Friday, September 16, 2011

Rasa sunyi sangat di sebalik hiruk pikuk...

Tadi dah buat appointment dengan speech therapyst...tetiba rasa sedih dan takde mood. fikirkan betulke Adam ada masalah...rasa kecewa, frust, sedih....

Sunyi, di Kulim ni ada aku jer, family jauh, kawan ada 2-3 jer, jiran semua non muslim. Tak kenal pun. sunyi la. Sebab tu kalau ada customer beli online ke kedai ke aku occupied sket...sibuk. Alhamdulillah, la ni banyak la online customer tapi walkin tader langsung...zero...
Memang lokasi kureng....

Kedai mara lak, asyik aku jer yang semangat. Kedai sebelah tak pernah buka, kedai row sebelah langsung gone. Setakat ni ada 3 kedai jer on. Yang lain tak tau buat apa...memang effect kedai lain sebab sunyi senyap. Takut pun ada. Tapi rezeki aku kat situ. Buat kedai lawa-lawa dengan barang Ikea...takpelah aku yang nak lepak dalam tu, biarlah semangat.

Last week ayah kata dia apply job position baru dlm intel gak tapi di kl....aku macam syiok. ish kalau jadi nak gi....kat kulim ni aku tak ada apa-apa. kerjapun tak, cuma ada kedai mara jer. seronok duk kat my sisters buleh kuar soping, pi zoo, movies....spa...suppliers pun semua kat sana, senang nak buat biz. Ni, call berkali-kali baru nak hantar barang, sebab jauh tak selalu datang....bosan.

Kami duk di kulim ni sejak takde apa. Nada. Macam pekan koboi. Nite life lagi takde. Cuma tempat dump mayat kat ladang kelapa sawit. Penjenayah pun banyak duk sini... skang ni dah macam macam ada. Mc D drive thru, tesco, giant. Cuma jusco je takdak...Tapi buleh lah setakat nak soping kasut dan selendang. Seluar dengan baju takde la yang taste aku kat sini...

Mungkin kalau pindah kl aku buleh cari kedai lain di sana or get a new job. New oppurtunity awaits. Adam pun kalau  betul bermasalah mesti bayak help centre over there. Sekolah agama pun banyak. I donno just go with the flow...

Monday, September 12, 2011

Speech Therapy...

Hmmm....Adam sakit mata. Naik macam biji kat kelopak mata. Sebelum ni dah pernah jadi...nak picit tak boleh sebab dia menggelupur, so bawak gi jumpa dr. Lim. Macam biasa dia bagi ubat. Kali ni dia bagi antibiotik. Nanti aku akan peram jer antibiotik tu dalam freezer sebab Adam tak makan ubat. Ubat mata ada dan sepersalinan set untuk memicit biji kat mata tue...dah try tadi masa dia tido tapi dia still melarikan diri. 

Tapi, sebelum balik dari klinik, aku teringat nak tanya dr. Lim pasal Adam's speaking problem. As he cannot talk like other children...I am worried...He is supposed to tell story already...Is he like to be alone?...I said no...Is he making eye contact?...Yes with me. With other people I am not sure. Then, Dr. Lim anya Adam, do you want this vitamin? (sambil tunjuk vitamin), memang dia bagi vitamin every visits. Tapi Adam just trying to grab the vitamin from her and not making any eye contact, not saying yes or no. Cuma kalau aku tanya, dia jawablah. Kalau orang lain yang panggil dia Adam, buat apa tue? Jangan harap dia nak toleh ke response ke. 

So, dia pun bagilah reference untuk jumpa speech therapist kat Pacific Speech Therapy at  Island Glades, Penang. Nanti tunggu ayah balik baru buat appointment. 

Deep in my heart, I am denying about Adam's speech problem. I don't know...hope he is just slow coz of me. I am not a chatter box. I keep saying that he is doing fine...Let's hope he is okay. Not asperger or autistic or anything like in magazine and TV.  He is okay. He is fine. But, I have to prepare for the worst. 

Ya Allah, please help.

Speech Therapy...

Hmmm....Adam sakit mata. Naik macam biji kat kelopak mata. Sebelum ni dah pernah jadi...nak picit tak boleh sebab dia menggelupur, so bawak gi jumpa dr. Lim. Macam biasa dia bagi ubat. Kali ni dia bagi antibiotik. Nanti aku akan peram jer antibiotik tu dalam freezer sebab Adam tak makan ubat. Ubat mata ada dan sepersalinan set untuk memicit biji kat mata tue...dah try tadi masa dia tido tapi dia still melarikan diri. 

Tapi, sebelum balik dari klinik, aku teringat nak tanya dr. Lim pasal Adam's speaking problem. As he cannot talk like other children...I am worried...He is supposed to tell story already...Is he like to be alone?...I said no...Is he making eye contact?...Yes with me. With other people I am not sure. Then, Dr. Lim anya Adam, do you want this vitamin? (sambil tunjuk vitamin), memang dia bagi vitamin every visits. Tapi Adam just trying to grab the vitamin from her and not making any eye contact, not saying yes or no. Cuma kalau aku tanya, dia jawablah. Kalau orang lain yang panggil dia Adam, buat apa tue? Jangan harap dia nak toleh ke response ke. 

So, dia pun bagilah reference untuk jumpa speech therapist kat Pacific Speech Therapy at  Island Glades, Penang. Nanti tunggu ayah balik baru buat appointment. 

Deep in my heart, I am denying about Adam's speech problem. I don't know...hope he is just slow coz of me. I am not a chatter box. I keep saying that he is doing fine...Let's hope he is okay. Not asperger or autistic or anything like in magazine and TV.  He is okay. He is fine. But, I have to prepare for the worst. 

Ya Allah, please help.

Friday, September 9, 2011

Balang gula penuh semut...

Tensen la ayah ni tak tutup balang gula rapat-rapat....Nak marah pun dia dah fly ke US. Hmm...safe journey hunny. 

Well, harini lalok saja sebab pagi tadi bangun pukul 2 pagi...nak hantar ayah ke airport. Mengantuk....bebudak pun lalok sebab terpaksa ikut hantar ayah. Yelah, sapa nak jaga anak-anak aku. So, tadi semua buat kuak dada... Petang bangun, Adam terus duduk kat meja nak buat aktiviti dia. Harini tulis U, count to 10, word search...apa lagi, tulis nombor. Tu jelah. Buku Bacalah Anakku tu harini tak sempat buka. Kejap lagi lepas mandi petang cuba ajar. Adam dah boleh a, i, u dan n. Lepas ni na, ni, nu...tak sangka Adam menunjukkan minat nak belajar dirumah. Tak perlu paksaan. Dia pun nampak happy saja. Buleh buat aktiviti bila masa dia suka, Bila bosan pi main tablet mama. Banyak app untuk toddler yang aku install. So, kira belajar la secara interaktif. 

Surf internet...keyword: preschool activity. Punyalah banyak....terasa syiok. Overwhelmed...Tak sabar nak print. Ada yang jenis interaktif guna PC. Okaylah. Boleh cuba...

Tuesday, September 6, 2011

Teacher to my son

Tak senang nak ajar anak sendiri tambahan lagi aku yg short fuse ni. semua orang ingat duduk rumah boleh buat home school....

Anyway today is the second day using program bacalah anakku...Adam ni memang cepat lost focus....seminit jer boleh, then pi buat benda lain. Pastu dia lambat ingat ke atau saja buat tak ingat aku tak sure, benda baru je sebut tadi bila tanya balik dia dah tak leh jawab.

Tadi dah hampir hilang sabar.....nasib baik beringat. Panduan kata jangan paksa bila dia dah bosan terus berenti.  harap aku dapat bertahan dan consistence mengajar anak sorang ni.

Malam ni, dah print aktiviti untuk esok. Adam pun sibuk la mengutip kertas yang diprint dan simpan dalam fail. Sebelum masuk tidur saja tanya nak baca buku ni tak? (Sambil tunjuk buku bacalah anakku tu) Dia kata 'TAKMAU'. Pastu aku tunjuk kad flash. Tunjuk huruf a (sebut aaa), dia boleh sebut aaa. My GOD! Terkejut gak...bunyi 'i' boleh juga tapi kena buat mulut sengih baru dia sebut 'eee'. Bunyi 'u'...dia tak ingat lagi. Okeh, esok mama teruskan usaha mama.

Monday, September 5, 2011

Life resumes...

After Raya, kehidupan kembali normal. Esok akan ke kedai, buka dan pos barang. Harini, sibuk dengan berita kameraman bernama tv yang meninggal di Somalia, kasihan anak-anak dan wife dia...

Esok, decided not to send Adam to the taska again, will sms Buba about that...
I will become the teacher to teach him spell and read using phonetic method. Harapnya I can succeed to teach him before the next schooling year. Kasihan Adam, banyak ketinggalan. Balik raya haritu bila dicompare dengan cousin nya, memang jauh berbeza, Adam macam budak umur 3 tahun. Cakap tak boleh dan asyik jerit....Mama lak naik tensen dan asyik memerap dalam bilik. Maafkan mama sebab abaikan Adam. Adam tak makan, tak mandi sebab mama rajukkan Adam yang asyik jerit kat mama. Bila mama nak suapkan nasi Adam akan tepis dengan tangan, mama suruh go toilet Adam akan jerit....Tiap kali balik kalau terjumpa cousin mesti tercompare...maafkan mama. Maafkan mama...Mama sayang Adam.

Balik dari Perlis terus ajak ayah ke Tesco. Cari kedai Popular nak beli buku/program tuk baca cepat...Ada terjumpa satu: kaedah phonetic. Tak perlu hafal ABC, cuma sebutan jer. Semalam dah tengok cd. Cuma nak baca buku panduan sebelum start ngajar. Insyallah mama akan cuba sedaya upaya untuk ajar Adam membaca sebelum sesi tahun depan. Adik pula mama nak belikan program Brillkids sebab adik masih kecil...

Ya Allah, lapangkanlah dadaku ini....

Tadi rasa sebak bila baca entri blog Kau dan Aku....aku tak dapat bayangkan perasaannya...dugaan yang dia hadapi...MasyAllah teramat berat. Ku doakan kau tabah...hanya masa pengubatnya. Anak dia dan aku lebih kurang bayanya. Girl juga....aku selalu terbayang kalau akulah....mungkin gila agaknya sebab anak-anak akulah duniaku. Kerjaku menjaga anak-anakku....aku berenti kerja tuk menjaga mereka...jika mereka tiada maka gilalah aku...mana mungkin hidup kembali normal. Ya Allah, sihatkanlah tubuh badan dijauhkan penyakit dan bala bencana dari menimpa ahli keluargaku...Amin...

Saturday, August 27, 2011

Selamat Hari Raya 2011

Masih packing, banyak nak pack...balik seminggu la katakan. 
Semalam Adam kena Flu Like Infection. Demam hi-fever 39-40 c. Risau sangat...Dia pun tidur jer sepanjang hari. Kesian anak mama. Selalunya aktif melompat, berlari dan memekik...selalu dimarahi tapi bila sakit dan berbaring...betapa aku rindukan pekikan dan lolongan yang menyakitkan telinga tu. Adam ni memang TAKNAK langsung ubat....semua ubat DR bagi akhirnya simpan je dalam peti. Alhamdulillah, dah sihat cuma dia asyik mengadu sakit perut pulak. Harap nothing serious with his stomach. Tapi kalau berlanjutan nak jumpak Dr jugak. Mana tahu kot appendices ke, hernia ke. Who knows. Nasib baik pakar kat Kulim Child Specialist ni memang bagus...setakat ni apa dia kata semua betul. Very reliable....

Semalam sempat lagi buat kueh peanut butter. Tu jelah kueh raya setakat ni. Tart nenas dan Peanut butter cookies. Samperit nanti beli kat Jitra. Nanti sampai Alor Setar baru buat cupcakes and cheese cake heaven,,,, 

Baju masih tak habis jahit manik...tak sempatlah. Esok siap kot. Terpaksa bawak balik bekas maniks...
Selamat Hari Raya....Maaf Zahir Batin... 

Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2

How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...