Skip to main content

My Biz 2016

Setelah berpindah ke Selangor, aku tutup biz 3 bulan. Kadang rasa cam nak tutup terus tapi bila tengok stok berlambak dan ada orang duk emel hari2 awat tak leh oder tanya....rasa semangat la sikit.

Sebenarnya serabut dengan tutup kedai, tutup akaun pelbagai...pindah. kos pindah (bukan murah...), cari kedai baru, update address, ngan ada orang nak mintak sponser, yang platform shopping online asyik kontek suruh akak join depa...macam2 peninglah akak dibuatnya,

Kalau tak buat biz, boring pulak duduk rumah mop lantai....at least dengan kedai ni aku ada benda lain nak fikir selain buat baju, buat lantai, buat jamban...masak apa hari ni...dll. heheh...

So memang rugila pindah ni. Tapi bersyukur sangat banyak pembaziran dibuang.
1. pekerja (dah buang)
2. kwsp n socso
3. mesin kredit kad (potong....azab nak potong servis ni, setan betul) CASH ONLY la sekarang.
4. fixed tel line (potong...last time pekerja asyik kol boipren...bangang tul)
5. unwanted seller/supplier....(bila u buka kedai, salesman akan mai dan they expect u to buy on the spot. ada yang tiap minggu mai...


1. sekarang ni, stok yang boleh expired, akak akan jual sampai habis (yg dah expired buang)...rugi tau. catit yg expired tu...produk macam ni...kurangkan. restok yg betul2 jalan saja.
2. fokus produk mana nak jual...akak dah tak nak jual produk merepek. yang branded dan premium saja sekarang. produk murah selalu akan ada problem...
3. fokus online dulu...
4. sekarang no pekerja. tapi lambat laun kena ambil juga...sekarang ni buleh cope. no walk in. sesapa nak datang wajib buat appointment. jimat duit pekerja.

My feeling?...i feel happy that i m involved 100% in my shop now. I m taking my time decorating it. Make it nice...not like typical shop....it's comfy for my kids to lepak there while i m at 'work'.
Tak macam dulu, harap orang yang bungkus...it's like a start over lah.

InsyaAllah, kalau ada masa akan ku coretkan...APAKAH langkah2 nak cari kedai dan buka kedai. Buat bisnes, semua orang macam WOW! ada kedai...tapi sepatutnya kedai tu last sekali.

Akak ni...nak wat camner, tak buleh buka gudang di rumah. Lagipun susah nak meet up supplier kalau kt rumah...semua orang macam, eh buat kat rumah jelah...kalau suami bagi dah lama dah...tapi bagus gak, kalau tak tak leh fokus. Asyik fikir nak cuci jamban, lap cermin, lap lantai, sapu sampah...dll kerja rumah yang banyak gila tu. Kbai.

Comments

Popular posts from this blog

I want IKEA kitchen...bahagian lima: Installation

Sebenarnya dah boring tulis entry nie.....pasal dapuq ni.
Semasa aku tulis entri ni, dapuq aku dah 99% siap. Tinggal nak pasang plinth kat kaki kabinet.
Sebab tu macam malas nak tulis. Excited dah kurang. Next entry will be the finale, Before & After.

So....lepas beli barang dan bayar apa yg perlu dibayar....maka baliklah kami ke Kulim....
Lepas 3 hari macam tu, depa mai....first trip, hubby check semua barang. Make sure check dengan amat teliti. Sebab barang hanya akan beza di item article number.... ada barang salah hantar ada barang takde dan kotak yg kami pack macam gila kat sana haritu depa tertinggal.....beribu gak nilai barang dalam 2 kotak tu. Barang yg tertinggal tu, ada orang mai ambil dan tukar pada hari berikutnya....customer service ikea memang tip top lah jangan risau kalau ada kes macam nie...

Hubby aku punyalah excited mula nak pasang kabinet malam tu juga....sampai tumpah kicap sebotol. Rumah tengah macam tongkang pecah. Aku dah pesan, simpan dulu botol tu nanti p…

Bagaimana hendak mendaftar & mencarum sebagai Majikan di KWSP

KWSP

Bila pekerja dah mula bekerja....maka barulah si Majikan boleh pergi mendafar. Kalau pekerja belum start kita dah terhegeh-hegeh...pegawai kwsp suruh balik dulu...hahaha. Takpe kalau pekerja dah bekerja banyak bulan so bila kita mendaftar, kwsp akan charge caruman tertunggaklah yg beberapa bulan tue.

Majikan walaupun ada satu pekerja, dan pekerja tu layak dicarum..kenalah mencarum. Kalau tidak, kut depa mai check di premis kan tak pasal2 kena denda. Macam mana nak tau pekerja tu layak mencarum ke tak? maka pi lah ke website jabatan tenaga kerja...ada maklumat.

Macam aku, aku tak de bajet. Aku upah part time jer...still kena sebab waktu bekerja lebih dari 14 jam seminggu.

So, samada korang download borang KWSP 1 di website KWSP tu atau walk in ke pejabat KWSP. Baca arahan...isi lengkap. So, siap hari itu juga akan dapat nombor pendaftaran majikan secara sms. Jangan lupa daftar i-account untuk memudahkan urusan pembayaran/semakan.

Nak mancarum pula macam mana? kalau pejabat kwsp de…

I want IKEA kitchen...bahagian enam: Siap!

Siap dah sebulan lepas....satu part tak pasang lagi. Plinth, ada masalah nak potong kayu. Biarlah nanti beli gergaji bulat tu baru boleh potong. Akhirnya siap 99%.
Kos SEMUA RM6588 (termasuk lantai kayu, electrical, piping, hood, meja, algot system dan aksesori) sahaja. Tunai. Tidak termasuk kos lori.
Yes, i love my new kitchen. I love my personal finishing touch and still touching up a lil bit here and there.
It suites us, a family of four.






Tu jelah...happy with the result.