Wednesday, April 25, 2018

Akhirnya home school menjadi pilihan - No more cry

Sebenarnya home school adalah pilihan terakhir mama....
Sebabnya mama tak yakin dapat mendidik anak mama ni sebaik cikgu2 di luar sana.
Malah mama bengang bila ada cikgu yg cadangkan suruh home school. Marah mana dibuatnya. 
Tapi apakan daya, Mama dan ayah dah cuba sedaya upaya supaya princess ni sekolah macam budak lain, sama macam kanak-kanak lain yang sebaya. Sama macam anak kawan-kawan mama, sama macam sepupu semua. 

Tapi tak gamak rasanya nak tinggalkan princess di sekolah dalam keadaan macam tu. Dalam keadaan terpaksa, dalam keadaan sedih, dalam keadaan terasing. Tiada kawan.
Kenapa tak paksa je? - Done that every day. Sampai hati terdetik adakah semua ini perlu?
Mama dah cuba terapi air, terapi essential oil, occupational therapy, play therapy, jumpa doc pakar, spray garam magnessium...

Pergi sekolah dia belajar ke? Mama tengok buku latihan kosong je. 
Kawan kata kadang dia duduk termenung di luar kelas tak nak masuk. Waktu makan duduk je sorang-sorang dalam kelas. Bila balik lapar. Malam kena gastrik. 
Mama faham cikgu banyak tanggungjawab lain, murid pun ramai nak handle. Semua pulak aktif macam atom. Tak kan nak tengok anak kita je. Tak kan nak whatsapp hari-hari tanya.

Bukan senang nak buat keputusan ini. Sampai naik uban mama dibuatnya. Sampai mama stress. Bila hari sekolah mama yang rasa tak seronok. Mama yang gentar. Bila weekend, mama yang rasa lega sebab tak perlu buat princess nangis. Mama tak suka jadi penyebab princess nangis. Mama tak nak paksaan ke sekolah ini menjadi sebahagian daripada memori buruk si princess. Memori mama yang paksa princess mandi, paksa princess suruh cepat, paksa princess keluar kereta, paksa masuk kelas. Semua secara paksaan.

Mama tanya Allah SWT apa patut mama buat. Hati ini lebih untuk unschool.
Adakah ia pilihan bijak? Adakah penyelesaian sementara? Wallualam.
No one knows except the Creator.
Ayah? Ayah suruh home school.

Mama memang ada buat research pasal home school agak lama sampai jadi buntu. Bila sebut anak tak pi sekolah.... Mulalah adik beradik, mak semua jadi tak keruan. 
"apa kata cuba tukar sekolah?" Dah, done that already - still the same.
"apa kata masuk sekolah oku?" - Well anak i bukan oku dan if so pun sama jugak keadaannya.
Bukan masalah sekolah. Budak biasa akan suka sekolah.

"Nak jadi apa kalau tak pi sekolah?" -  Macam lost terbayang budak dlm hutan tak pi sekolah. Macam orang miskin yang terpaksa berhenti sekolah. Macam tulah masyarakat kita. Kita terlalu takut jika tak follow default system. Sama macam mama dulu.

Sekarang, sila buka minda...

Mama percaya, nak belajar bukan hanya di sekolah. Di mana pun boleh belajar. Minda mama dah terbuka sekarang. Daripada belajar hanya di sekolah ke belajar boleh di mana2.
Mama tengok si princess banyak belajar di rumah. Positif dan responsif bila di rumah. Iqra dan hafazan lagi banyak di rumah dari di sekolah. Buat reading dan bacaan pun di rumah. 
Lepas berbincang dengan cikgu besar, menang konfem lah keputusan ini. Berdasarkan 2 minggu home school ni dia lebih relax. Tak perlu lagi nangis. No more forcing to go to school. Ini bukan sementara ini untuk selamanya.

Keputusan dibuat semasa baca buku ini ; The highly sensitive child
Everything is clear now. 

Apa teaching plan mama? - next entry. 

Maraton bermula sekarang. 


Sunday, March 4, 2018

Apa yang anak mama si selective mutism hadapi


Bila diteliti semula semasa dia membesar, dia ialah anak yang sensitif, mudah frustrated, mudah melt down. Tantrum dah jadi makanan kami. Semasa tahun pertama kindy, mungkin salah mama tak beritahu atau praktis ke tadika. Tadika hanya berlaku tiba2. Sepanjang 4 tahun mama yang jaga, tiba2 masuk tadika. Adakan separation anxiety puncanya? Dia cope dengan situasi (perubahan) itu dengan berdiam diri dan tidak bercakap. Ada juga rakan berpendapat keadaan bertambah buruk apabila kami berpindah ke tempat baru. 

Kami tak tahu apa sebenarnya yang terjadi yang membuatkan anxiety dia berkembang secara progress ke tahap fobia (full blown phobia). Dia sangat aware/sensitif yang keadaan ini ialah satu masalah dan tidak normal. Yang dia berbeza daripada rakan sebaya. Hal ini membuatkan tahap anxiety dia semakin tinggi, sukar dikawal membuatkan dia 'switch off' di sekolah. 
Mungkin ada rakan sebaya lain yang membuli di sekolah bukan secara fizikal tetapi dengan menggunakan verbal.
Kami tak dapat mengawal apa yang berlaku di sekolah. Kami juga tak dapat melindungi dia di sana.
Dia juga tidak dapat melindungi diri sendiri.

Daripada memaksa dia menghadapi fobianya setiap hari seperti saranan pakar, di sini, kami berpendapat adalah lebih baik untuk memberikan ketenangan kepadanya.

Bukan mengelakkan/lari dari dunia 'World of Stress' tapi kami percaya homeschool boleh membuatkan dia membina semula keyakinan diri secara natural dan berperingkat-peringkat serta berupaya meransang semula perasaan ingin tahu (curiosity) seterusnya dapat menembusi ke dunia 'World of Possibilities'

Monday, February 26, 2018

Adakah homeschool satu pilihan yang bijak untuk anakku

Sebelum ni memang mama menentang keras idea ni.
Dua sebab utama ialah:

1 - Mama tak reti mengajar sendiri
2 - Profesional kata jangan homeschool


Tapi kan, setiap kali paksa anak mama princess ni pi sekolah, hati mama pilu. Pilu sangat tengok anak mama menagis tanpa suara. Hanya air mata mengalir. Mama terpaksa bawa dia naik jumpa cikgu, dah jumpa dia akan pegang erat tangan mama. Nak cakap dah tak boleh. Hanya pegaang macam maksudnya 'please dont leave me here'. Lepas tu mama pergi juga. Mama tak toleh belakang. Tapi masa keluar mama tengok juga princess hanya duduk atas lantai berteleku...
Kesian cikgu, kesian princess...mama acap kali menangis tak tahu nak buat apa. Adakah ini betul? Betul ke kalau tak pi sekolah dia akan jadi lebih teruk? Takut untuk fikirkan dia tak bercakap bila dewasa nanti....from video utube, ada sampai adult tak bercakap. Adakah mak ayah mereka homeschool atau adakah mereka dipaksa ke sekolah. Macam mana???

Nak explain susah. Semua orang ingat ini bukan masalah sangat. Hanya nangis masa pergi. Once dah di sana happy main dengan kawan. Cikgu pun kata macam tu. So mama rasa sedikit lega. Bila dia balik, banyak yg dia cerita happy2. Oh gembiranya mama. Adakah pagi2 resistance ke sekolah hanya tabiat? Kenapa dia tersiksa sangat masa mama nak drop dia di sekolah tu??

Pagi2 cerita lain, tak de sapa nak kawan dan main dengan saya...kadang2 mama keliru. Dia seronok ke tidak? Di sini mama tak kisah sangat pasal pelajaran dia. Yg penting masalah sosial ni.

Minggu lepas macam big blow kat mama.

Minggu sebelum tu mama dan Aisha si adik masuk hospital pasal scoliosis Aisha. So ayah kena deal with morning drama (baru dia tau!). Ayah stress tengok dia macam tu. Sampai terus shut down. Kali kedua ayah hantar terus ayah suruh homeschool. (Ayah senang cakap bukan dia yg akan buat nanti). Dia pun tersiksa tengok anak dia. Bayangkan org laki pun tak tahan...kita ibu2 ni macam mana??? Sebelum ni bila mama rasa sedih pasal princess, ayah selalu pujuk cam ni

"anak kita tak mau pi sekolah saja, cuba tengok yg lain (autism/cp/down syndrome) yang lebih teruk" lepas tu dia suruh baca buku happiness.
Mama pun cecepat insaf dan banyakkan zikir. Bersyukur dgn apa yg ada....macam tulah cycle mama.

Sekali ayah pun sedih dia pula suruh princess sekolah kat rumah saja. Terus mama guna ayat yg sama...hehe
Tapi kan sejak kebelakngan ni idea homeschool ni asyik duduk dalam otak. Semalam sampai tak boleh tidur. Google dan google about selective mutism homeschooling. Parents yg ada anak yg sama macam mama ni mereka decided untuk tarik anak dari sistem dan buat cara sendiri. Dan kebanyakkannya berjaya dan anak mereka pun membesar dengan elok saja tahap sosial nya....

Mungkinkah mama patut ikut jejak langkah mereka? - against the odd. against the professional advice? 

Apa2 pun mama masih dalam kajian research macam mana nak execute idea ni secara legal di negara kita Malaysia. (update: boleh isi borang di kpm, dapatkan surat doktor, masalahnya kita kena follow sistem sekolah kssr  dan wajib ajar sendiri di rumah akan dan ada spot check anytime!)

Mungkin mama terpaksa bawa dia jumpa dr sekali lagi untuk clearance school. Mungkin ini yg terbaik who knows?

Harini pun ponteng sekolah....minggu ni ponteng. Dan bagitau guru besar sekolah minta excuse sebab minggu ni praktis sukan saja. Lagilah dia akan berteleku sebab kawan semua gembira main2.

Lupa nk info, last week dia ada playdate with kawan rapat di school...

Update: semasa playdate dengan kawan sekolah,, dia tak bercakap. Hanya senyum dan bermain seperti biasa. - maksudnya: kawannya (dari sekolah itu 'contaminated').
Next step: mama nak cari rakan sebaya yang bukan from school. Nak tengok reaksi dia.







Friday, February 2, 2018

Aisha ku sayang ada scoliosis

Assalamualaikum kesayangan semua...
Seperti yang kawan2 semua maklum, anak akak yang bongsu si comel Aisha (sekarang 3 tahun) ada scoliosis yang terjadi di dalam kandungan (awal2 mengandung)....dipanggil congenital scoliosis....kami dapat kesan pada usia dia 4 bulan...time tu tahun 2015.
Nak tahu apa itu Congenital Scoliosis sila lah tanya encik Gugle...kira macam terpilih la sebab terjadi 1 dalam 10,000 kelahiran....ianya bukan keturunan hanya kebarangkalian.
Sedih tak? Sedih sangat...

Semasa agah-agah baby, husband akak terperasan ada benjolan pada pinggang. Terus dia bagitahu akak... Akak ingat biasa saja...tapi benjolan tu tak hilang hati mula tak keruan time tuu...tak boleh fikir benda lain. Takut ketumbuhan. Takutnya time tu. Takut sangat.

Lepas tu kami pi check kat private di Seberang Perai (time tu masih di kulim) dr suruh buat mri dan x-ray, (insuran cover time tu) seharian kami di hospital. Lepas dapat result tu, dr kata bukan kepakaran dia dan dia refer ke Hospital Pulau Pinang...al makanya bermula lah kisah follow up.
Di HBPP rupanya dr yang pakar tulang kanak2 tu jiran kami satu taman....huk huk...lawak pun ada time tu. Aisha masih baby memang tak banyak yang boleh buat, so depa suruh follow up jelah every 6 months.
Sempat follow up 2 kali, husband akak dapat job baru di KL, so kami minta refer ke KL...
Sampai sini lama juga baru nak ke hosp balik, dah due banyak bulan. Patut pegi bulan 6, akak pegi bulan 1 tahun baru 2016... tu pun tak pegi HKL, pegi putrajaya...dapatla follow up 2 kali juga lepas tu doc kata mereka lebih kepada scoliosis dewasa, di HKL ada specialist tulang scoliosis kanak2....Owh....kalau tahu awal2 dah pegi HKL tu...

HKL kan hospital terbaik Malaysia...(cewahh) esp kanak2.

So al-kisahnya lepas beberapa bulan (lama juga skip sampai rasa risau) pergilah ke HKL bahagian ortopedik berserta surat rujukan...(takde surat diaorang tak layan ye). Bukan boleh terus terjah ye.
So oleh sebab dah lama tak scan (xray) terus sister situ suruh x-ray. Selalunya kena tunggu arahan dr baru buat. Sister tu kata, x-ray dulu nanti dia bagi pada bos dia. Lepas tu dia akan call untuk appointment. Time tu bulan 7 patut pergi as soon as refered from Putrajaya. Dia tengok2 tarikh appointment semua penuh sampai bulan 12....haaaa. Dia kata takpe nanti i selit di mana2. Alhamdulillah syukur sangat jumpa sister baik. Ingat lagi nama dia....
Dah settle semua. Diaorang call appointment bulan 12 tahun 2016.

Masa appointment tu, dapat lihatlah pelbagai penyakit tulang yang dihidapi oleh anak2 lain. Yang mana scoliosis ada juga yang akak tegur dan buat kawan. Rasa insaf melihat keadaan budak2 lain...

...bersambung

Sunday, December 3, 2017

Konsert Musik Adam & Adelina

Sesungguhnya pada hari itu mak stress dari pagi sampai malam. And the outcome tak seperti yang mak jangkakan...

26.11.2017
Semua kelas lain mak cancel hari ni. Nak tumpukan pada konsert saja. Dari awal pagi prep mental Adel ni. Huih....dia asyik bagi alasan tak mau pi tak mau pi...dah pandai praktis pun tak mau pi. Mak kata dah pandai rugi la tak pi...kita cuba teknik omputeh pulak. ikut perasaan anak (acknowledge your child's feeling). "Mama tau Adelina takut, mama lagi takut tau". Tak jalan jugakkkkkkk....hukhukhuk

Sampai jam pukui 3 nak gerak ke Gardens Mall tu.
Rupanya, apak dia duk pasang satu rak ikea niii, budak ni pegi main apa ntah terkena jari kot. LUKA!
You all tau dak budak sensitif ni akan OVERrreacted pada minor injuries? Aduih pening pening tau. Macam mana ni. jari luka terus dai kata tak boleh main dah....
"I don't think she can do this" - hatiku berdetik.

Panggil uber, dia takmau masuk uber. Apak hangkut masuk dalam. Apak pegi lambat coz konsert start pukui 7pm. Budak kena ada pukul 4pm. Pastu nangis la dalam uber. Bagilah main game tepon yang anti stress tu mak dah beli whole package...dah sampai nasib mau turun kalau tak pakcik uber bawak jalan...haha

Masuk kat back stage tu dah dia kelaku anxiety dia - tangan kat mulut dan tak respon bila kita tanya - mute. So eventho cikgu suh parent mai semula pukui 6.30, mak tak kira mak duk jugak situ...bagi main game. Sembang...bagitau mak lagi malu sebab mak saja orang tua kat situ. Lain semua budak...oklah dia senyum sikit. Then makanan sampai, so bagi makan dulu...mak je yang parent kat situ hahaha. Pelik je budak lain tengok.
Oh pasal jari luka, lupa pulak bawa plaster...duk kalut kalut tak bawa! Dah dia ngadu jari sakit tak leh main. Suruh tunggu situ mak pi turun bawah cari kedai plaster...

Dalam hati mak konfem dia ni tak keluar nanti atas pentas. Mak dah prepare untuk kemungkinan itu. Cikgu dia kata "I'll try my best mrs. (to bring her out)"

Takdak plaster. The gardens ni mall posh semua butik ye. Tak tau pula mid valley ada kat seberang jalan haha.

Jenuh jalan dah lah sakit lutut...Pastu call apak suh bawak plaster. Nasib baik dia bawak. Pastu masa nak pi letak plaster tu. tengok dia dah gelak2 main ngan abang. Maksudnya dia tak 'mute'/bisu macam awal2 tadi. Ahhh Lega laaa....(kat sekolah dia tak akan gelak keluar suara)
Then apak pun dah sampai ngan baby, mak pun pi kat depan la.

Alhamdulillah dia keluar main piano dan konsert percussion tu...walaupun jelas nampak dia tak selesa atas tu. Mak rasa seronok sangat. Lepas tu tanya dia seronok tak? Dia kata seronok...
Sebenarnya kalau dia tak boleh buat, dia akan rasa amat kecewa...so mak syukur sangat hari tu.

Ada la video mak dah upload utube but tak tau nak share ke tak...if you all nak tengok angkat tangan.

Forbidden for other use



Wednesday, November 29, 2017

Terkebil Tengok Kos...

Memanglah anak2 kami ni hi maintenance.

Alhamdulillah, jumpa juga pusat terapi sensori kat kawasan rumah. Kalau tak, gugle gugle semua kat area bangi, shah alam...secara accident terjumpa di area seri kembangan nii...dekat bebeno dengan rumah. Allah susun supaya jumpa hari tu...hujan, banjir try new route = jumpa.

So tadi dah bawa Adel pegi buat screening. Memang ada sensori issue menyebabkan anxiety dan seterusnya SM. Untuk penyetahuan memang kita tak diagnose SM ni. Ini mak diagnose sendiri. Hari tu kan silap jumpa psi. Sekarang tunggu next appointment kat hosp swasta ni from doc (specialise in child development) tengok dulu. Nasib tak cancel appointment. Ni tara swasta tunggu turn sampai bulan 1 tahun 2018. Taktau la berapa kos pulak ni. Rasa RM400 ke atas jugak nii. Haritu psi pun RM300 for 90 mins...duk kira duit jelah nii. Kalau hubby tak cukup duit baru mak sponser. Jangan offer nak sponser ni tanggungjawab dia k.

Tadi free screening. Lepas ni sesi ikutlah budjet. Satu sesi 2 jam. Boleh ambil 1x, 2x, 3x atau 4x seminggu. Kira duit tebal mana jelah. Kalau nk pi yg gomen rasanya lambat kot. Nak dapatkan temujanji pun bukannya senang. Mesti ikot klinik kesihatan ye. Then dapatkan surat refer ke hospital. Semua tu makan masa ye. Adel punya appointment gigi kami pi yang government sebab kos swasta tinggi sangat tak mampu. So ikut sistem menunggu la ye.

Kalau tak mampu pi lah yang gomen ye. Tunggu la turn dari tak pegi langsung...Yang duduk kampung kesian ada yg anak autism tak boleh bercakap, parents dia tak dapatkan bantuan. So tak sekolah dan macam mana ye??? Tak tahulah kes duduk kampung tu...

Cik Adel ni pandai...cuma sensori saja. Tak perlu home school, kena pi school. Kalau tidak dia akan menjadi katak di bawah beberapa tempurung. Puan terapis pun akan tulis surat maklumkan sekolah yg dia ni kena balik awal...lepas zuhur tu mak nak pi ambik dah la. Sebab dia stress duduk sekolah lama. Akan ada sesi untuk intervensi dia di sekolah nanti....

So, mak rasa lega sikit sebab berjaya dapatkan pertolongan...kalau nak tunggu doc diagnose...lambat laaaaaa. I nak help now. I want to heal her now...

Bil-bil nanti hubby bayarkan. Terbeliak la dia tengok kos...aduih aduih. Kesian...tu tara gaji dia selambak. Ya Allah moga rezeki suami aku berganda-ganda untuk anak2 kami..Aminn

Haritu konsert tak cerita lagi...nanti rajin mak tulis.

Friday, November 17, 2017

"Stop Blaming Yourself"

Hari ini jumpa pakar psikiatri. Hari yang mama nanti-nanti.
Ingat nak solved dan dapatkan diagnosis anak tapi lain yg jadi...
Kalau jumpa psikiatri memang macam ni ka?
Masa pegi tu ingat kan child psikologist, tapi psikologist saja. Rasa cam tak sedap hati daa
Silap pakar ke tapi dia ni yang di refer from eip center.

I did my homework la kan bout my child...tapi memang tak sentuh langsung pasal masalah dia.

Asyik tanya mak ayah je. Hubungan mak ayah...bila last dating, so on so forth, cam tu.
Kenapa ya?

Dipendekkan cerita, benda lain la jadi. Macam mana ni?
Adel macam mana?
Segala persoalan mama masih tak terjawab. Bertambah buntu pula.

#mamakonfius

----

Lepas tu kan, teringat kat Adam. Allah, kesiannya Adam. Rasa terabainya dia. Selalu dimarahi....Dia bukan tak nak dapat A tapi tak boleh...kalau ada cctv boleh rewind memang tak sanggup nak tengok kot.
So dalam kereta masa ambil dia mama tanya la...

"Adam, bila mama marah Adam sedih tak?"
"Sedih..."
"Adam nagis tak?"
"Nangis. Tapi diam-diam"

---sedihnya--- bergenang air mata mama nii. mesti Adam tersiksa kan.

"Mama minta maaf tau Adam. Mama sayang Adam. Mama tak mau pun marah Adam."

Mama percaya apa yang berlaku sekarang besar hikmahnya. InsyaAllah mama kuat.
At the end of the day tadi, bagitau la Adam,

"Mama tak kisah pun Adam dapat A ke tak. Janji Adam jadi anak yg baik sudah. Suka tolong mama ayah, dan solat."

Doc tadi ada bagitau, "Stop blaming yourself. This is not your fault"





Akhirnya home school menjadi pilihan - No more cry

Sebenarnya home school adalah pilihan terakhir mama.... Sebabnya mama tak yakin dapat mendidik anak mama ni sebaik cikgu2 di luar sana. M...