Saturday, August 27, 2011

Selamat Hari Raya 2011

Masih packing, banyak nak pack...balik seminggu la katakan. 
Semalam Adam kena Flu Like Infection. Demam hi-fever 39-40 c. Risau sangat...Dia pun tidur jer sepanjang hari. Kesian anak mama. Selalunya aktif melompat, berlari dan memekik...selalu dimarahi tapi bila sakit dan berbaring...betapa aku rindukan pekikan dan lolongan yang menyakitkan telinga tu. Adam ni memang TAKNAK langsung ubat....semua ubat DR bagi akhirnya simpan je dalam peti. Alhamdulillah, dah sihat cuma dia asyik mengadu sakit perut pulak. Harap nothing serious with his stomach. Tapi kalau berlanjutan nak jumpak Dr jugak. Mana tahu kot appendices ke, hernia ke. Who knows. Nasib baik pakar kat Kulim Child Specialist ni memang bagus...setakat ni apa dia kata semua betul. Very reliable....

Semalam sempat lagi buat kueh peanut butter. Tu jelah kueh raya setakat ni. Tart nenas dan Peanut butter cookies. Samperit nanti beli kat Jitra. Nanti sampai Alor Setar baru buat cupcakes and cheese cake heaven,,,, 

Baju masih tak habis jahit manik...tak sempatlah. Esok siap kot. Terpaksa bawak balik bekas maniks...
Selamat Hari Raya....Maaf Zahir Batin... 

No comments:

Post a Comment

Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2

How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...