau kot sampai dia tak selesa...budak SM ni, tahap sensitiviti dia sangat tinggi so dia tak boleh atasi bising ni. Dia ajak pindah meja...kalau dulu kami mesti ingat dia mengada-ngada tapi sekarang lepas faham masalah dia, kita pindah meja, takda masalah dan boleh teruskan makan malam...

Jangan memandai nak copy!

---
#dailylifewithSMchild
#kehidupanhariandengananakSM
#sheisgifted
#mamakenakerjakeras
#ujianAllah
#journalina


Monday, November 6, 2017

Misi Mencari Baju Konsert Tercapai

Hari ini saya spent 1 hari tonton video tentang Selective Mutism di utube. Menangis saya...saya kesal saya gagal kesan lebih awal.

Sekarang bulan November, maksudnya bulan yang ada aktiviti penutup untuk sekolah dan kelas music. Saya ni bila ada konsert saya takut sebab saya takut Adelina tak boleh.

Anak saya ni, memang tak akan suka benda2 yang menjadikan dia sebagai tumpuan. Nanti saya syare video konsert tahun 2015. Ibu bapa lain seronok je, saya menangis kenangkan anak saya ni. Masa birthday party, semua orang seronok, anak saya sedih je muka. Kawan pun takde...saya balik menangis. Setiap kali fikirkan betapa dia tak seronok di sekolah buat saya takut dengan masa depan dia dan di tempat yang saya tak ada untuk lindungi dia...contohnya di SK. Dia jatuh, sebab ada budak tolak masa turun tangga (kelas tingkat 2). Dia masuk kereta baru menangis...orang ambil pensel warna, esok nya jadi cabaran la untuk suruh dia ke sekolah. Apa yg berlaku di sekolah dia akan bawa balik ke rumah dan lepaskan emosi dia di rumah...kalau yang gembira ok. Kalau yang tak, jenuhlah.

Untuk konsert piano, masa mula2 dapat lagu, asyik nangis. Masa ni saya tak tahu lagi pasal SM (belum dapat official diagnosis lagi). Dia ada 2 konsert. Satu ramai2 main alat music. Dia ni main triangle. Praktis setiap sabtu. Memang cabaran la nak suruh dia pergi kelas sampai saya bagitau cikgu dia ni tak payahla join. Haa...bapak dia pun bising marah saya sebab paksa dia masuk jugak. (time ni kami tak tau). Tapi minggu depannya saya nak pergi beli baju konsert la untuk abang Adam. Tetiba dia nak masuk pulak...sudah. Jadi masuklah balik, lagipun baru seminggu missed praktis. Saya pesan kat dia, jangan nangis depan ayah kalau tak dah tak boleh join....ini satu dah settle.

Untuk main piano pulak satu hal....dia ni tak boleh salah. Kalau salah terus stop tak boleh sambung. Beza dengan abang, main salah teruk boleh sambung lagu ikut musik....dahlah cikgu piano ugut pulakkk kata kalau main salah nanti orang gelak. Teruslah dia stress...tertekan. Saya pujuk dan suruh praktis, kata takpe pun salah. Tahun lepas ada budak main salah takde sapa gelak pun. Semua pun mak bapak yang datang tak akan gelak...jenuh gaklah nak pujuk. Pastu mesti suruh depa ni praktis setiap hari...setiap hari...setakat ni ok lah. Ada lagi 3 minggu nak konsert music nii.

Untuk di sekolah, since dah pindah dari SK so terpaksalah masuk konsert...(kalau kat SK budak yang top top jelah masuk konsert ni, tak pun anak cikgu sekolah tu, kita anak pun tak score, melangut jelah taktau apa)

Cikgu kata semua budak mesti terlibat. Nasiblah cikgu ni memang dia faham dan rapat dengan Adelina ni. Dia suruh masuk jugak jadi pokok (persembahan berlakon)...asalkan masuk walaupun tak dak line...jadi saya bersyukur la sangat sebab dia tak disisihkan kerana masalah dia.

---

Berbalik kepada konsert piano, masalah utama ialah baju, baju tu lengan pendek. Adelina tak akan pakai baju lengan pendek...sebab? Saya tak tahu saya tak pernah suruh dia tutup aurat pun sebab dia tak perlu lagi. Dan kena pakai skirt...Adelina tak akan pakai baju yang nampakkan kaki dia. Semua seluar panjang je...sebab? tak tahu, saya tak pernah suruh dia tutup aurat sebab tak perlu lagi. Dia start jadi macam ni (baju/seluar panjang) masa umur 4 tahun kot...Saya akan tanya doktor pasal ni.

Yang saya tahu, dia kena ambil juga bahagian dalam konsert/persembahan ni. Dia tak boleh skip. Kalau skip, masalah ni akan berada dalam gegelung (circle) dan tak akan selesai/diatasi. Jadi betullah tindakan saya paksa dia masuk juga, ambil bahagian.

Dan saya tak boleh jawab bagi pihak dia jika diajukan soalan...dia kena respon (tak respon pun takpe jangan pressure) bagi masa 5 saat lepas tu tanya soalan lain atau tukar ayat soalan....kena info cikgu sekolah pasal ni.


Wish me luck in this coming concert...thanks for reading whoever you are.


Sunday, November 5, 2017

Results Adam teruk amatt

Untuk pengetahuan pihak pembaca (jika ada), kami dah pindahkan anak2 dari sekolah kebangsaan ke sekolah swasta integrasi. Sebabnya:
1. faktor jarak
2. faktor risau dengan Adelina
3. faktor Adam di buli
4. faktor diabaikan dan ketinggalan dalam pelajaran (Adam)
5. faktor keputusan teruk (Adam)
6. faktor tak pergi kafa

Pendek cerita, Adam amat tak fokus dalam pelajaran lantas tambah pula soalan kbat yg diluar kemampuan dia...al maka nya, dia terus ketinggalan di belakang. Sayu setiap kali jumpa cikgu. Ada juga cikgu cadangkan pergi jumpa pakar untuk diagnosis...suruh masuk kelas khas kot. Sedih tau. padahal dia ni tak tau asas. Asas taktau terus naik bab dan bab sebab kejar silibus.

Time ni, kami ambil tutor personal datang rumah tau. Tapi tutor pun duk kejar kpi...nak cepat habis silibus saja tapi tak faham pun...2 sem la ambik tutor pastu tengok result duk fail jugak, kami decide nak tukar pi sek integrasi yang dekat rumah...

Lama juga fikir. Nak tukar ke tak...nak tukar ke tak...lepas husban kata tukar, so tukarlah.
Sek integrasi ni dari pagi sampai pukul 5. Solat 3 x makan minum aktiviti sukan dan kelab all in.
Mula2 tak biasa la nak sekolah sampai petang....rasa kesian kan. Lama2 oklah depa. Adam happy sangat. Kelas dia ada 12 org saja. Adelina macam biasa, takut nak pi sekolah...(masalah SM)

Depa masuk lepas periksa first sem. Tengah tahun lah. Ada 1/2 tahun saja nak belajar di sekolah baru sebelum exam....

Sebelum exam, ada tuition bagai cikgu2 buat... memang kita as parent boleh tarik nafas lega la.

Results...
Saya sebenarnya tak mengharapkan apa2 perubahan lah dalam masa terdekat...tapi bapak depa...stress pula lepas jumpa cikgu2 tadi....terus dia berasa tensen sebab Adam ni fail semua kecuali English. Ada pula cikgu yang suruh pergu tuition tambahan lagi (aduih balik pun dah pukui 5 kot). Terus si bapak pergi fofular beli buku latihan BM. Nak latih especially bahangian penulisan...cikgu pun tak kasi can langsung...tak ikot format teruih bagi markah kosong habaq hang....giloss.

Soalan math as usual susah la...kbat sikit terus kantoi. Cikgu pula kata ada masalah pembelajaran pulak...dia kata Adam tak fokus suka berkhayal dlm kelas....Ntahlah. Ish mak kalau nak ajukan cadangan jumpa pakar tuk diagnose mesti apak mengamuk pulak.

Hati mak kata Adam ni no problem. Bila buat slow2 dengan dia tadi ok je boleh buat ayat bagai. So kali ni terpaksalah mak kembali bekerja keras pastikan Adam ni menbaca buku BM. Kita duk fokus BI yg BM terabai...

Yg adiknya Adelina, walaupun tak cakap result ok. Taklah cemerlang dan tak lemah. Average saja. Cikgu kata dia ni kalau mau cakap mesti cemerlang....takpa, slow slow la anak mama sesuaikan diri ya. Untuk Adelina mama KENA buat iqra, jawi, baca hari2 sebab dia tak cakap dengan cikgu, camne nak buat iqra.... ?

Oh ya, untuk pastikan basic depa ni kukuh, kami masukkan depa ke kelas eye level. So, basic Adelina ni tambah tolak mantap la...Adam sebab start lambat, lambat la naik level. Kelas ni fokus individu ya bukan group. Sebab tu Adelina boleh join kelas ni...

kesian budak2 ni belajar terhegeh-hegeh duk kejar apa ya?...tujuan apa belajar ni. daripada nak dapat ilmu dah terpesong untuk cemerlang exam.
tapi nak buat gumana...sebagai parent terpaksa lah push. Duk tengok la friend yg hapdet status anak depa dapat seratus...takyah lah post sedih kami ni. Samalah kes org duk post pregnant walhal ada yg still berusaha tapi tak lekat2...unfriend la.


kbai...
#mamakenakerjakeras

Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2

How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...