Monday, October 30, 2017

Selective Mutism?

Assalamualaikum...

Selepas Adam's speech therapy, I never write so much about my children anymore...
I baru tahu ada istilah Selective Mutism semalam, 29th October 2017. Jumpa by accident. I was googling about 'mute autism' actually.

What is this?
Does my daughter suffer from this disorder???
Semalaman tak dapat tidur...
Semua simptom sama...
Actually I was Alhamdulillah.
I was praying for her...To have some clue.
What's wrong?
Something amiss
Something is definitely wrong with her.
But WHAT? WHAT is it???

I asked my self...Is she autistic? Doesn't seem so. Tak nampak macam autism. Tapi autism ada banyak spectrum....question mark banyak kat situ.

Anak i, since 4 years old (2014), dia kat rumah happy, talkative and normal but once at school, dia diam tak ada emosi. Cikgu tak dapat berkomunikasi dengan dia secara verbal. Cikgu hanya akan tahu dia faham dengan memberi latihan bertulis...dia hanya respon dengan cikgu yang dia selesa sahaja.

Tadika masa 5 tahun (2015), sama. Tak bercakap dengan rakan2 dan cikgu di sekolah. tapi bila balik rumah terus ceria dan cerita apa yg berlaku di sekolah...Dari segi pembelajaran, normal tak cepat tak lambat. Masih tak dapat membaca dan mengira dengan baik time ni. Kami berharap keadaannya akan berubah. Semoga dia dapat mengatasi masalah 'malu' ini.

Tadika masa 6 tahun (2016), sama. Time ni kami berpindah ke Selangor. Cikgu pelik dengan sikap dia langsung takde emosi. Macam patung di sekolah. Yg i pulak stress sebab cikgu tak pernah jumpa budak malu. Balik di rumah happy and cheerful. Dah boleh membaca dan mengira mengikut tahap budak normal tapi sampai sekolah terus membisu. Time ni dah risau sebab nak masuk sekolah dah tahun depan nii...
Ada cikgu memang takut nak approach dia. panggil nama je dia terus nangis. Kalau ada budak lain kena marah esok dia yg taknak gi sekolah. Setiap hari memang struggle nak pegi sekolahh....stress amat nak ajak dia pi sekolahhh....tapi tak sampai tahap kena dukung. Dia boleh jalan naik ke tadika.
Umur 6 tahun ni, i hantar masuk kelas piano sebab nak dia ada self confidence. (Nanti cerita bab lain).
Tak tahu nak dapat pertolongan di mana? Anak i oku ke? Masih berharap dia akan berubah..time flies. tik tok tik tok....


Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2

How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...