Showing posts with label Kucingku. Show all posts
Showing posts with label Kucingku. Show all posts

Tuesday, April 22, 2014

Sad days ahead...:'(

Ingatkan nak post tentang...cara2 mendaftar sebagai Majikan di KWSP dan Perkeso....tapi....

Just a short entry for memorial.
Semalam, semualanya bermula seperti biasa, bangun...subuh...kejutkan anak...hantar anak2 sekolah....balik rumah....buat kerja....sampai pukul 10am. Semuanya berubah dalam sesaat.

Aku seorang yang amat sayang kepada makhluk Allah bernama kucing. Tapi entah kenapa aku selalu diuji dengan kematian mereka....Semalam, lepas seekor kucing kesayangan mati, aku berasa sangat pilu dan asyik bertanya kepadaNYA kenapa selalu macam ni?
Minggu lepas seekor hilang tiba2...penat cari. Rindu pun tak hilang lagi dah satu lagi mati pulak....aduh. Baru semalam....so bila terkenang dan terbayang mesti menitis air mata. Bila tengok tempat2 yang dia selalu tidur.. Setiap kucing ada personality...walau ambil kucing baru tapi tak sama dengan yang dah takde.

Aku bukan jenis mudah lupa...if time could heal....not working for me. Sometimes, i remember all my dead cats...sound freaky. Kucing dari aku budak2 sampai sekarang....banyak....sedih. Tambah lagi 2 ekor masuk dalam memori aku.
Dah takde dah kucing yang selalu sapa aku pagi2...takde dah deringan kalung bila dia berlari naik atas bila aku buka pintu...takde dah kucing yang suka gigit jari kaki kami (aku dan husband)...takde dah kucing yang suka memburu bawa balik hasil buruan,,,hanya tinggal kenangan.

Rasa macam serik nak bela kucing sebab bila dia mati, sangat sedih....kucing bukan sekadar kucing...kucing tu ada perasaan, tahu berfikir...tahu aku marah ke suka ke....binatang misteri. Memang orang yang tak faham tak akan faham....kenapa aku nak sedih2 sangat...kucing je pun, cuba tengok MH370...hilang.

Kucing tu sahabat aku....macam orang. Ntah bila pula aku akan ok dari emosi ini. Sebab aku tak nak ambil kucing baru. Selalunya aku cepat2 adopt kucing baru untuk hilangkan rasa kosong dalam hati. Biarlah kucing yang ada sekor ni sudah....akhirnya hanya tinggal Bubu as always.

Mungkin sebab aku baru pregnant, those cats knew...decided to go away.

Those friends reading, please don't mention about my pregnancy in FB. Promise.
 Have a brighter day ahead.
Mucit

Ponggo

Wednesday, December 5, 2012

how ironic...

these kittens, i hope they will die.
don't get me wrong, everyday i will give them milk, vitamins...but i really hope they will die.
but they are livin...1 is in good condition, 1 more looks fragile and may be will die soon..(please hurry up and die already!)
yes, i have no mood for cats now. but the thing is, when i hope it will die, it won't...fate. it's not my job. it's the Most Merciful job...but i hope it will die.

Sunday, November 25, 2012

In Memory


Sebenarnya i betul-betul ingat dia tak de apa-apa yang serius...
So, sangat tak jangka dia akan mati.
Masa kemas nak balik kampung semalam, rasa tak sedap hati bila i kemaskan tempat makan dia elok sangat macam dia tak akan datang dah. Well...
Tak sangka dia pulang ke kampung untuk selamanya.
Tak sangka i bawa dia pulang untuk tanam dia.
Balik rumah tengok collar dia yang i tanggalkan sebab dia asyik muntah...sayu rasanya.
Tengok sikat dia...yang i sikat bulu dia setiap malam...sayu rasanya.
Tiada lagi night buddy yang temankan i buat kerja tengah malam.
Tiada lagi hi-five dengan tangan gebu dia.
Tiap kali sampai rumah, nama dia yang akan i panggil dulu suruh balik dan dia pun akan terkejar masuk dalam rumah...
Tiap pagi, akan buka pintu dan panggil nama dia juga suruh dia masuk makan, kedengaran loceng di kolar dia dan cepat-cepat dia lari masuk rumah.
Semuanya dah tinggal kenangan lah. Tak sampai 6 bulan bersama kami.
I memang tak berhajat nak bela kucing baru dah. Biarlah tinggal sekor si bubu aje.
Tapi kerja-kerja foster kucing akan tetap diteruskan.
So, harapnya dia akan berdoa untuk i bila i mati nanti moga dipermudahkan urusan i di alam barzakh dan hopefully to see you in Jannah. I know you are there already. Bye. I really love you so much you know that right?
 :'(

Last living picture of him

... ... ...

Saturday, November 24, 2012

He Died

Today, Saturday 24th Nov 2012...he passed away.... ... ... ... ... ... ...

Friday, November 23, 2012

Anak bulu kesayangan jatuh sakit...

Harini kan...aku pun tak berapa sihat. Kena sakit perut...bangun pagi perut berangin dan sakit hulu hati...dan cirit birit...sampailah lewat malam time tulis nie. Tapi sebab kita ni jadi mak, terpaksa gagah buat kerja macam biasa. Kalau hubby pening ke sakit kepala ke, senang jer depa terus lena sampai esok. Kita ni terpaksa lupakan kesakitan kita kan?

Tetiba si oren ni masuk rumah pagi-pagi berkelakuan ganjil...dia bunyi macam pelik dan tak 'purr' bila pegang atau usap dia. Then keadaan tak terurus. Dia ni memang pembersih jarang tengok dia tak cuci bulu dia...ahh kenapa plak, aku dah sakit perut amat nie...Sebenarnya memang nak bawak dia visit vet pun harini untuk second injection imunisasi dia...Lagi satu, dia asyik muntah...sebenaqnya kucing memang biasa muntah furball tapi kali ni rasa macam aneh.
Takpelah kan bagitau hubby dia (oren) berkelakuan ganjil. Tapi hari Jumaat kan, vet kat kulim ni akan ramai orang...maklumla orang kan cuti. Aku ni dah la sakit perut satgi berterabur lah kat sitew...so ingat nak pegi sesi petang jadi first customer dan mungkin perutku dah lega sikit.

Bila dah tengah hari dalam pukul satu gitu, keadaan dia makin parah lah. Sampai hubby pun suruh  aku cepat-cepatlah pi klinik. Hubby aku ni sebenarnya dia tak nak masuk campur dalam bab kucing ni. Tapi nampaknya dia concern jugak...so bagitau lah dia, klinik vet session petang buka pukul 3 pm. Tepat pukul 3 terus pergi. Kebetulan hubby duduk rumah tinggal si Lina dengan dia. Bawak Adam jer buat teman.

Doc kata, dia ni kena infection kat hati. Hati dia dah bengkak besar juga...huhuhu. Doc pun bagi 2 das injection, spot on ubat kutu...tanya doc agaknya bila boleh pulih? dia kata...kalau bab hati ni lambat lah mungkin 2-3 minggu baru ok balik. Tanya lagi, boleh mati ke doc? dia kata kalau lambat boleh kiok! Ish, nasib baik alert...sebab esok nak balik kampung tau kalau lah jadi esok masa kami takde...(kami tinggal jer kucing kat rumah masa balik kg).
Dapatlah ubat 3 jenis dan vitamin serta ORS. Total RM80/=
Kalau anak sakit pun free jer tau sebab insuran cover.
Terpaksalah sumbat masuk mulut kucing ni segala ubat-ubatan nie.
Malam ni, dia memang baring jelah makan tak minum pun tidak. Kena inject masuk air ORS sikit-sikit dalam mulut dia. Sedih rasanya...esok bawa dia balik kg sekali...hopefully he will be fine. He's my buddy i love him.

Saturday, October 6, 2012

Tiada maaf bagimu..

Sejak beberapa hari ni, si oren asyik nak duduk luar jer. dah tak nak manja-manja dah. Bila bawa masuk dalam, terus dia sibuk nak lepak kat luar...habis kotor bulu dia.
Kadang-kadang rasa terkilan plak.
Semalam bawak dia cucuk vaksin pertama, kena RM55. Semua ada 4 kali...Cucuk anak aku pun free je taw.
Anyway takpelah, dah tanggungjawab tuan kucing.

Harini, kami semua pegi melawat mak aku...maklumlah dia baru buat laser mata sebab katarak. Macam biasa, bawak si oren masuk dalam sebelum keluar, takut nanti lapar ke sebab kami akan balik lewat...

Sampai di rumah, ada bau busuk pelik...
Sebenarnya memang rasa agak pelik sebab litter box tak disentuh...sejak semalam lagi.
La...rupanya dia melepas atas sofa! Kencing situ plak...
Dah lah letak Lina kat situ. Habis busuk anak aku.
Tak guna punya kucing, penat aku buat macam-macam, litterbox mahal nak mampus,
kau melepas atas sofa? macam mana aku nak cuci?

Dah, la ni hang duduklah kat luar tuh. Dah galak sangat nak protes nak duduk kat luar, silakan. Mampus pun takper. Orang nak curi? silakan. Kalau sampai kena anak aku...memang tiada maaf la.

Wednesday, October 3, 2012

Apa patut buat?

Sebenarnya lama tak update about my kids home edu and Adam's speech development after the therapy ends kan?
Lina's brillkids dah sampai day 99! Malas nak snap pic buku tu lagi. Nanti i tulis jelah apa yang dipelajari setakat ni. Dia dah kenal banyak benda dan vocab. Dia dah pandai cakap. Insyallah tak jadi lambat cakap macam abang. Adik dah start buat pre-writing activity kat rumah...sebab nak didik dia pegang pensel dengan betul. Semua aktiviti printing pre-writing di download dari internet jer..kat link-link sebelah nie.
Adam lak banyak improve dan cepat tangkap. Sebut sekali jer dia dah ingat...cuma pegang pensel jer tak betul. Walaupun tak betul dia lebih selesa tulis macam tu dari yang cara pegang pensel yang betul. Cuti sekolah ni memang kena ajar Adam pegang pensel. Nak tanya cikgu dia ada buat kelas tambahan tak, kalau ada suruh pergi. Nanti dah buka sekolah dah lepat liat nak pergi sekolah pulak.
Untuk si Adam memang just monitor dia buat homework jelah. Tak sempat nak suruh dia buat additional activity...kertas kerja miss K bagi dulu pun still tak habis buat.

Me...i have been busy these couple of days with orders. Everyday i wish i could yarn over (crochet) but there are lots of stuff to be done at the shop. New products coming in ---> snap pics, editing & cataloging... Come back home the off to cook dinner and norm chores...I just have time after 12 midnight. I will crochet till 1 am. Wake up at 6.30 am...

Tapi sebenarnya nak cerita pasal benda lain. Baru-baru ni ada malaun (orang jahat) mana ntah yang buang baby kucing...habis semua jatuh dalam longkang. Akak-akak kat kedai makanan bawah ni dah tak kisah pasal kucing ni. Larat nak kisah, selalu sangat orang buat...jenuh la kan. Ada la seekor terselamat...tapi you taulah baby kucing perlu jagaan rapi macam baby manusia juga. Ada feeding time. Kalau i nak ambil seriously kena bawak balik rumah. Then problem with hubby plak. Nanti menderhaka macam mana? Kita nak jaga mak kita pun kena ada kebenaran suami, kalau tidak sepanjang kita jaga mak kita tu dikira berdosa bukan pahala....
So i doa jelah semoga ada orang ambil babycat tu...sedih sangat dengar dia mengiaw... ni anak kucing dalam kedai ni pun tak de orang nak adopt.... Apakah perasaan orang yang buang babycat without the mommy cat? Apa tujuan you buat macam tu? You nak lepaskan beban kat orang lain? Biar orang lain tanggung dosa? Seriously berdosa buat macam ni sebab you telah menganiaya binatang tak berdosa. Semoga Allah memberi balasan sewajarnya kepada you yang telah buang baby cat tanpa ibunya ini.

Friday, September 28, 2012

How3x?

Macam mana nak buat nie?
Lagi 2 minggu kami semua nak ke KL...

Tadak mood memikirkan. Bukan pikiaq apa, pasal anak kucing kat kedai tu.
Last weekend adalah sorang mamat nak ambil tapi dia senyap plak...tak kan kita nak paksa plak kan.
So, dah buat iklan baru, letakkan gambar baru bagi nampak comel sket kucing tu.
Hopefully ada la orang nak. Jenuh nanti nak pi KL sapa nak jaga?
Tak kan nak menyusahkan kak nori plak...dia tu dah la kerja sampai pukul 8 malam...al maklumlah orang singgle. Balik awal pun nak wat hapa. Hmmm camner? Hari Jumaat yang mulia ni memang doa jelah kat Allah.
Tulah, aku ingat kucing tu tak tahan lama dek keciritan-kebiritan. Ini dah 3 minggu la kot.
Still, cirit juga...perut kembung. Badan kurus...cacing ni. Insyallah kejap lagi tunggu klinik haiwan kulim ni bukak, jenguk kejap ambil ubat. Tak kuasa nak bawak kucing tu pegi, berak tak berhenti mati tak juga...panjang umur betul. Dah kol klinik semalam tanya nak bawak kucing ke tak, depa kata kalau cirit macam tu tak yah lah bawak...

Pastu semalam, sembang dengan kak cleaner bangunan mara nie...alamak dia cerita benda tak best. Buat aku ketakutan...bukan cerita hantu. Hantu-hantu ni aku tak percaya. Ni ada mamat bangla mabuk plak lepak kat surau lelaki...ish. Takut plak. Hari jumaat, situ agak sunyi...mau bawak pisau plak aku pi toilet nanti...pak gad (guard) sini memang pemalas...tak buat kerja. Nanti meeting mara akan ku ajukan masalah nie.

hapdet:
Dah pegi la klinik haiwan tue...jumpa doc. Dia kata, kucing ni usus dia dah loose tu sebab tu cirit sampai berdarah. Dia kata, jangan bagi makan apa-apa 24 jam ni untuk relaxkan usus dia yang lemah tu. Bagi minum ORS jer untuk stabilkan electrolyte dalam badan (sama jer macam budak-budak).  Dapatla ubat antibiotic, ubat cirit dan ubat cacing untuk bunuh cacing dalam perut tu. Ada bagitau doc dulu dia ni berakkan cacing jer....badan kurus perut kembung dek cacing yang banyak dalam perut tue...oklah. Kena bayar dalam RM20.00.
Semoga hang sihat si kucing. Tak buh nama pun sebab ingat nak foster jer not bela pun. Tapi kalau takde orang nak ambil, terpaksalah bela. Letak kat kedai jelah buat 'pelaris' hah!




Thursday, September 20, 2012

Tarik balik privilage...

Privilage apa?
Last weekend, i menebalkan diri minta maaf dengan jiran...sebab si Oren ni lah. Still berak dalam pasu depa tu. Habis busuk terabur tanah atas lantai...
Sebabkan dia still berak situ (lepas sesi minta maaf), so i decided untuk menarik balik keistimewaan roaming dia. Lepas ni dia kena duduk dalam rumah. Boleh keluar kat backyard saja.
Dia ni...nasib baik tak arwah haritu, sebab nak tergilis kereta...dia ni tak reti lari. Nasib baik aku sempat melatah terus hubby brake kereta...kalau jadi apa-apa naik gila meroyan aku ni ha...
Tu satu sebab lagi penarikan roaming privilage.

Esok, akan ku pasang kembali 'sangkar ayam' pada grill pintu.
Nanti akan ku beli barb wire untuk pasang kat pembahagi jiran dan aku kot-kot terlepas dia tak ke rumah sebelah buat hal.

Lepas ni kalau ada lagi taik memang sah bukan dia punya.

Maaflah Oren (bukan nama sebenar)...i terpaksa demi kebaikan you.

Saturday, September 8, 2012

it's my turn to say sorry

Say sorry to my neighbor...
The culprit is Oren..
He pooped at my neighbor flower pot...

My neighbor is not at home you know. As always, they will only be back once a week or a fortnight.
I'm thinking to sneak into theirs and clean the pot...but I don't want to 'kantoi' what if they are back when I am there...he he he. No...No
My hubby doesn't want to involve in my cat's business.
Hrmmmm....seriously have to meet them when the are home and say "SORRY. It won't happen again. Here some spray to repel cats from coming..." erk...awkward.
I pray to Allah that the poop will magically GONE!

Update: They didn't come home, the smell of poo is gone now. Allah grant my wish. Thank you Allah. I love you Allah.


Saturday, July 28, 2012

Perihal kucing

Well...kucing oren ni suka buat hal...
Aku pun jadi tak seronok dah...
Kami sampai bergaduh laki bini sebab dia...

Dia ni suka kencing dalam ofis hubby aku...kenapa taktau?
Yang laki tu pun, awat tak tutup pintu? Susah sangat ke?

Memang banyak kali dah incident ni...tadi buat lagi. Atas lantai...bilik tamu a.k.a bilik letak baju.
Hadoihlah....laki aku dah suruh letak luar. Aku risau juga sebab rumah aku ni depan simpang.
Semua orang suka press minyak, banyak kenderaan maklumlah kat simpang....(sebab tu tengah cari rumah baru)
Tapi lepas kejadian kencing lagi tadi...memang aku rasa nak letakkan di luar. PASRAH!
Biarlah. Kalau umur dia panjang, dia akan hidup lama. Kalau dia rezeki aku, dia tak akan lari. Biar Allah tentukan. Aku dah buat yang terbaik...

I even search in the internet about this inappropriate elimination...but reading the article really make me think...wow, maybe i should just let the cat go (dump) instead of go thru all the troubles just to get the cat go to the litter box. I don't have time for that crap.

Aku sampai jadi fobia taw...tiap kali balik mesti terhidu-hidu bau kencing kot kot ada incident. Kengkadang okey...kengkadang tak...even litterbox bersih dia buat hal jugak.

Lepas ni kau terpaksalah bergaul dengan kucing neighborhood ni yer...selama ni Bubu memang roaming. Okey jerlah sebab dia memang kucing bijak. Si Oren ni taktaulah bijak ke tak...
Kalau sampai bergaduh laki bini...aku rasa tak patut la kot.  Kesian gak laki aku... dia memang kalau kucing aku buat hal cepat jer melenting. Kalau kucing adik dia kat kampung tu, haritu gigit Adelina...oh takper. Kalau si Oren ni gigit tentu dah kena sepak! Double standard betul. Aku rasa cam nak terajang jer kucing kampung yang gigit adik haritu tapi terpaksa berlakon baik.

Dulu sebelum ada Adam, memang banyak kucing aku bela. Tapi makin lama makin sikit maklumlah semua nak kawasan masing-masing. Ada sekor ni nama Boboi. Sayang sangat kat dia tidur pun sekali. Lepas Adam lahir, dia mula nak attention...yelah aku dah tak belai kucing...maklumlah ada baby kecil kan... dia mula, berak, kencing...as always suka berak dalam ofis laki aku....banyak kali. Paling teruk suka kencing atas bedding Adam...sampai ada satu kali Adam kena kencing dia sebab dia kencing atas tilam Adam...
Zaman tu takde mudah.my...takde scratch...so, terpaksa let go. Sampai hari ni teringat kat dia kalau jumpa balik sure ambil. Tapi tak pernah pergi dah tempat tu...

Well, bela kucing ni tak senang...kalau single ok kot.

Wednesday, July 18, 2012

Tak ade kerja cari kerja...

Tahu tak apa yang paling meluat pasal bela kucing?
Ya betul....bila kucing buang berak kencing merata....
Now I remember why I have only one cat...
Sebab bubu ni, kalau terperangkap dalam rumah 2 hari, dia tahan...cuma kencing. Itupun dalam toilet. Lepas kami balik dia bergegas keluar berak...
Tak tahu kenapa si oren ni selalu buat hal.
Dah sediakan 2 litterbox...kencing jelah, suka kencing merata...habis alas kaki kena. Rasa macam nak kurung balik. Tapi tak sampai hati nak kurung....dia pun kencing atas semak samun dalam ofis hubby...ah sudah. 3 kali dah. Suruh dah hubby tutup pintu tapi kengkadang dia lupa...dah bau busuk. Bilik tamu plak. dah cuci la  tilam kena kencing 2 kali tapi sebab aku dah tak trust kucing ni aku terus alas dengan plastik...kalau terlupa tutup pintu kot-kot la. Bilik aku tidoq takdelah jadi kes sebab tutup selalu. Risau jugak so dah beli alas meja 2 keping dijahit tengah-tengah buat cover lepas bangun tidoq...
Kucing ni galak kot...ish ingat nak bagi dia mengawan lepas raya dengan kucing customer...
Ish rasanya tak sempat kot...nak kasi ke tak nak kasi ke tak nak kasi ke takkkkkk??????????
Takmo la amik kucing dah macam nie.......unless ada kawasan besaq kat luaq boleh letakkan kucing di uaq.

Wednesday, June 27, 2012

My new pet cat...

Baru-baru nie ada kawan sedekahkan seekor kucing parsi kat aku...aku pun dengan excitednya pergi rumah dia ambil kucing.
Kucing ni...kucing yang terabai dan kurang kasih sayang.
Dulu abang kepada kawan aku ni yang beli kat kedai harga RM300. Tapi rupanya bela kucing kena bagi makan, buang tahi, bagi mandi....so, lama-lama dah tak suka. Simpan jer kucinh ni dalam cage....
Lepas itu, kawan aku ambil, tapi dia ni preggie so takde masa nak layan kucing trauma yang baru nak matang, so malam-malam mengiau nak mengawan...jiran-jiran dia pun komplen. So, dapatlah kat aku si kucing parsi yang cantik molek nie....
Cuma dia tak trust human langsung. Tak boleh pegang...macam ikan keli. Lepas terus lari menyorok. Jenuh aku cari...menyorok bawah katil dan tangga favoritenya. Tak boleh jadi nie, aku masukkan dalam cage dan letakkan di tengah rumah so dia lebih bersosial dengan famili aku...hari kedua, dia dah ok sikit. Boleh la nak pegang. Hari ketiga nie, dia dah mengepurr bila belai badan dia....macam mana kau ni boleh jadi liar? Kucing parsi selalunya manja...mungkin lepas 2 minggu dia jinak kot. Ingat esok nak bawa jumpa vet kat kulim nie just for check up. Tak kasi lagilah, lepas jinak baru aku kasi....kucing aku semua kena kasi. Malas nak layan kucing miang dan beranak pinak. Harap maklum. So, kalau rasa kucing tu cantik kat kedai...tak payahlah beli, nanti jadi macam si Furball ni, last-last kena abai terus jadi liar. Kucing ni commitment. Tak boleh sesuka hati decide takmau dah la...or bosan la...pastu buang. Kesian dia...Kalau tak mampu dari segi commitment, baik tak payahlah bela. Kalau tak suka kucing beranak pinak, pi kasi. Ni tak, suka buang anak kucing la, ibu kucing sarat la...ko buang kat pasar tu, lama-lama kucing-kucing ni mati tau sebab kena langgar, penyakit, tak cukup makanan. 
Kalau ku mampu akan ku ambil semua kucing melarat kat pasar sebelah kedai aku tue...bela semua.

Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2

How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...