Skip to main content

Therapy Session 5

Lama tak tulis, sebab sibuk la...
Harini tulis awal sebab malam ni sibuk. Nanti lupa nak tulis pasal session tadi.
Okeh, tadi...dia buat satu gambarajah pokok, ada burung. Dia suruh Adam letak burung tu di atas...di bawah...ajar preposition.
Emphasize more on SVO - subject-verb-object. contohnya:
- Adam makan pisang
- Apple atas pokok
- Adik baca buku

Cuba bagi dia cakap 3 patah perkataan dan tambah lagi perkataan dia. Bagi konsisten.
 Exercise tadi, dia bagi sampul yang ada nombor, pastu dia susunkan gambar yang ada nombor di belakangnya. Bila adam pilih kad yang ada nombor tadi, dia suruh matchkan nombor tu. Then, buka kad dan suruh Adam terangkan apa yang orang buat dalam gambar tu. Kalau betul , dia bagi Adam punch kertas bentuk star...Mula-mula Adam macam malas (as usual) tapi lama-lama dia pun oklah. Habis latihan tadi.
Ok, boleh dipraktikkan dirumah. Guna barang yang murah tapi berguna. Latihan tadi, 2 in one sebab belajar kenal nombor dan action.

Haritu, 2-3 hari lepas, aku beli Education system Grolier. Sebenarnya memang tak teringin langsung tapi ntah macam mana, ter....then ter....BELI. Dapat set: Magic English, Fun thinkers, Junior Science, Disney Words, Ripley's Believe it or Not, rak buku. Hope it's worth the money. Mahal...bagi aku ni. Takut Adam ni mula-mula jer excited, pastu boring. Dia memang camtu. Tapi konfiden jer salesman tu kata budak autism pun suka...taktaula. Dah 2 hari ni, so far depa suka tengok DVD dia dan buku words. Fun Thinkers tu agak menarik, buleh guna lama sampai sekolah. Banyak sangat dalam tu boleh buat. Activity book untuk cd tu agak advance bagi Adam. Ada section ABC, spelling, Phonetic lagi dalam cd tu. Banyak gakla satu cd pun. Dalam 26 min habis section kartun dia. Then ada latihan lagi. Harap dapat keep the occupied masa aku sibuk di kedai...tapi section latihan kena bantu sebab kena picit remote.

Harapnya berjaya sebab buku Bacalah Anakku....tak berjaya buat masa ni. Tengok kulit buku pun dah meradang. Pastu kena guna paksaan lak suruh baca. Nanti jadi tak fun lak. Takut dia meluat membaca pula. Takpelah ajar Adelina jelah buku tu. Adik suka pula macam buku Bacalah Anakku.

Ayah skeptical sikit pasal Grolier ni. Biasalah, ayah kan...setakat 2K tu, beli tablet senang-senang saja. Biarlah tak menjadi pun tapi dapat koleksi buku. Adam suka pula baca buku Disney words, banyak kartun. Harap berjaya.:)




Comments

  1. Bila dok baca hg slalu home-edu Adam nih aku pun teruja gak nak buat. Tgh cuti skolah ni tadak pa nak buat, shahrin asyik ngadap TV..nak try tgk kat MPH nyer page tu, order Peter n Jane nyer set tp tgk la jugak kalau kena pakai cc tak beli la jwbnya heheh..melainkan ada option ble pick-up kat mana2 cawangan..hg ada timetable ka? post la cni nak tgk wat rujukan

    ReplyDelete
  2. time table...takde lah...cuma buh dalam kepala jer. kita kan sibuk, basuh kain cukupla. Masak lunch lagi kan? Nak lari pi kedai pulak. Lari pi pejabat pos barang...takpa nanti aku pos aktiviti harian aku. syiok gak sebenarnya dapat tengok perkembangan anak. masa nak masak jer aku bagi tengok tv. pastu tutup. buat aktiviti cut/paste, puzzle, tracing alphabet/123...kraf bila free. Syiok gakla. Tunggu na nanti aku entry.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

I want IKEA kitchen...bahagian lima: Installation

Sebenarnya dah boring tulis entry nie.....pasal dapuq ni.
Semasa aku tulis entri ni, dapuq aku dah 99% siap. Tinggal nak pasang plinth kat kaki kabinet.
Sebab tu macam malas nak tulis. Excited dah kurang. Next entry will be the finale, Before & After.

So....lepas beli barang dan bayar apa yg perlu dibayar....maka baliklah kami ke Kulim....
Lepas 3 hari macam tu, depa mai....first trip, hubby check semua barang. Make sure check dengan amat teliti. Sebab barang hanya akan beza di item article number.... ada barang salah hantar ada barang takde dan kotak yg kami pack macam gila kat sana haritu depa tertinggal.....beribu gak nilai barang dalam 2 kotak tu. Barang yg tertinggal tu, ada orang mai ambil dan tukar pada hari berikutnya....customer service ikea memang tip top lah jangan risau kalau ada kes macam nie...

Hubby aku punyalah excited mula nak pasang kabinet malam tu juga....sampai tumpah kicap sebotol. Rumah tengah macam tongkang pecah. Aku dah pesan, simpan dulu botol tu nanti p…

Bagaimana hendak mendaftar & mencarum sebagai Majikan di KWSP

KWSP

Bila pekerja dah mula bekerja....maka barulah si Majikan boleh pergi mendafar. Kalau pekerja belum start kita dah terhegeh-hegeh...pegawai kwsp suruh balik dulu...hahaha. Takpe kalau pekerja dah bekerja banyak bulan so bila kita mendaftar, kwsp akan charge caruman tertunggaklah yg beberapa bulan tue.

Majikan walaupun ada satu pekerja, dan pekerja tu layak dicarum..kenalah mencarum. Kalau tidak, kut depa mai check di premis kan tak pasal2 kena denda. Macam mana nak tau pekerja tu layak mencarum ke tak? maka pi lah ke website jabatan tenaga kerja...ada maklumat.

Macam aku, aku tak de bajet. Aku upah part time jer...still kena sebab waktu bekerja lebih dari 14 jam seminggu.

So, samada korang download borang KWSP 1 di website KWSP tu atau walk in ke pejabat KWSP. Baca arahan...isi lengkap. So, siap hari itu juga akan dapat nombor pendaftaran majikan secara sms. Jangan lupa daftar i-account untuk memudahkan urusan pembayaran/semakan.

Nak mancarum pula macam mana? kalau pejabat kwsp de…

I want IKEA kitchen...bahagian enam: Siap!

Siap dah sebulan lepas....satu part tak pasang lagi. Plinth, ada masalah nak potong kayu. Biarlah nanti beli gergaji bulat tu baru boleh potong. Akhirnya siap 99%.
Kos SEMUA RM6588 (termasuk lantai kayu, electrical, piping, hood, meja, algot system dan aksesori) sahaja. Tunai. Tidak termasuk kos lori.
Yes, i love my new kitchen. I love my personal finishing touch and still touching up a lil bit here and there.
It suites us, a family of four.






Tu jelah...happy with the result.